Tuesday, 1 August 2017

PETUA MENGHILANGKAN TANDA HITAM DI BAWAH MATA

1. Campurkan perahan jus lemon + air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata 2x sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diingini.

2. Simpan uncang teh yang telah dibasuh ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Letakkan uncang teh yang sejuk d bawah mata dan biarkan selama 15-30 minit

3. Potong kentang nipis-nipis dan lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit

4. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

5. Bancuh sebiji kuning telur + madu + perahan jus lemon. Sapukan pada sekeliling mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya

6. Sapukan minyak sapi pada keliling mata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci muka sehingga bersih. Amalkan sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment