Thursday, 26 April 2018

ikan mikroplastik

*Manusia semakin terdedah toksin kerana makan 'ikan mikroplastik'*

SELAMATKAH ikan yang kita beli di kedai, apatah lagi setelah diketahui ia sudah banyak kali beredar dalam pusingan pasaran?

Selamatkah ikan yang kita dapatkan secara terus dari sumber habitatnya, sama ada dipancing, dijala atau dipukat?

Dalam satu laporan oleh Reuters, berdasarkan satu kajian, 60 peratus ikan belanak yang dijual di pasaran Hong Kong dikesan mengandungi kuantiti mikroplastik yang besar.

Sebahagian daripada ikan yang diuji mengandungi hingga 80 serpihan plastik dalam perutnya, kata organisasi aktivis alam sekitar, Greenpeace, pada Isnin.

Selain itu, sekurang-kurangnya 170 spesies marin, termasuk kupang, udang kara dan ikan kurau dari perairan sebelah selatan China didapati mengandungi mikroplastik.

Penggiat kempen Greenpeace Chan Hall Sion berkata, kewujudan mikroplastik dalam banyak spesies marin ‘meningkatkan peluang toksin untuk sampai ke meja makan manusia’.

Hong Kong selama ini terdesak untuk membanteras bahan buangan plastik, dengan pihak Universiti Pendidikan Hong Kong berkata pantai-pantainya secara purata terdapat 5,000 serpihan mikroplastik per meter persegi. Itu adalah 2.4 kali ganda pebih tinggi berbanding paras kepadatan mikroplastik di Amerika Syarikat.

Sama seperti di kebanyakan bandar di serata Asia dan dunia, budaya makan di luar, makanan segera dan makanan bungkus meningkatkan bahan buangan plastik.

Kesan itu lebih teruk di bandar yang mempunyai populasi padat.

Di Hong Kong, kira-kira 3 tan sampah dibersihkan dari pantai-pantainya sehari dan kawasan pantai itu dicemari bahan buangan seperti pembungkus plastik, permainan kanak-kanak, pemetik api, peralatan dapur dan pelbagai lagi serpihan berasaskan plastik.

Kebanyakan sampah-sampah itu, jika tidak dibersihkan, akan terus berada di tempat tercemar itu tanpa mampu terurai hingga beratus atau beribu tahun lagi.

Sampah-sampah itulah yang akhirnya dimakan oleh hidupan laut, lalu menjadi sebahagian daripada sistemnya, dan kemudian ikan itu ditangkap serta dimakan pula oleh manusia.

Meskipun bahagian perut ikan sudah dibuang, itu tidak bermakna manusia terlepas dari kesan toksin mikroplastik untuk jangka masa panjang.

Rahsia Putihkan Kulit Muka

Beras Pulut Rahsia Putihkan Kulit Muka, Jom Cuba!



Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.

Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.

Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya.

Petua Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur

💇‍♀ 8 Petua Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur



Siapa yang tidak mahu memiliki rambut lebat yang senang untuk digayakan untuk apa-apa style rambut yang kita mahu.

Bagi mereka yang memiliki rambut jarang dan banyak gugur dan tidak lagi lebat, style rambut yang boleh digayakan adalah sangat terhad dan mungkin botak adalah yang terbaik bagi lelaki, tetapi bagaimana pula dengan perempuan yang berambut jarang?

Mereka pasti pernah ada keinginan untuk melebatkan rambut mereka semula kan.


KACANG HIJAU

Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam.

Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut.

Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sila sapu dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan.

Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.


DAUN PANDAN

Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.

Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata.

Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.

Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air.

Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya.


MINYAK KELAPA HIJAU

Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih.

Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.


DAUN LIDAH BUAYA

Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur.

Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air.

Lakukan 3 atau 4 kali seminggu.


BUAH NANAS

Ambil buah nanas dan kisarkan sehinggan menjadi seperti jus dan biarkan selama sehari.

Selepas itu, anda boleh sapukan jus nanas tadi ke kepala anda dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.

