Selalunya kalau kita rebus telur, time nak kopek telur tu melekat isi dia kat kulit kan. Jadi macam tak comey pulak mata ni tengok betul tak?
Jadi saya nak share dengan korang tips untuk dapatkan telur yang cantik dan licin selepas dikopek. Jom follow cara cara di bawah:
1. SEBELUM MEREBUS
a) PASTIKAN TELUR BERADA DALAM SUHU BILIK
Jika korang simpan telur dalam peti sejuk, jangan terus rebus telur tu tapi biarkan pada suhu bilik dulu. Bila telur dah berada dalam keadaan suhu bilik baru rebus.
b) LEPASKAN GAS DALAM TELUR
Cucuk hujung telur dengan safety pin atau paku tekan untuk melepaskan gas dalam telur.
Jika gas ni tak dilepaskan, gas akan meningkat apabila direbus dan memecahkan kulit telur. Perasan kan ada telur yang pecah dalam periuk dan telur pilutihnya keluar.
c) SUSUN DENGAN CERMAT
Letak dan susun telur dalam periuk dengan cermat.
Elak letak telur sekali banyak dan biarkan tersusun dalam satu layer agar berat telur tidak menekan antara satu sama lain. Tekanan akan menyebabkan telur pecah semasa di rebus.
d) GUNA AIR SEJUK
Isi periuk dengan air sejuk. Sebaiknya isi air dari tepi periuk dan bukan secara terus pada telur untuk mengelakkan tekanan berlaku pada telur.
e) CAMPURKAN GARAM
Masukkan setengah sudu garam dalam air. Garam berfungsi untuk membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.
f) CAMPURKAN JUGA CUKA
Letak satu sudu cuka mengikut jumlah telur dalam periuk sebelum mula merebus. Cuka membantu protein dalam putih telur menutup keretakan pada kulit dengan segera.
2. SEMASA MEREBUS
a) GUNA API PERLAHAN
Biarkan telur direbus dengan api perlahan untuk mengelakkan telur ‘terkejut’ dengan peningkatan suhu.
Kacau selalu dengan perlahan untuk elakkan telur tenggelam pada dasar periuk kerana ia boleh menyebabkan telur masak tidak sekata dan mudah pecah.
b) TUTUP API SEBAIK AIR MENGGELEGAK
Tutup api sebaik sahaja air menggelegak dan jangan keluarkan telur terus.
Jika anda inginkan:
Soft-boiled– keluarkan dalam masa 3 minit. Berhati-hati sewaktu mengeluarkan telur dari periuk. Guna sudu besar untuk mengelakkan telur pecah.
Medium-boiled– keluarkan dalam masa 5-7 minit.
Hard-boiled– keluarkan dalam masa 9-12 minit.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment