5 PUNCA UTAMA GANGGUAN HORMON DAN TIPS PEMULIHAN.
--------------------------------------------------------------------
1) GULA.
Gula meningkatkan hormon insulin. Rintangan kerana berlebihan insulin menyebabkan gangguan kepada pelbagai fungsi hormon lain.
Gula juga meningkatkan keradangan dan stres dalaman yang mengganggu kestabilan hormon.
SOLUSI: Elakkan gula proses. Jerawat disebabkan hormon juga boleh berkurang dengan pengawalan gula.
.
2) TIDUR DAN JAGA.
Kitaran tidur jaga merupakan "Master hormone" yang mengawal segala waktu aktiviti hormon dalam badan.
SOLUSI: Tidur lepas isya' dalam keadaan sejuk, senyap dan gelap. Waktu pagi perlu diisi dengan aktiviti seperti berjemur tengah matahari, bersenam dan makan pagi yang sihat bagi menjaga keseimbangan hormon.
.
3) TOKSIN PERSEKITARAN.
Logam berat, bahan kimia di dalam kebanyakan sabun, wangian, kosmetik digelar sebagai Kimia Penggangu Hormon (EDC). Ia merupakan XENOESTROGEN yang mengganggu hormon estrogen badan seterusnya semua hormon lain.
Hormon kejantanan testosterone akan berkurang kerana xenoestrogen yang meningkat. Badan jadi lemah..perut jadi buncit dan prostat lelaki boleh jadi bengkak.
Xenoestrogen juga dikaitkan dengan risiko KANSER.
SOLUSI: Cari pengganti alternatif organik bagi yang mampu. Elakkan penggunaan bahan kimia terutamanya dalam makanan dan penjagaan badan.
.
4) KESIHATAN USUS.
Usus yang sihat amat penting untuk keseimbangan hormon.
Estrogen dihasilkan dan dikawal penghasilannya oleh kuman usus.
90% serotonin yang penting untuk penghasilan "master hormone" iaitu melatonin terletak di lapisan sistem pencernaan.
Kerosakan sistem pencernaan juga dikaitkan masalah autoimmune yang berpotensi mengganggu pelbagai kelenjar hormon seperti tiroid, pankreas, adrenal dan sebagainya.
SOLUSI: Kurangkan makan. Kerapkan berpuasa. Percayalah anda tidak akan mati dengan makan sekali dua sahaja sehari malah hormon jadi lebih stabil insha Allah.
.
5) STRES
Stres meningkatkan hormon kortisol (steroid) badan..akhirnya, kortisol (steroid) kurang dihasilkan.. Ini menyebabkan gangguan hormon lain dan juga keradangan seluruh badan. Badan jadi penat. Sakit-sakit dan segala jenis keradangan dan alahan boleh muncul.
Stress juga merupakan antara risiko terbesar pencetus KANSER.
SOLUSI: Dekatkan diri dengan Allah. Elakkan terjerumus ke dalam aura dan persekitaran negatif.
Kegembiraan sementara mungkin menyebabkan kita stres sepanjang masa kemudiannya.
Kejar impian kita.bermula tahun 2018 ini..mulakan dengan azam yang.lebih kuat. Saya mahu jadi manusia yang lebih baik.
Apa yang orang pandang itu tidak penting. Jika saya tidak mencapai impian saya.. Saya tahu Allah melihat usaha saya yang bersungguh-sungguh ke arah kebaikan.
Semoga Allah memberkati kita semua dengan kebaikan dan kesungguhan kita untuk.menjadi insan lebih baik.
No comments:
Post a Comment