Thursday, 8 March 2018

Faktor / Risiko lain kanser Payudara.

Faktor / Risiko lain kanser Payudara.


🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
* Kesuburan dan sejarah haid
🌷
* Semakin berumur seseorang wanita semasa memperoleh anak pertama, semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.
🌷
* Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), putus haid di usia lewat (selepas umur 55 tahun), atau tidak mempunyai anak juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara.
🌷
* Mereka yang mengambil terapi hormon menopaus melebihi lima tahun berkemungkinan mendapat kanser payu dara.
🌷
* Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.
🌷
* Obes setelah menopaus: Setelah menopaus, mereka yang obes (terlalu gemuk) berkemungkinan besar mendapat kanser payudara yang lebih tinggi.
🌷
* Aktiviti fizikal:
Wanita yang tidak aktif langsung sepanjang usianya mengalami risiko yang tinggi untuk memperolehi kanser payudara.
🌷
* Alkohol:
Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.
🌷
Wanita yang mengalami tanda-tanda di atas perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Biasanya ketulan yang lembut, licin, bulat dan boleh bergerak-gerak adalah tidak merbahaya atau benigna.

Ketulan yang tidak jelas bentuknya, melekat di dalam tisu payu dara selalunya berkemungkinan besar adalah kanser.
🌷
Oleh yang demikian adalah sedikit info mengenai tanda-tanda awal Kanser Payudara.

Untuk Kaum wanita adalah dinasihatkan supaya dapat membuat pemeriksaan sendiri mauhupun di hospital atau klinik yang bertauliah.

Sediakan payung sebelum hujan kerana wanita adalah tonggak dunia.

No comments:

Post a Comment