Mengapakah perkataan 'pangsapuri' dieja rapat sedangkan perkataan tersebut bukan kata majmuk mantap.
Jawapan:
Perkataan 'pangsapuri' merupakan kata majmuk yang baru dicipta dan dianggap sebagai kata bahasa Melayu baharu. Perkataan ini disesuaikan dengan perkataan 'kondominium' dalam bahasa Inggeris.
Jika cikgu memahami konsep Tatabahasa Dewan, perkataan yang sering digunakan ialah lazimnya. Maksud perkataan lazim ialah sesuatu yang dinyatakan itu bukanlah bermaksud 100 peratus betul atau tepat atau jumlah itu sahaja.
Sebenarnya, kata majmuk yang dieja rapat melebihi 15 perkataan. Namun demikian, kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang telah lazim digunakan sekian lama oleh masyarakat
Maksudnya ialah jumlah kata majmuk mantap 15 tetapi kata majmuk yang dieja rapat melebihi 15 perkataan.
Sumber MD Cikgu Ghalib Yunus
No comments:
Post a Comment