Thursday, 15 March 2018
Osteoporosis - Tulang Rapuh
Apa itu osteoporosis? Osteoporosis ialah keadaan tulang yang rapuh dan mudah patah akibat struktur tulang yang lohong dan kurang tumpat. Terjadi apabila usia semakin meningkat lebih-lebih lagi dalam golongan wanita. Bukan kerana penyakit ini bersifat sexist, tetapi apabila wanita yang sudah lanjut usia, menopaus menyebabkan osteoporosis.
Ada beberapa faktor terjadinya osteoporosis termasuklah :
1. Usia. Semakin tua, semakin tinggi kemungkinan untuk mendapat osteoporosis.
2. Jantina. Wanita lebih terkesan kerana menopaus menyebabkan kekurangan hormon estrogen dalam badan. Di mana estrogen ini berfungsi untuk menghalang sel osteoclast daripada 'memakan' tulang kita.
3. Kalsium dan Vitamin D. Kekurangan dua perkara ini akan menyebabkan pembentukan tulang yang sihat terbantut.
4. Senaman. Apabila kita bersenam,
aktiviti senaman akan memberikan tekanan kepada tulang dan akan memberi 'signal' kepada badan kita untuk membentuk tulang yang lebih kuat dan sihat. Konsep ini digelar Wolff's Law.
5. Merokok. Perbuatan merokok akan mengganggu sistem peredaran darah dalam badan manusia dan seterusnya merosakkan tulang akibat kurang nutrien yang sampai ke sel-sel tulang.
Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mengelak daripada mengalami osteoporosis? Lihat semula faktor-faktor di atas dan tangani masalah-masalah tersebut. Anda perlu :
1. Bersenam dengan lebih kerap.
2. Makan makanan yang tinggi kalsium dan Vitamin D termasuklah susu, yogurt, dan keju. Cahaya matahari juga membantu kulit anda untuk menghasilkan Vitamin D dengan semula jadi. Anda juga boleh ambil supplemen jika perlu.
3. Untuk golongan wanita, sila rujuk doktor pakar untuk menangani masalah osteoporosis anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment