Friday, 2 February 2018

LATIHAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 BAB 1 HINGGA BAB 4

BAHAGIAN A
( 15 MARKAH )
Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan. Hitamkan jawapan pada kertas jawapan objektif  yang disediakan
1 Barat daya adalah arah mata angin perantaraan  yang terletak di antara
utara dengan timur
utara dengan barat
timur dengan selatan   
barat dengan selatan

2  Antara berikut, yang manakah arah mata angin utama?
Timur laut, tenggara, barat daya dan barat laut
Utara, timur, selatan dan barat
Timur, tenggara, barat daya dan selatan
Utara, selatan, tenggara dan barat
3 Manakah cara yang paling tepat untuk menentukan arah?
Memerhati kedudukan bulan
Memerhati kedudukan bintang
Menggunakan kompas magnetik  
Memerhati kedudukan matahari
4 Mengapakah jarum kompas magnetik sentiasa menghala ke arah utara?
A Tarikan magnetik dari kutub utara bumi
B Diperbuat daripada magnet
C Jisim kompas memberat ke arah utara
D Kerana darjah bermula dengan 0o




5 Apakah ciri-ciri peta lakar yang lengkap?

I Mempunyai tajuk
II Mempunyai arah mata angin
III Mempunyai warna yang cantik
IV Mempunyai pemidang

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6 Antara berikut, yang manakah merupakan contoh ciri pandang darat budaya di dalam peta?

I Masjid
II Rumah
III Jeti
IV Paya bakau

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

7 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pandang darat fizikal yang biasanya terdapat di dalam peta?

I Paya air masin
II Bukit
III Rumput
IV Tali air

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
 
8 Simbol-simbol di atas mewakili

A pertanian
B pengangkutan
C saliran
D bangunan

9 Antara berikut, singkatan yang manakah mewakili ciri pandang darat fizikal?

I Bt.
II Hosp.
III Sg.
IV G.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10 Kedudukan relatif dapat ditentukan dengan menggunakan
\ 
A titik rujukan
B jangka sudut
C arah mata angin
D kompas

11 Bagaimanakah pengembara dan pelayar zaman dahulu menentukan arah?

A Berpandukan matahari dan bintang-bintang
          B Berpandukan tiupan angin monsun
C Merujuk kepada daya tarikan magnet
D Menggunakan kompas moden
12 Garisan latitud yang paling panjang ialah
garisan Artik
garisan Jadi
garisan Khatulistiwa
garisan Sartan
13 Longitud 0° dikenali sebagai
Garisan Meridien Pangkal
Garisan Tarikh Antarabangsa
Garisan Hemisfera Utara
Garisan Hemisfera Selatan
14 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia ialah
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
Shah Alam
15 Malaysia terdiri daripada
14 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan
13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan
12 buah negeri dan 2 wilayah persekutuan
13 buah negeri dan 2 wilayah persekutuan
ISIKAN JAWAPAN PADA RUANGAN DI BAWAH
1.   [ ] 6.   [ ] 11. [ ]
2.   [ ] 7.   [ ] 12. [ ]
3.   [ ] 8.   [ ] 13. [ ]
4.   [ ] 9.   [ ] 14. [ ]
5.   [ ] 10. [ ] 15. [ ]

No comments:

Post a Comment