Saturday, 14 July 2018

Petua Melawaskan Kencing

Petua Melawaskan Kencing



๐Ÿ’•๐ŸŒน๐Ÿ’•
1. Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.

๐Ÿ’•๐ŸŒน๐Ÿ’•
2. Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ia dapat menyembuhkan rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan juga dapat menyejukkan badan.

๐Ÿ’•๐ŸŒน๐Ÿ’•
3. Ambilkan air basuhan beras yang terakhir,kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas. Minumlah air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.

๐Ÿ’•๐ŸŒน๐Ÿ’•
4. Ambil sebiji nenas yang kurang masak,kupaskan kulitnya,bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Kemudian ambil 2 potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama 2 gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.

๐Ÿ’•๐ŸŒน๐Ÿ’•
5. Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada urine yang tertinggal.

๐Ÿ’•๐ŸŒน๐Ÿ’•
6. Anda boleh buat squat jump, iaitu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali. Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini bertujuan memperkuatkan otot-otot punggung.

๐Ÿ’•๐ŸŒน๐Ÿ’•
8. Pastikan anda mengambil zat yang mencukupi dan sempurna untuk tubuh.

MASALAH KENCING TAK LAWAS YANG PERIT

MASALAH KENCING TAK LAWAS YANG PERIT



Perit untuk membuang air kecil seperti rasa tak puas selepas membuang air kecil? Adakah ini ciri-ciri penyakit kencing kotor atau UTI ( Urinary Tract Infection )

Pundi kencing yang telah dijangkiti kuman boleh menyebabkan radang pada dinding pundi kencing. Jika tak dirawat dengan tepat, ia boleh merebak ke bahagian ginjal dan seterusnya ke dalam salur darah. Jom ketahui lebih lanjut tips atasi masalah kencing tak lawas supaya tidak berlarutan.

Tapi ramai juga yang mengambil mudah dan menganggap ia masalah biasa dan kalau tidak di tangani segera, lama kelamaan boleh mengundang masalah lain pula. Bahaya tu..


๐Ÿ’žTanda Awal Jangkitan Kuman Pada Pundi Kencing๐Ÿ’ž

#1. Kerap membuang air kecil

#2. Sakit semasa membuang air kecil

#3. Rasa tidak puas selepas membuang air kecil

#4. Sakit di bahagian perut

#5. Kencing berdarah

#6. Air kencing berbau busuk

#7. Demam



๐ŸŒนTips Penjagaan Elak Risiko Berulang๐ŸŒน

#1. Tidak menahan apabila ingin membuang air kecil

#2. Kebersihan perlu dijaga seperti segera dikeringkan selepas membuang air kecil

#3. Amalkan cara membasuh yang betul seperti dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman dari dubur masuk ke pundi kencing

#4. Membuang air kecil dengan mengosongkan pundi kencing secara berkala

#5. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari

#6. Elak menggunakan pewangi atau sabun pada bahagian kemaluan untuk mengurangkan iritasi pada bahagian vulva yang menyebabkan radang

#7. Membuang air kecil selepas berjimak (pasangan suami isteri)

#8. Mengambil makanan yang dapat mengurangkan asid dalam air kencing supaya bakteria tidak membiak dengan cepat. Segera mendapatkan nasihat doktor jika masalah semakin teruk sehingga mengganggu rutin harian untuk mengenal pasti masalah dengan lebih tepat.

#9. Elak pengambilan secara berlebihan makanan pedas, minuman kafein dan alkohol kerana ia memburukkan lagi masalah pada saluran kencing

#10. Mengamalkan minum air rebusan barli mampu melawaskan kencing kerana barli mengandungi serat yang tinggi dan membantu mengurangkan rembesan asid hempedu.

Petua Penyakit Gegata

Petua Penyakit Gegata

๐ŸŒ€Kalu kena gegata ubatnya mudah je..
Dapatkan lengkuas.
Potong lengkuas.
Permukaan yang dipotong tu dikelar-kelar dengan pisau.
Lengkuas tadi digosok kat tempat gatal.
Selain rasa syiok digosok, ia cepat melegakan lebih baik dari ubat KKM.. :)

๐ŸŒ€Note : Kalau kawasan gegata banyak dan air lengkuas dah jadi kering, potong dan kelar lagi lengkuas tersebut dan gosok lagi.

๐ŸŒ€Mudah-mudahan membantu & selamat mencuba.
In shaa Allah.

Petua Buang Angin Dalam Pantang



Bahan2 yg di guna
1/2 sdt Jintan Manis
2 inci Halia
1 sdb Madu (sy guna madu kelulut asli sbb kurang manis)
1 sdt Kayu Manis Ceylon
Air kosong 2 gelas

Cara2
1. rebus sampai mendidih dalam 5minit.

2. campur 1sdt Kayu Manis Ceylon

*org dulu2 guna kayu manis biasa tp diorg amal ni seminggu 3kali je.sy baca kalo nak minum hari2 kena amalkan Kayu Manis Ceylon tu sbb kandungan coumarin dia yg sgt rendah. tu sbb sy pakai Ceylon Cinnamon tu sng.pakai serbuk je mcm bancuh milo hihi.

3. Elok di minum suam. bole amal minum tiap2 pagi.mmg badan ok sgt takde rasa angin2. baby pun ok takde kembung pn.nak amik produk2 lain riso efek baby so sy suka amal rempah2 je sbb breastfeed lagi. Cuba la..sedap tau badan

Ni antara khasiat slps sy research.

Jintan Manis - Baik utk cuci usus, perut berasid & berangin.

Halia - Baik utk sistem penghadaman. Angin kembong dalam perut.

Madu - TIngkatkan sistem imun badan utk lawan bakteria dalam usus.

Kayu Manis Ceylon - Menghangatkan badan dan perut supaya angin tak masuk. Tinggi anti-oksidan dan bagus utk amalkan setiap hari. Kayu manis ceylon lg selamat utk amalan setiap hari berbanding kayu manis biasa sbb kandungan coumarin yg sgt rendah tak effect kat hati.

PETUA PENYAKIT


   


#PetuaAtasiGastrik
     
   Menjelang bulan puasa penghidap gastrik pasti berasa risau. Untuk mengatasi masalah sakit akibat gastrik, anda boleh merendamkan tiga biji kurma kedalam susu suam selama 10 minit sebelum berbuka puasa. Selepas masuk waktu berbuka puasa, ,makan kurma terlebih dulu disusuli air susu itu.



#PetuaBawangMerahLegakanSelesemaBayi

    Tumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Kemudian letakkan sedikit minyak masak. Sapukan pada ubun2 bayi secara membulat. InshaaAllah selesema akan mudah sembuh



#PetuaElakSenggugut

   Untuk mengelakkan kesakitan, campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.Pastikan kuantiti kedua dua bahan sama banyak.Makan selama seminggu sebelum h**d.



#PetuaPulihkanBatukDenganSegera
       Ambil 8 helai daun pudina & rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Minum airnya, beberapa kali agar batuk anda tidak beterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan 8 helai daun pudina.



#PetuaAtasiSenggugutDenganHalia
        Anda boleh mengurangkan kesakitan senggugut dengan mengambil segenggam halia & tumbuk sehingga lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam & biarkan halia tersebut mendap. Selawat  & minum air tersebut. Hasilnya kesakitan anda akan beransur hilang.



#PetuaNilaUbatiPenyakitBeguk
        Penyakit beguk @ bengkak di bawah telinga dianggap penyakit bermusim & mudah berjangkit. Jika anda di antara ahli keluarga yang terkena penyakit ini , campurkan sedikit nila & cuka makan lalu sapu sekeliling telinga. InshaaAllah bengkak tersebut akan beransur hilang.

