Tuesday, 27 February 2018

Perkataan 'malam' dan 'siang' ( BAHASA MELAYU )

Perkataan 'malam' dan 'siang' ialah kata nama, bukan kata adjektif. Kedua-dua perkataan tersebut dikategorikan sebagai kata nama kerana perkataan itu dapat hadir selepas kata sendi nama seperti yang berikut:

 a. Pada malam tadi..., kata sendi nama 'pada' berada di hadapan kata nama 'malam'.

 b. ....dari pagi hingga malam...kata sendi 'hingga' berada di hadapan kata nama 'malam'
.
c. Pada siang hari, lazimnya musang akan tidur. Perkataan 'siang' hadir selepas kata sendi nama 'pada'.

Selain itu, kata nama.dapat disertai oleh kata bilangan seperti yang berikut:

 a. Saya berada di sana selama lima malam.
 Kata bilangan (lima) hadir di hadapan kata nama 'malam'.

b. Setelah lima kali siang dan 5 kali malam, keadaannya masih tidak berubah. Perkataan 'siang' ialah kata nama kerana dapat disertai oleh kata bilangan.

No comments:

Post a Comment