Sunday, 13 August 2017

PETUA MENGURANGKAN DARAH TINGGI

1. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.


2. Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan 2 gelas air. Biarkan sehingga menjadi setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

3. Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan dengan baunya, bolehlah direbus.

4. Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dengan 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

5. Makan biji buah peria.

6. Minum air rebusan daun pokok ati-ati.

7. Minum air rebusan pokok

PETUA MENGHILANGKAN TAHI LALAT PADA PAKAIAN

CAMPURKAN SECAWAN CUKA DENGAN SEBALDI AIR. RENDAM PAKAIAN YANG BERTAHI LALAT KE DALAM AIR CUKA TERSEBUT SEMALAMAN. KEESOKANNYACUCI DENGAN SABUN SEPERTI BIASA DAN JEMUR SEHINGGA KERING.

SELAMAT MENCUBA

PETUA MENYEMBUHKAN BUASIR

Jangan buang kulit manggis!! 

Basuh kulit manggis dan jemur sehingga kering. Rebus dengan 5 cawan air dan biarkan sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan setelah suam. Amalkan selalu!


PETUA MENYEMBUHKAN KURAP

1. Sayur bayam ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan sedikit kapir sirih. Kemudian sapukan pada bahagian kulit yang berkurap dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari

2. Daun kangkung ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan santan pekat dari sebiji kelapa. Sapukan pada bahagian yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari

3. Cincang 10 cawan daun jambu dan rebus selama 15 minit dengan menggunakan 2liter air. Tapis air rebusan dan tambah dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi.

4. Sapukan kunyit hidup pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

Selamat Mencuba!!😉😉

Tuesday, 1 August 2017

NEVER USE A FORK WHEN GRILLING

When you poke meat with fork you allow the natural juices to flow out. As a result your meat ends up dry and tough. Instead use tongs or grilling tools to turn and flip the meat while keeping the juices locked in.

GET CRISPIER FRIED CHICKEN

For crispier fried chicken, add a teaspoon of baking powder to your coating mix then coat and fry as your normally would. Remember to make sure that the oil is very hot before adding the chicken to avoid an over powering greasy taste

CHOOSE PERFECT POULTRY

When choosing poultry, the skin should be a light creamy color and it should be moist. Iy should also be unbroken with no dark patches. Fresh poultry should be stored loosely covered on a plate in the refrigerator for up to two days.

DIRTY MICROWAVE

Boil some water in it before cleaning. The steam will help loosen everything up

CAN'T GET JAR OPEN?

Put a rubber band around the lid then twist!🍶

PETUA MENCANTIKKAN KUKU KAKI

Berus kuku kaki dengan menggunakan ubat gigi setiap kali mandi...kuku kaki akan kelihatan berkilat dan bersih😍😍

PETUA MELEBATKAN BULU MATA

1. Rendam satu sudu teh dalam satu cawan air dan biarkan semalaman. Keesokannya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata.

2. Lurutkan minyak zaitun pada bulu mata setiap malam sebelum tidur.

PETUA MENGHILANGKAN TANDA HITAM DI BAWAH MATA

1. Campurkan perahan jus lemon + air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata 2x sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diingini.

2. Simpan uncang teh yang telah dibasuh ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Letakkan uncang teh yang sejuk d bawah mata dan biarkan selama 15-30 minit

3. Potong kentang nipis-nipis dan lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit

4. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

5. Bancuh sebiji kuning telur + madu + perahan jus lemon. Sapukan pada sekeliling mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya

6. Sapukan minyak sapi pada keliling mata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci muka sehingga bersih. Amalkan sebelum tidur.