PETUA
MENGHILANGKAN BAU BUSUK DALAM KERETA
SERBUK KOPI
Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta lalu
biarkan semalaman dengan tingkap bertutup. Serbuk kopi tersebut akan menyerap
bau asap rokok. Ulang dan gantikan
serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.
CUKA
Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan
letakkan di bahagian tengah kereta. Biarkan
semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda.
Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan
sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.
KAYU MANIS
Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang
lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis.
Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan
tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan.
Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam
kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.
KULIT BUAH-BUAHAN SITRUS
Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula
kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit
buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan
kumpulkan kulit tersebut dalam cawan.
Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta
untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak.
Pasti kereta akan berbau harum keesokan harinya.
ARANG
Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan
arang. Simpan satu beg kecil berisi
arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai
ejen penyerap bau. Percayalah, bau yang
yang busuk tersebut akan hilang serta merta.