Thursday, 1 March 2018

Lain-lain Jenis Cek

Lain-lain Jenis Cek
 Cek Bertarikh Hadapan
-         cek yang ditulis dengan tarikh akan datang                                     
-         contoh: cek dikeluarkan pada  7.1.2004  tetapi ditulis dengan tarikh 31.1.2004
-         penerima akan hanya terima bayaran pada atau selepas tarikh matang
-         dalam contoh di atas penerima akan hanya menerima bayaran pada atau selepas 31.12.2004
-         sebelum tarikh matang, cek ini menjadi cek tak laku

Cek Mati
-         cek yang tempoh pembayarannya telah tamat
-         biasanya cek bank perdagangan laku dalam tempoh 6 bulan manakala cek Bank Negara laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek dikeluarkan
-         contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada 1.1.2004 akan menjadi cek mati mulai pada  1.4.2004

Cek Dalaman
-         cek yang  dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan penyuruh bayar
-         cek boleh ditunaikan serta merta dikaunter bank
Cek Bertanda
-         penerima cek dijamin akan menerima bayaran sehingga tarikh tertentu
-         perkataan “Baik untuk pembayaran sehingga  ………..” akan ditulis pada muka cek
-                                 contoh: “Baik untuk pembayaran sehingga 3.3.2002”  [penerima cek dijamin akan mendapat bayaran sehingga tarikh 3.3.2002]

Cek Kosong
-         cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap dan ditanda tangani KECUALI amaun jumlah dalam perkataan dan angka
-         cek ini digunakan apabila penyuruh bayar tidak tahu jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada sidibayar
-         sebagai langkah keselamatan, perkataan “tidak melebihi  RM…….” akan ditulis pada cek

Cek Tak laku
-         cek yang tidak diterima oleh bank untuk pembayaran
-         sebab cek menjadi cek tak laku:
·         cek bertarikh hadapan
·         cek kotor/rosak/koyak
·         cek kosong
·         cek mati
·         jumlah dalam angka dan perkataan tak sama
·         baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup
·         penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum cek ditunaikan
·         tiada tanda tangan penyuruh bayar
·         penyuruh bayar membatalkan cek yang dikeluarkan
·         tanda tangan pada cek tidak sama dengan kad contoh tandatangan

No comments:

Post a Comment