Saturday, 14 July 2018

SELESEMA DAN BAYI

🌸 SELESEMA DAN BAYI


Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu.

Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.

Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam.


Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari
pelbagai jenis virus.

Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.

Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

No comments:

Post a Comment