Saturday, 14 July 2018

PETUA PENYAKIT


   


#PetuaAtasiGastrik
     
   Menjelang bulan puasa penghidap gastrik pasti berasa risau. Untuk mengatasi masalah sakit akibat gastrik, anda boleh merendamkan tiga biji kurma kedalam susu suam selama 10 minit sebelum berbuka puasa. Selepas masuk waktu berbuka puasa, ,makan kurma terlebih dulu disusuli air susu itu.



#PetuaBawangMerahLegakanSelesemaBayi

    Tumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Kemudian letakkan sedikit minyak masak. Sapukan pada ubun2 bayi secara membulat. InshaaAllah selesema akan mudah sembuh



#PetuaElakSenggugut

   Untuk mengelakkan kesakitan, campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.Pastikan kuantiti kedua dua bahan sama banyak.Makan selama seminggu sebelum h**d.



#PetuaPulihkanBatukDenganSegera
       Ambil 8 helai daun pudina & rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Minum airnya, beberapa kali agar batuk anda tidak beterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan 8 helai daun pudina.



#PetuaAtasiSenggugutDenganHalia
        Anda boleh mengurangkan kesakitan senggugut dengan mengambil segenggam halia & tumbuk sehingga lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam & biarkan halia tersebut mendap. Selawat  & minum air tersebut. Hasilnya kesakitan anda akan beransur hilang.



#PetuaNilaUbatiPenyakitBeguk
        Penyakit beguk @ bengkak di bawah telinga dianggap penyakit bermusim & mudah berjangkit. Jika anda di antara ahli keluarga yang terkena penyakit ini , campurkan sedikit nila & cuka makan lalu sapu sekeliling telinga. InshaaAllah bengkak tersebut akan beransur hilang.

No comments:

Post a Comment