Cara Melentikkan Bulu Mata Serta Memanjangkannya Secara Semulajadi

Cara Melentikkan Bulu Mata Serta Memanjangkannya Secara Semulajadi


1. Pengambilan Makanan Yang Sihat

Makanan yang masuk ke dalam tubuh merupakan faktor penting supaya bulu mata cepat panjang dan lentik.Jaga dan pantau selalu pengambilan nutrisi. Pastikan juga anda mengambil makanan sihat dengan nilai zat yang seimbang. Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan,makanan sihat yang kaya dengan beta karoten, vitamin B, asid folat dan asid amino.


2. Gunakan Minyak Semulajadi

Cara melentikkan bulu mata yang boleh anda cuba ialah dengan memakai minyak zaitun. Minyak zaitun ini sebaiknya disapukan pada malam hari sebelum tidur secara teratur sehingga bulu mata lentik dan panjang.Cara pemakaiannya sangat mudah, anda hanya perlu menyapu minyak zaitun pada kelopak bulu mata. Anda juga boleh menggantikan minyak zaitun dengan minyak almond.


3. Pakai Buah Keras

Ternyata buah keras juga boleh menjadi salah satu cara melentikkan bulu mata. Ambil dua atau tiga biji buah keras, bakar sehingga kehitaman.Biarkan sejuk, kemudian kisar atau tumbuk sampai lumat. Sebelum tidur, sapukan pada sekitar mata tetapi hati-hati jangan sampai termasuk ke dalam mata. Lakukannya paling kurang tiga kali seminggu.


4. Guna Lidah Buaya & Daun Sirih

Layur dua helai daun sirih, kemudian ambil lendir lidah buaya. Letakkan lendir lidah buaya ke dalam mangkuk, kemudian celupkan sehelai daun sirih yang sudah dilayur. Apabila daun sirih dan lidah buaya sudah bersatu, sapukan ke bulu mata secara merata. Pastikan ketika anda menyapunya, bulu mata dalam keadaan bersih. Tiada kotoran mekap ataupun maskara yang melekat pada bulu mata. Biarkan selama dua jam.

Setelah dua jam, bersihkan sisa-sisa tersebut dengan menggunakan daun sirih yang belum digunakan lagi. Celupkan ke dalam air suam, bersihkan dengan cara menyapunya pada bulu mata anda. Lakukan gerakan seperti anda menggunakan maskara.


5. Pakai Sikat Bulu Mata

Menyikat bulu mata secara teratur dengan bantuan tambahan minyak semulajadi juga boleh merangsang pertumbuhan bulu mata. Sikatlah bulu mata dengan menggunakan sikat khas untuk bulu mata pada setiap malam sebelum tidur bagi pertumbuhan dari folikel bulu mata anda.


6. Trim Bulu Mata

Trim atau memotong bahagian hujung dari bulu mata juga efektif untuk melentikkan bulu mata. Hati-hati ketika anda mempratikan cara ini, gunakan gunting kecil sebagai alat bantu untuk memudahkan proses pemotongan hujung bulu mata. Setelah proses pemotongan hujung bulu mata selesai, letakkan minyak semulajadi seperti minyak zaitun, almond ataupun kelapa bagi merangsang pertumbuhan bulu mata dengan lebih cepat.



Info Ekstra!

Antara Penyebab Bulu Mata Rosak

Penggunaan alat penyepit bulu mata yang terlalu kuat.

Tidak membersihkan maskara setelah selesai sesi โ€˜cantik-cantikโ€™.

Sering menggosok-gosok mata juga boleh menyebabkan kerosakkan bulu mata.

PENTINGNYA SUSU

BETAPA PENTINGNYA SUSU
๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€๐Ÿ€

Tahukah anda?

Daripada hidangan makanan yang diambil setiap hari, tiada satu pun yang boleh menyamai kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu.

Susu adalah makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal pertumbuhan mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.

Kenapa Perlu Minum Susu?