Sila lakukan 3,4 kali seminggu dan tengok ada perubahan atau tidak.


VITAMIN NATURAL

Benda yang anda makan juga memainkan peranan dalam cara lebatkan rambut anda dengan berkesan.

Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D.Banyakan makan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang menguatkan akar rambut anda.


SYAMPU RAMBUT HERBA

Sila gunakan syampu rambut yang terdiri daripada herba-herba dan bahan-bahan neutral asli.

Gunakan dengan kerap dan secara berkala dan tengok hasilnyan selepas 2,3 bulan.

Elakan menggunakan syampu rambut yang mengandungi banyak bahan kimia.


PENJAGAAN RAMBUT YANG BAIK

Lembabkan atau basahkan rambut anda dan jangan biarkan rambut anda kering untuk jangka masa yang lama.

Kelembapan pada rambut memberi kesegaran kepada kulit kepala kita dan membuatkan rambut kita lebih sihat.


Catatan :-

Tip petua cara lebatkan rambut di atas boleh anda cuba jika ingin melebatkan rambut anda. Tiada jaminan tip-tip diatas akan berkesan 100% tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba bukan?

petua hilangkan panau

10 petua hilangkan panau dengan berkesan dan mudah di samping menjimatkan kos.



1. Daun pinang
– Tumbuk daun pinang hingga lumat dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

2. Buah pinang
– Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

3. Daun belimbing
– Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

4. Daun kesum dan minyak tanah
– Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.

5. Daun gelenggang
– Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

6. Halia
– Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

7. Pucuk lada
– Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

8. Bawang putih dan halia
– Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

9. Lengkuas
– Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

10. Daun lengkuas
– Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas. Amalkan selalu.

Tip Menghilangkan Blackhead Menggunakan 2 Bahan Mudah

▪️Tip Menghilangkan Blackhead Menggunakan 2 Bahan Mudah



Blackhead adalah salah satu masalah yang sering merimaskan kita. Ia boleh merencatkan penampilan seseorang dek kerana bintik-bintik hitam yang muncul pada hidung dan sekitar kawasan pipi.

Apabila kulit anda menghasilkan sebum atau minyak yang banyak, reaksi kimia yang melibatkan melanin akan berlaku sekali gus menyebabkan bintik-bintik pada wajah anda berwarna hitam.

Ramai orang yang cuba menghilangkan blackhead dengan menggunakan pelbagai jenis produk ‘mask’ tetapi ianya sedikit menyakitkan.

Apa yang ramai tidak tahu, salah satu kaedah terbaik dalam menghilangkan masalah ini adalah dengan menggunakan susu dan buah pala.

Susu mengandungi asid laktik yang boleh menghapuskan sel-sel kulit mati manakala buah pala pula mampu berfungsi sebagai agen penggosok yang boleh menanggalkan bintik hitam dan menjadikan kulit anda lebih mulus serta lembut.


Anda hanya perlukan:

Bahan-Bahan:

1 sudu besar serbuk buah pala

2-3 sudu besar susu pekat manis

Mangkuk kecil

Sudu atau garfu

Cara membuatnya:

Campurkan serbuk buah pala dan susu sehingga menjadi seperti pes.

Sebelum disapukan pes ini ke muka, cuci dahulu muka anda.

Keringkan muka anda dan sapukan pes ini dalam pergerakan membulat.

Jangan gosok wajah anda terlalu kasar bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi pedih.

Gosok lembut selama tiga ke lima minit dan cuci dengan air suam.

Itu sahaja! Anda pasti akan memperoleh kulit yang lembut dan berbau segar!

Jangan lupa mencubanya dan berikan komen anda tentang keberkesanan kaedah ini.

Tips untuk menghilang penyakit migraine

3 Tips untuk menghilang penyakit migraine 💆🏼‍♂


1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air dingin selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga dianjurkan untuk membuka dan menutup tangan anda pada saat direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam ruangan gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam ruangan semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein
.
migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.