Saturday, 15 June 2019

SIMPAN PETRUA INI

BATU KARANG

Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.

BENGKAK-BENGKAK DIBADAN

Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.

MEREDAKAN DEMAM CAMPAK YANG MENYERANG ANAK

Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
Segera beri minum air kelapa yang muda.

MENGUBATI KECACINGAN

Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.

CACING KERAWIT

Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari

KURANG DARAH AKIBAT KEMALANGAN

Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.

MENGUBATI GELGATA

Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata. Atau belah bawang sapukan kegelgata.

SEGARKAN SARAF

Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

LELAH

Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

BERKHATAN CEPAT SEMBUH

Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.

KEJANG PERUT

Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.

PENAWAR KENCING MANIS

Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.

No comments:

Post a Comment