Vitamin D โ€” Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium.Vitamin D boleh diperoleh secara semulajadi jika kita mendapat cukup cahaya matahari (terutama pada waktu awal pagi). Namun, tidak ramai yang berpeluang untuk mendapatkan cahaya matahari pada awal pagi. Jadi, cara paling mudah adalah minum susu yang diperkaya dengan vitamin D.Vitamin D juga dipercayai dapat menyumbang dalam mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.Susu dan produk tenusu yang diambil dalam diet harian dapat membantu dalam pembinaan dan pengekalan jisim tulang. Seterusnya akan dapat mengurangkan risiko osteoporosis (tulang rapuh).Susu juga dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Dengan kata lain, nutrien yang terdapat dalam susu seperti potasium, magnesium dan kalsium dapat membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat.

merawat selesema

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?



Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C).

Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor.

Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan

Petua Hilangkan Parut Demam Campak





Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua di bawah ini:

1) Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.

2) Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

3) Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut hilang.

4) Kalau rasa tak sempat dek kekangan masa, boleh sapu je Kiddie Soft sebab khasiat shea butter, epigen5, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan minyak kelapa dara mampu memudarkan parut serta mengecutkan biji campak.

SELESEMA DAN BAYI

๐ŸŒธ SELESEMA DAN BAYI


Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu.

Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius.

Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam.


Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari

Saturday, 7 July 2018

Kebaikan dan Keburukan Vitamin C


Ramai yang percaya pil dan suntikan vitamin C  mampu mengekalkan awet muda. Tekstur kulit tampak cantik, halus, mulus dan tegang. Selain itu juga Vitamin C memberikan keajaiban untuk mengekalkan tahap kesihatan seseorang.

Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin C sudah dikaji sejak sekian lama. Hasilnya ia bukan hanya sekadar testimonial tetapi keputusan hanya untuk sistem kulit. Kesan lain tidak dapat dipastikan secara konsisten dan bukti kukuh terhadap maklum balas lain.

Mungkin juga ada tidak tahu, pengambilan vitamin secara berlebihan boleh menyebabkan kematian terutama apabila diambil melebihi 833 gram (gm) bagi dewasa yang mempunyai berat badan 70 kilogram.

Selain itu pengambilan secara berlebihan juga sangat bahaya pada pesakit ginjal dan

Rawatan Semulajadi untuk Pesakit Tonsil





Air Garam

Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan. Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria. Selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberi keselesaan kepada anda

Cara:
Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.

Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat

Lemon

Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jagkitan

Cara:
Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.

Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.

Daun Selasih

Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan

Cara:
Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes

Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh maduMinum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari

Kunyit

Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni.

Cara:
Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.

Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan

Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.

Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.

Kayu manis

Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.

Cara:
Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.

Campurkan dua sudu teh maduHirup perlahan-lahan semasa ia masih panasMinum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu

Daun Pudina

Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda

Cara:
Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal

Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hariBoleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis

Halba

Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang menjadikan ia penawar yang sangat baik untuk tonsil.Halba juga mempunyai sifat anti-radang yang akan memberikan bantuan segera daripada kesakitan dan keradangan

Cara:
Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.

Renehkan selama 30minitBiakan sejukBerkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh

Biji Carom

Membantu dalam membanteras gejala tonsilitis kerana benihnya kaya dengan sifat anti-oksidan serta vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan

Cara:
Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.

Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rataAngkat dari apiminum semasa masih panas. Minum sehari 2kali selama 2 ke 3 hari.

Simptom-Simptom Pengidap Resdung





1-Hidung tersumbat dan berbau busuk.

2-Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung.

3-Hidung kerap berair walaupun tidak selsema.

4-Kerap bersin terutama di waktu pagi.

5-Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata.

6-Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang.

7-Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan.

8-Kerap sakit kepala atau migrain.

Simptom paling ketara pengidap resdung : Hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya suara menjadi agak โ€˜sengauโ€™.

