Melembabkan kulit wajah dengan minyak zaitun.
Minyak zaitun memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Salah satunya iaitu melembabkan kulit wajah. Anda hanya perlu mencampurkan minyak zaitun dengan sedikit air suam, kemudian anda bersihkan kulit wajah anda menggunakan minyak zaitun yang sudah anda campur dengan air suam tersebut. Anda boleh melakukan ia secara rutin setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Melembabkan kulit wajah dengan masker tomato.
Masker tomato dapat membantu wajah anda menjadi segar cantik kemerah-merahan. Kandungan air dan vitamin pada tomato dapat menutrisi dan menjaga kulit tetap awet muda. Anda juga boleh mengkombinasikan tomato dengan minyak zaitun dan lobak merah.
MASKER MADU.
Salah satu manfaat luar biasa madu untuk kulit adalah melembabkan kulit, terutama kulit wajah. Caranya, jadikan madu sebagai masker badan / wajah. Sapukan madu asli ke kulit anda secara rata, kemudian tunggu selama lebih kurang 15 minit, baru anda bersihkan dengan air hingga bersih.
MASKER PISANG.
Masker pisang selain dapat menegangkan kulit, juga dapat membuat kulit menjadi lembab dan anjal.
Caranya, lumatkan 1 biji pisang yang sudah matang, kemudian anda campurkan dengan minyak zaitun secukupnya. Sapukan pada wajah dan tunggu beberapa minit baru anda bilas dengan air hingga bersih.
No comments:
Post a Comment