Hubungan intim suami dan isteri (hubungan seksual) adalah hubungan halal dan sangat bermanfaat dari sudut kesihatan.
Ia dapat melegakan stres, menyebabkan tidur lebih lena, merendahkan tekanan darah, meningkat daya tahan dan meningkatkan hubungan emosi antara suami dan isteri.
Kajian yang terkini menunjukkan bahawa hubungan intim dapat memanjangkan umur.
Saintis dari University of California di San Francisco, Amerika Syarikat melakukan kajian terhadap sekumpulan 129 orang ibu yang berkeluarga (mempunyai anak dan suami). Setiap ibu ini melaporkan kepuasan dan keseronokan dalam hubungan, dan bilangan kekerapan melakukan hubungan seksual.
Saintis juga melakukan pemeriksaan darah untuk menganalisa indikasi proses penuaan yang sedang berlaku dalam tubuh mereka.
Apabila saintis membandingkan tahap kepuasan dan keputusan darah yang mereka lakukan, mereka membuat kesimpulan bahawa para wanita yang melakukan hubungan seksual dengan suami paling kurang seminggu sekali, mempunyai TELOMERES yang lebih panjang. Telemores adalah sebahagian
dari DNA yang berada di hujung struktur ini yang menentukan jangka hayat sesuatu organisma.
Telomeres sangat penting dalam menentukan proses penuaan yang sihat. Apabila semakin berusia, telomeres akan menjadi semakin pendek, akibat cara pemakanan yg tidak sihat, menghisap rokok, pencemaran alam sekitar, minum alkohol, dan proses penuaan itu sendiri. Semakin pendek telomeres, bermakna semakin pendek jangka hayat seseorang itu.
Ini bermakna seseorang yang dapat melakukan hubungan seksual secara tetap, ia dapat memanjangkan telemores. Seterusnya memanjangkan hayat seseorang.
Walau bagaimana kajian ini terlalu awal untuk membuat mengesahkan kesimpulan ini. Tetapi tidak salah melakukan hubungan seksual yang halal.
Dalam journal "Archives of Sexual Behavior" pada tahun 2017 menerbitkan satu kajian yang menyarankan secara purata seorang dewasa harus melakukan hubungan seksual sebanyak 54 kali setahun (secara mudahnya seminggu sekali) berdasarkan kajian dari tahun 1989 hingga 2014.
Malah satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal "Social Psychological and Personality Science" menyarankan kekerapan yang sama iaitu seminggu sekali agar mendapat hubungan emosi suami isteri yang lebih bahagia.
Kajian itu melibatkan 30,000 warga Amerika berusia 40 tahun ke atas.
Walau bagaimana pun ia adalah cadangan (guideline) dan bukan peraturan yang mesti dilakukan. Apa yang penting, bukanlah bilangan kekerapan tetapi memastikan hubungan yang sihat antara suami dan isteri.
Semoga bermanfaat.