PETUA HILANGKAN BATUK YANG TERUK, BERLARUTAN
BAWANG PUTIH
●Anda hanya perlu cincang halus 1 ulas bawang putih dan tambahkan dengan 1 sudu teh madu asli.
●Tambahkan 1 -2 sudu perahan lemon dan biarkan campuran ini selama 4-5 jam dan campuran ini boleh dijadikan sirap melegakan batuk.
●Apabila nak minum tambah air panas 1 sudu supaya tidak terlalu kental.
●Bawang akan melegakan batuk kerana ia akan mengeluarkan kahak apabila bergabung dengan lemon dan air yang mendidih.
●Sukatan resepi ni hanya untuk 1-2 kali minum sahaja. ●Sebaiknya minumlah 2-3 kali sehari.
●Macamanapun terpulang pada kesesuaian anda dan tahap batuk).
GARAM
○Anda boleh mencampurkan 1 sudu kecil garam ke dalam air suam.
○Campuran ini boleh digunakan untuk berkumur-kumur dan ia akan melegakan perit tekak disebabkan batuk.
OREGANO
◎Jangan tak tahu yang herba untuk masak spagetti ini juga mampu melegakan batuk yang teruk.
◎Bagaimana caranya? Rebuskan Oregano bersama 3 cawan air sehingga mendidih. ◎Tapis dan minum seperti anda menikmati teh.
◎Ia sememangnya mampu melegakan batuk yang teruk.
TEH HIJAU + MADU
●Bagi mereka yang sedang berdiet, teh hijau adalah sesuatu yang tidak asing lagi untuk menurunkan berat badan. ●Bancuhkan teh hijau seperti biasa dan tambahkan dengan sesudu madu lebah.
●Minum beberapa kali dan InshaAllah ia akan melegakan batuk dengan segera.
JINTAN MANIS
○Selain Oregano, herba seperti jintan manis juga mempunyai manfaat yang sangat baik dalam melegakan batuk yang teruk.
○Tambahkan 1 sudu teh jintan manis ke dalam 1 cawan air panas.
○Kemudian minum seperti biasa.
○Mudah-mudahan batuk anda akan berkurang.
KISMIS
◎Anda boleh blend 100 biji kismis (pastikan yang tak de biji tau) dengan air.
◎Masukkan 50gram gula dan panaskan seperti penyediaan sos meatball Ikea tu.
◎Pastikan anda makan 2 sudu sos kismis ini sebelum tidur.
SUSU PANAS
●Sebelum masuk tidur, sila amalkan pengambilan susu panas yang dicampurkan dengan madu.
●Ia akan melegakan batuk dan membuatkan tekak kita berehat dengan nyaman.
●Bagi anda yang ingin menjadikan susu sebagai detox, campurkan susu dengan hirisan halia dan minum sebelum tidur.
TEH HALIA
●Teh halia juga baik untuk melegakan batuk anda.
●Hiriskan beberapa kepingan halia dan masukkan dalam air yang mendidih.
●Masukkan uncang teh hijau dan beberapa helai daun selasih.
●Seeloknya diminum sewaktu panas bagi melegakan tekak yang perit.
ANGGUR MERAH
○Anggur mempunyai kebaikan dan reputasi yang tinggi untuk menguatkan paru-paru.
○Anda boleh menyediakan jus anggur yang segar
○Sebelum meminum jus anggur ini, seeloknya dicampurkan dengan sesudu madu setiap hari.
No comments:
Post a Comment