Thursday, 15 March 2018

CARA BETUL MENGEKSTRAK ALOE VERA

💐💐


Jika korang mahu menggunakan aloe vera setiap hari, korang bolehlah mengestrakkannya terlebih dahulu kemudian menyimpan dalam bekas bertutup di dalam peti.

Dengan cara ini, gel aloe vera akan selalu berada dalam keadaan yang baik, dan siap untuk digunakan nanti.

💋 Berikut Cara mengekstrak gel Aloe Vera di rumah : 💋

🎍Pilih daun lidah buaya yang baik

🎍Bahagian tengah daun yang mengandungi sebahagian besar gel, dipotong daun dari pangkal tanaman.

🎍Sekarang, dirikan daun dengan tegak selama 15 minit, supaya getah mengalir keluar dengan baik.

(Getah adalah cairan berwarna kuning yang akan keluar ketika daunnya dipotong.)

🎍Lalu Cuci daun untuk menghilangkan sisa getah yang masih ada pada daun.

🎍Letakkan daun secara mendatar dan, potong kedua sisi daun yang ada durinya.

🎍Setelah selesai, kupas lapisan daun luar yang berwarna hijau, manakala gel aloe vera dipotong dadu.

🎍Atau, boleh juga membelah daun menjadi dua bahagian memanjang dari atas ke bawah, dan mengorek gel itu dengan sudu.

No comments:

Post a Comment