Friday, 30 March 2018
PELBAGAI PETUA
PENAWAR BATUK KANAK-KANAK
========================
Untuk mengubati batuk yang sering terjadi pada kanak-kanak, amalkan minum air perahan daun peria.Berikan pada kanak-kanak.
Air perahan yang pahit akan memudahkan kahak keluar.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
MENGURANGKAN SAKIT GOUT
======================
- Kupas kulit sekeping kaktus. Bungkus dengan daun pisang dan panaskan sehingga 3 atau 4 minit dengan api yang sederhana.
Sejukkan sekejap. Setelah sejuk, tampalkan pada bahagian yang sakit.
Amalkan setiap hari.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
PELEMBAB MUKA SEMULA JADI
======================
1. Bersihkan muka dengan air suam & keringkan.
Setelah itu,cuci dengan air kelapa & biarkan selama setengah jam.Bilas dengan air bersih.
2. Kubis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar. Perah
airnya & campurkan dengan madu ...lebah.
Amalkan selalu dengan menggunakan ramuan ini.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
BENGKAK AKIBAT TERJATUH
====================
Campurkan asam jawa & garam dengan sedikit air.
Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak.
Dalam masa beberapa minit, bengkak akan menjadi surut.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
HILANGKAN LENGUH-LENGUH BADAN
=========================
Mandi dengan air sebiji kelapa yang bercampur dengan air sejuk.
Amalkan sehingga seminggu dan anda akan rasai perubaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment