Fakta yg perlu kita tahu untuk sepinggan nasi kandar..
1) Nasi kandar lebih baguih daripada nasi putih yg dimasak di rumah sebab nasi kandar takdak kanji. Masa nasi dimasak depa buang kanji. Jadi kandungan gula sangat kurang dalam nasi kandar berbanding nasi yang biasa dimasak di rumah...
2) Gulai nasi kandar biasanya ceroi dan kurang berminyak. Malah yang lebih penting, gulai nasi kandaq tak guna santan. Kalau gulai yang dimasak di rumah, kebanyakkan kita guna santan dan berminyak. Maka kebaikan gulai nasi kandar ialah kurang kolestrol berbanding gulai yang dimasak di rumah...
3) Kandungan rempah yang lebih di dalam gulai nasi kandar membantu melancarkan darah, antioksidan, membakar lemak dan menstabilkan kandungan gula dalam darah...
4) Biasanya sayur paling femes dalam nasi kandaq adalah bendi. Bendi mampu mengekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mempunyai vitamin C, baik untuk otot dan otak, agen pelawas serta mengurangkan kolestrol dalam badan.
Malah ikut petua orang tua-tua, bendi dapat membantu memudahkan proses kelahiran bagi perempuan yang bersalin secara normal...
5) Nasi kandar tidak seperti makanan
Thai yang kaya dengan kandungan monosodium glutamat
(msg atau bahasa mudahnya ajinomoto)
atau masakan Melayu yang kaya dengan santan & minyak. Jadi nasi kandar tidak memberikan kesan buruk serta memudaratkan tubuh badan kita berbanding masakan Thai atau masakan Melayu...
No comments:
Post a Comment