Lain-lain Jenis Cek
Cek Bertarikh Hadapan
- cek yang ditulis dengan tarikh akan datang
- contoh: cek dikeluarkan pada 7.1.2004 tetapi ditulis dengan tarikh 31.1.2004
- penerima akan hanya terima bayaran pada atau selepas tarikh matang
- dalam contoh di atas penerima akan hanya menerima bayaran pada atau selepas 31.12.2004
- sebelum tarikh matang, cek ini menjadi cek tak laku
Cek Mati
- cek yang tempoh pembayarannya telah tamat
- biasanya cek bank perdagangan laku dalam tempoh 6 bulan manakala cek Bank Negara laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek dikeluarkan
- contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada 1.1.2004 akan menjadi cek mati mulai pada 1.4.2004
Cek Dalaman
- cek yang dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan penyuruh bayar
- cek boleh ditunaikan serta merta dikaunter bank
Cek Bertanda
- penerima cek dijamin akan menerima bayaran sehingga tarikh tertentu
- perkataan “Baik untuk pembayaran sehingga ………..” akan ditulis pada muka cek
- contoh: “Baik untuk pembayaran sehingga 3.3.2002” [penerima cek dijamin akan mendapat bayaran sehingga tarikh 3.3.2002]
Cek Kosong
- cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap dan ditanda tangani KECUALI amaun jumlah dalam perkataan dan angka
- cek ini digunakan apabila penyuruh bayar tidak tahu jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada sidibayar
- sebagai langkah keselamatan, perkataan “tidak melebihi RM…….” akan ditulis pada cek
Cek Tak laku
- cek yang tidak diterima oleh bank untuk pembayaran
- sebab cek menjadi cek tak laku:
· cek bertarikh hadapan
· cek kotor/rosak/koyak
· cek kosong
· cek mati
· jumlah dalam angka dan perkataan tak sama
· baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup
· penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum cek ditunaikan
· tiada tanda tangan penyuruh bayar
· penyuruh bayar membatalkan cek yang dikeluarkan
· tanda tangan pada cek tidak sama dengan kad contoh tandatangan
No comments:
Post a Comment