Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan.
Perah jus limau nipis dan gaul bersama kapur tadi.
Sapukan pada perut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
PERUT MASUK ANGIN
- Sediakan 3 biji cili jawa, 3 genggam ketumbar & sedikit gula merah.
Rebus dengan 4 gelas air hingga mendidih.
Setelah sejuk, tapis & minum airnya sekali sehari.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
HILANGKAN KEDUTAN PADA PERUT
Campurkan satu camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih & satu camca besar air limau nipis.
Sapukan pada perut selepas bersalin & lakukan selama beberapa minggu.
Amat mujarab bagi ibu yg baru lepas bersalin.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
PENAWAR BATU KARANG
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya.
Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas.
Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
MENGUBATI GEGATA
cara 1 -
Layurkan beberapa helai daun sirih. Kemudian sapukan pada gegata yg tumbuh di badan ketika daun sirih itu masih panas lagi.
cara 2 -
Ambil beberapa helai daun kunyit, hancurkan kemudian sapukan pada bahagian yg terkena gegata.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
MASALAH TIDAK DATANG HAID
Tumbuk kunyit hidup hingga lumat.
Gaulkan dgn sedikit gula, asam jawa, air cuka, dan sedikit garam sehingga sebati.
Kemudian tapiskan bahan-bahan tadi utk mendapatkan airnya sahaja.
Air tapisan ini bolehlah diminum setiap pagi dan petang selama seminggu....
No comments:
Post a Comment