Saturday, 7 July 2018
Simptom-Simptom Pengidap Resdung
1-Hidung tersumbat dan berbau busuk.
2-Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung.
3-Hidung kerap berair walaupun tidak selsema.
4-Kerap bersin terutama di waktu pagi.
5-Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata.
6-Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang.
7-Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan.
8-Kerap sakit kepala atau migrain.
Simptom paling ketara pengidap resdung : Hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya suara menjadi agak ‘sengau’.
Simptom di atas berlaku secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk & selepas mengambil makanan laut.
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan tanpa sebarang alternatif untuk hilangkan resdung tersebut, ianya boleh menyebabkan kecacatan sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kos yang agak tinggi.
Lebih parah lagi, penyakit resdung muka dan hidung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Penyakit resdung bukanlah jenis penyakit berjangkit.
“ … Gejalanya resdung yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan…’’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment