Tuesday, 17 October 2023

MAKANAN SUNNAH


*1. Barli –*                                          Bagus untuk demam jika dibuat sup.

*2. Kurma –*          Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

*3. Buah Tin –*             Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

*4. Anggur –*               Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

*5. Madu –*                                            Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

*6. Tembikai (Segala Jenis) –*                                   Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

*7. Susu –*                                        Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

*8. Cendawan –*                                 Baik untuk mata, perancang keluarga.

*9. Minyak Zaitun –*                      Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

*10. Delima –*                 Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

*11. Air –*                     Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

*“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”*

Kredit :   petuainformasi

Saturday, 14 September 2019

INTERMITTENT FASTING.



Ramai yang nak kurus. Tapi nak kurus cara mudah. Telan kopi kurus, pil kurus, minuman fiber, susu kurus, sapu sabun kurus. Dalam tak sedaq dompet hangpa ja yang kurus. Hangpa gemok jugak sebab founder habaq "kurus tanpa diet. Makan la apa saja.". Duta2 ngan testimoni pon pakai gambaq masa mengandung dengan selepas beranak.  Berduyun2 la yang beli. Padahal seller ngan founder haram tak kurus pun. Makan sekotak tak jadi, seller habaq "kena skurang2nya 10 kotak ni baru jadi.". Hang pon beli lagi. Dan lagi. Padan la kena tipu, perangai bengap 2010 duk membawak sampai 2019.

Dah 2019 ni, takmau dah jadi bangang telan produk kurus. Nak kurus dengan makan pil2 minuman2 tak tahwan yang merisikokan kesihatan? Atau nak kurus cara orang2 bijak, sihat dapat, kurus pon dapat? Hang pilih.

Sekiranya jawapan hang nak kurus cara pertama, elok hang brenti membaca ja lah sebab otak hang sah sempit mana bleh masuk nak baca benda lain. Kalau nak kurus cara sihat, teruskan bacaan.

Intermittent fasting ni teknik berpuasa. Worldwide pakai cara ni. Nabi ajaq lamaaa dulu dah sebelum orang putih buat studies pasai ni. Ada beberapa cara untuk buat intermittent fasting. Kita highlight 3 cara paling famous lah.

Method 16:8

Teknik ni paling slalu orang guna. 16 jam puasa, 8 jam makan. Hang tentukan sendiri waktu nak puasa dan waktu berbuka. Sepanjang waktu "puasa", dibolehkan minum air. Dan bila berbuka, hang mengtekedaqah la sampai kenyang. Power nya teknik ni sebab secara ajaibnya bila hang berpuasa 16 jam, waktu berbuka hang cuma akan makan sikit saja dah rasa kenyang. Sebenarnya intermittent fasting ni bukan skadar control selera makan, tapi jugak control pola pemakanan hangpa.

Method 5:2

Method ni ala2 puasa sunat. 2 hari puasa, 5 hari makan macam biasa. Alang2 tu hang puasa sunat teruih la. Pahala pon dapat, kuruih pon dapat. Pilih la isnin dan khamis untuk puasa, lebih afdhol. Tapi, 2 hari yang puasa tu, kalori intake untuk hari puasa tu cuma 500-600 kalori (sehari) saja dibenarkan. Mudah kan? Ada sesetengah orang dia buat "puasa" stail makan ja pada waktu makan macam biasa, tapi total smua yang dia makan tu 500 kalori saja sehari. Pun boleh. Untuk yang tak biasa puasa macam muslim, boleh minum air kosong sepanjang anda berpuasa sebelum waktu berbuka.

Method 4:3

Method ni melibatkan puasa selang selang. Hari ni puasa, esok tak payah puasa. Untuk hari puasa, hangpa dibolehkan makan 500 atau 600 kalori dalam sehari. Untuk hari tak puasa, boleh makan macam biasa. Tapi macam tadi lah, bila hangpa dah start puasa memang automatik selera hangpa berkurang untuk makan. Tak caya tanya la sesapa yang dah terbiasa buat IF ni.

Mudah kan? Waktu puasa kita puasa, waktu makan kita makan. Sihat tanpa perlu telan produk merapu.

Bagi hangpa yang badan terlaluuuuu gemok, dinasihatkan untuk buat senaman ringan atau berat supaya kulit hangpa tak menggelebeh. Body stay fit dan bergetah. Boleh buat lastik kepala founder.

Apa yang hangpa dapat selain kurus?
1) selera makan terkawal
2) pola makan terkawal
3) aktiviti otak cerdas
4) mengurangkan risiko penyakit jantung
5) boost metabolism
6) membantu mencegah kanser
7) jimat duit

Dan yada yada yada. Ini berdasarkan kajian2 dari seluruh dunia tau. Bukan kajian mai dari mimpi esok lusa dapat ilham buat sabun zumba. Selamat menguruskan badan dengan bijak.


CnP

Khasiat halia


Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.

Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman

Bagaimana menggunakan halia
- Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.
- Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.
- Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.
- Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh hali cuba resipi mudah ini.
4 gelas air
2 inci halia segar
Hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)
Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.
Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa
Maklumat tambahan mengenai halia
Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.
Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya.

Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Lain-lain khasiat halia

Mengubati selesema dan asma
Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol
Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

Mengubat batuk
Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

Menghilangkan bau mulut
Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang.

JIKA ANAK DEMAM.

.
Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
.
• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
.
• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
.
• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
.
• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….
.
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
.
Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu2 yg lain…
.
P/s :
Mandi dia ada cra... Mulakn dri kaki dl pastu badan jirus dlm 3-4 kali bgi wap panas keluaq last skali bru ke kepala......
Dah keluaq bilik mandi lap tng hidung dl takut air masuk hidungkn kng selsema pla.. inshaAllah akn bk.
.
Cara ke 2 mandi guna buah lemon.. hiris2 pastu letak dlm tab mandi or baldi..
.
Kredit : Kiyuka Hamid

AIR HERBA PENGUBAT BATUK :-


Nak kurus pun boleh 😝

Bahan² yang ticer gunakan :-
1. Serai sebatang basuh bersih2 ya dan hiris atau ketuk je
2.halia seketul hiris
3.kulit kayu manis (ticer guna ceylon cinnamon sebab dia sesuai untuk buat air)
4. 3cawan air

Tiga bahan ni rebus dalam periuk sehingga 10-15min. Bagi dia kembang.
Lepas itu tutup api.
Tuang air dalam gelas.
Biarkan dia suam² baru titis kan sweetality
(jika ada. Jika tiada boleh rebuskan gula batu saing² serai+halia+kayu manis tadi)

4. Sweetality ni titiskan bila air rebusan tadi dah mula nak suam ( gula batu tak ada. So ticer guna sweetality) nak guna madu pun boleh. Ikut bahan apa ada kat dapur ya.

5. Yang terakhir perahkan lemon separuh tadi.

6.SIAP UNTUK DI MINUM. Lepas tu masuk tidur. Bangun pagi keluar segala yang pekat² tu.

Alhamdulillah. Selamat mencuba ya ❤️

#remediBATUK
#nakkurusPunBoleh


@petuadankesihatan