Simptom di atas berlaku secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk & selepas mengambil makanan laut.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan tanpa sebarang alternatif untuk hilangkan resdung  tersebut, ianya boleh menyebabkan kecacatan sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kos yang agak tinggi.

Lebih parah lagi, penyakit resdung muka dan hidung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Penyakit resdung bukanlah jenis penyakit berjangkit.

โ€œ โ€ฆ Gejalanya resdung yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahanโ€ฆโ€™โ€™

RESEPI untuk mengurangkan kesakitan gout dengan kadar segera:


๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ
1/2 liter air alkali -diminum terus
1 sudu teh madu lebah
2 sudu makan cuka epal
1 gelas air masak bertapis

Mula-mula sekali minum air alkali sebanyak setengah liter. Setelah habis minum, mulakan resepi dengan merawat gout. Campurkan bahan b, c dan d di atas (seeloknya guna air suam untuk melarutkan campuran). Minum setiap pagi, petang dan sebelum tidur. InsyaAllah anda tidak akan diserang lagi kesakitan dan jika diamalkan berterusan, anda akan dijauhkan dari penyakit Gout dan  arthritis.

๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท
(perlu diketahui bahawa cuka epal mempunyai tahap keasidan yang tinggi dan menghakis gigi, maka sebaiknya gosok gigi sebelum tidur dan selepas meminum resepi di atas.)
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

๐ŸŒธ kesan mungkin berbeza mengikut individu ๐ŸŒธ

Bagaimana resdung merosakkan gigi ?




Apakah perkara-perkara yang berlaku pada gigi bahagian atas yang boleh menyebabkan sinusitis ?

Di antara punca utama ialah mencabut gigi. Mencabut gigi meninggalkan kesan lubang pada gusi. Jika akar gigi tersebut panjang, lubangnya akan terlalu dalam sehingga boleh menghubungkan rongga sinus maxillary dan mulut.

Akibatnya, kuman atau bakteria dari mulut boleh merebak di rongga sinus menyebabkan sinusitis. Biasanya lubang tersebut akan pulih dan ditutup semula melalui rawatan ubat-ubatan. Tetapi jika lubang berterusan ia boleh mengakibatkan โ€˜fistulaโ€™ di mana bahan makanan yang dikunyah atau air minuman boleh keluar melalui hidung.

Sebaliknya,

Penyakit Resdung dan kaitannya dengan penyakit gigi





Rongga sinus ialah rongga yang terdapat dalam tulang pipi dan dahi. Ia mempunyai hubungan dengan hidung. Oleh sebab itu, tanda-tanda penyakit sinusitis adalah berkaitan dengan hidung seperti hidung berhingus, tersumbat dan berbau busuk.

Tetapi tahukah anda bahawa penyakit sinusitis atau resdung ini mempunyai kaitan dengan kerosakan gigi ? Sebenarnya kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas merupakan salah satu punca utama penyakit sinusitis.

Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke dalam rongga sinus menyebabkan sinusitis. Ini adalah kerana kedudukan gigi bahagian atas (upper jaw) yang amat dekat dengan rongga sinus.

Rongga sinus yang terdapat dalam tulang pipi (mixillary sinus) merupakan rongga sinus yang paling sering mendapat sinusitis akibat dari kerosakan gigi paling atas. Gigi paling atas mempunyai akar yang panjang di dalam tulang gusi.

Kadangkala akar gigi tersebut terlalu panjang sehingga ia menembus rongga sinus maxillary yang terdapat di dalam tulang pipi. Oleh itu sebarang kerosakan atau jangkitan pada akar gigi dengan mudah merebak ke rongga tersebut menyebabkan โ€˜sinusitisโ€™.

Pantang Larang Pemakanan Bagi Orang Menghidap Penyakit Resdung





1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Apa itu resdung @ sinusitis?

Apa itu resdung @ sinusitis?


Resdung sebenarnya adalah sebuah โ€˜pintuโ€™ kepada kemasukan kuman-kuman lain yang ada.

 Makna: pada mulanya Resdung ni hanyalah hama yang dikaitkan dengan gejala bersin, gatal dan batuk ringan. Bila hal kesihatan diabaikan, lama-kelamaan ia akan merebak. Segala batuk, gatal dan bersin bertukar menjadi berat.

Kulit pula akan ketara nampak bermasalah (seperti jerawat nanah, merah dan bisul.) Dan bila kuman resdung ni dah banyak, maka ia akan membuat sarang berupa lendir yang melekat di bawah permukaan kulit. Lendir ini berupa saluran sambungan yang mengalir cecair busuk di dalamnya (tu pasal bila picit muka, keluar benda putih kecik). Ini adalah tapak resdung.

Kulit yang sudah dihinggapi akan mudah berjerawat. Seterusnya, pertahanan badan (antibodi) menjadi lemah dan kuman-kuman lain dapat ceroboh masuk. Dan bila banyak kuman masuk dan bercantum antara satu sama lain, maka boleh mewujudkan penyakit lain yang lebih berat.

Merujuk pada gambarajah di bawah, ini adalah hasil kerosakan yang boleh berlaku akibat dari pengabaian yang โ€˜totalโ€™ (tidak mengambil berat soal penjagaan kesihatan ataupun mengamalkan cara yang SALAH.) Jadi, berhati-hatilah. Amalkan gaya hidup sihat.

CARA MENCANTIKKAN TUBUH

CARA MENCANTIKKAN TUBUH



1. Berpantang biar serius
Selepas bersalin, ramai wanita mengeluh mengalami masalah berat badan dan isi menggeleber. Jangan risau, gunakan tempoh berpantang untuk merawat masalah dalaman dan mencantikkan kembali bentuk fizikal anda. Sapukan pati halia atau minyak panas pada bahagian tubuh yang bermasalah seperti perut, paha dan punggung. Pakai bengkung untuk membantu mengembalikan kelangsingan tubuh. Agak tak selesa tapi kalau anda rajin pakai bengkung, lemak yang ada cepat terbakar dan berat badan pun turun secara berperingkat.


2. Postur yang betul
Wanita, jangan sesekali membongkokkan badan kerana ini akan menyebabkan tubuh kelihatan bongkok selain menyebabkan lemak mudah berkumpul di bahagian perut. Cara yang betul akan membantu mencantikkan bentuk badan anda. Mulai hari ini ubah cara anda berjalan, duduk dan berdiri. Ingat, tegakkan badan!


3. Pakai korset
Mungkin tubuh kurus tapi ada masalah perut buncit. Gunakan korset atau pakaian dalam yang membantu membentuk tubuh agar lebih menarik. Ini bagi menyokong bahagian tubuh khususnya payudara dan punggung agar berada dalam โ€˜acuanโ€™. Cara ini juga membuatkan tubuh berbentuk dan mengelakkan anda makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.


4. Kena makan suplemen tambahan
Anda boleh pilih sama ada mengambil jamu, herba mahupun suplemen moden. Ini bukan sahaja membantu memulihkan kesihatan dan menjaga kecantikan dalaman, tapi mujarab untuk menurunkan berat badan. Ramuan herba dapat menjadikan tubuh langsing dan bahagian intim anjal serta lebih menarik.


5. Buang jauh-jauh amalan buruk
Jangan makan lewat malam kerana tubuh akan mudah naik kerana pada waktu ini tiada aktiviti fizikal yang dapat membantu membakar kalori. Tolong elakkan minum air bersulam makanan kerana ini cara paling senang buat perut buncit. Nak tubuh cergas dan segar, elakkan tidur siang terutama selepas Asar. Amalan ini menyebabkan tubuh lemah, berat badan mudah naik dan wajah menjadi lesu.


Senang, kan? Ingat, wanita kalau nak cantik luar dalam kena jaga ya. Bukan hanya paras rupa tapi dalaman itu dua kali ganda lebih penting!