Friday, 23 February 2018
TIPS KECEMASAN
Bila ada sesuatu kecemasan kepada diri anda sendiri atau di kalangan ahli keluarga yang memerlukan anda membawa mereka ke jabatan kecemasan hospital, sebaiknya ambil tahu beberapa perkara penting yang tersebut :
1. Pastikan ada ahli keluarga terdekat yang tahu tentang pesakit, menemani pesakit.
Jabatan kecemasan banyak menerima pesakit yang kurang/tidak stabil yang mana semestinya mereka memberikan sejarah kesihatan yang tidak tepat.
Ada yang tidak fasih dalam berkomunikasi sama ada bahasa malaysia atau inggeris serta tidak dapat mengingati sejarah penyakit mereka yang terdahulu.
Dengan adanya seorang ahli keluarga terdekat pesakit yang mengetahui tentang keadaan pesakit, ia sangat membantu paramedik dalam mendapatkan sejarah penyakit.
Contoh :
Sudah berapa kali pesakit muntah?
Sudah ke berapa kali kejadian seperti itu berulang?
Nampak remeh.
Tapi sangat membantu doktor di Jabatan Kecemasan membuat diagnosis tepat dan merancang rawatan yang berikutnya.
Jadi, bayangkan jika nak dapatkan maklumat terbantut, ada beberapa perkara terlepas pandang, apa jadi?
Diagnosis yang kurang tepat, Mungkin?
2. Jika ada pengiring, pastikan tahu tentang ubat-ubat terkini yang diambil dan pernah pesakit ambil.
Bukan tak ada jenis pesakit yang sikit pun tidak endah ubatan apa yang mereka makan. Yang bergantung pada suami/isteri, atau anak bagi mengingatkan mereka. Sedangkan warga emas pun sangat mengenali ubat-ubatan yang diambil mereka.
Jadi, ahli keluarga HARUS ingat ubatan penting yang pesakit ambil terutamanya ubatan pencair darah seperti contoh : Aspirin dan ubatan penting lain.
Bila dah semua tidak tahu, terganggu lah urusan pemberian ubat yang dipreskripsi doktor. Dah lewat, ia BOLEH menyebabkan komplikasi serius dan keadaan jadi semakin teruk.
3. Adakan rasa ingin tahu dalam diri tentang keadaan penyakit, perkembangan penyakit
Sakit anda, tanggungjawab anda. Tiada siapa yang lebih tahu berbanding diri anda sendiri. Melainkan pesakit warga tua, lupa ingatan, OKU dan sebagainya.
Doktor merekodkan sejarah penyakit anda berdasarkan tentang apa yang anda cerita.
Ambil tahu lah tentang penyakit-penyakit anda, lagi-lagi penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, asthma, penyakit buah pinggang dan strok.
Ingat perkara penting seperti sudah berapa lama menghidap penyakit, lawatan susulan doktor, alahan (jika ada), rawatan atau pembedahan yang pernah diterima.
“Tak payah lah ingat benda cerita lama semua tu. Doktor mesti tahu apa yang mereka patut buat.”
Ya, betul lah doktor akan merawat mengikut garis panduan, NAMUN setiap rawatan untuk setiap pesakit atau individu adalah berbeza, tindak balas berbeza kepada ubat-ubatan berbeza.
4. Pakaian bersesuaian.
Tidak kira pesakit atau pelawat, cubalah untuk mengenakan pakaian yang bersesuaian apabila menjelmakan diri di hospital.
5. Bawa bersama segala dokumen, buku dan laporan penting yang ada.
Buku temujanji berjumpa doktor/pakar, laporan perubatan, laporan pengimejan seperti filem x-ray/imbasan CT/ laporan CT
“Tak sempat lah kelam kelibut nak datang hospital, mana sempat nak cari semua tu?”
Kalau tak sempat, minta tolong ahli keluarga lain bawakan ke hospital secepat mungkin. Adanya perkara-perkara tersebut membolehkan doktor menggunakannya sebagai rujukan dan menentukan status semasa penyakit anda.
Ini juga membantu untuk meneruskan segala rawatan yang telah diterima pada kemasukan sebelum kemasukan tersebut.
Contoh :
Laporan Echocardiogram (ECHO) penting kepada pesakit jantung supaya doktor tahu pesakit selamat atau tidak untuk menjalankan sesuatu pembedahan kecemasan jika diperlukan.
Jika sebelum ini anda berurusan di klinik/hospital swasta, sila minta doktor untuk menyediakan laporan perubatan anda dan surat rujukan lengkap.
6. Tak perlu bawa bayi dan kanak-kanak kecil
Hospital bukanlah tempat yang bersesuaian untuk kanak-kanak berlari-lari dan bayi-bayi berehat lena.
Mendedahkan mereka kepada kuman-kuman dan pesakit tenat adalah perkara yang tidak sewajarnya.
Anak kecil, imunnya belum berkembang sepenuhnya macam orang dewasa. Jadi, kadar imuniti mereka jauh lebih rendah daripada yang dewasa.
Suara menjerit-jerit atau mengangis meraung pula boleh mencemaskan pesakit-pesakit yang sedang berehat.
Cari jalan penyelesaian untuk biarkan kanak-kanak tinggal di rumah dan jangan bawa mereka ke hospital melainkan mereka memerlukan bantuan atau pemeriksaan perubatan.
▫️Dengan ini, rawatan akan lebih lengkap dan efisien, menjimatkan kos dari segi ulangan pemeriksaan dan imbasan yang tidak perlu.
Urusan jadi cepat dan mudah, complen pun kurang Inshaallah.
No comments:
Post a Comment