Friday, 30 March 2018

KESAN GLUTEN PADA EKZEMA

💁‍♀ APA KESAN GLUTEN PADA EKZEMA?


Pantang gluten adalah sesuatu yang menyeksakan. Terutama bagi yang pertama kali diet gluten free.

Apa tidaknya. Gluten itu makanan ketagih. Kajian menunjukkan gluten bertindak pada "reseptor exorphin" pada badan kita yang memberi kesan seperti ganja.

Gluten merosakkan lapisan usus dan membuka pintu portal masuk benda asing termasuk gluten itu sendiri ke dalam badan.

Sekiranya gluten berkeliaran di salur darah dan terdampar di kulit, ia menyebabkan keradangan (bengkak, merah, gatal).

Selain itu, lapisan perut yang rosak akan menyebabkan badan (termasuk kulit) jadi lebih sensitif. Sebab antihistamin semulajadi (DAO) pun jadi berkurangan bila usus rosak.

Berapa lama diperlukan untuk pantang?

Lebih kurang sebulan diperlukan untuk pulihkan lapisan perlindungan usus. Jika tak cheat lah.

Pulih usus akan menutup pintu gluten berterusan masuk ke dalam darah. Simtom ekzema insha Allah kurang atau pulih sekurangnya 50% mengikut pengalaman saya.

Lepas dah pulih perlu kuatkan benteng lapisan usus pula!

Tak bermakna gluten dalam sistem badan kita sudah dihapuskan! Ia mungkin masih ada dalam kulit, di kelenjar tiroid, pankreas, sendi, saraf dan lain organ.

Jika menyusukan bayi atau mengandung, gluten juga boleh pindah kepada bayi mengikut kajian.

Berwaspadalah ya..terutamanya leaky gut dan isu histamin sangat biasa pada wanita mengandung.

Banyak pendapat mengatakan gluten mungkin dihapuskan sepenuhnya hanya selepas 6-12bulan berada dalam sistem badan kita.

Pernah ambil suplemen keluar bintik-bintik macam ruam alergi gluten (DH) bukan? Itu sebabnya saya syorkan kurangkan kuantiti dos tersebut. Biar keluar pelan-pelan. Tak perlu cepat-cepat asal selamat.

Semoga kita semua berjaya membanteras alien yang tidak diingini dalam badan kita dan keluarga kita ini..aminn.

Ingat, gluten bukan nutrisi ya!

No comments:

Post a Comment