Saturday, 14 September 2019

INTERMITTENT FASTING.



Ramai yang nak kurus. Tapi nak kurus cara mudah. Telan kopi kurus, pil kurus, minuman fiber, susu kurus, sapu sabun kurus. Dalam tak sedaq dompet hangpa ja yang kurus. Hangpa gemok jugak sebab founder habaq "kurus tanpa diet. Makan la apa saja.". Duta2 ngan testimoni pon pakai gambaq masa mengandung dengan selepas beranak.  Berduyun2 la yang beli. Padahal seller ngan founder haram tak kurus pun. Makan sekotak tak jadi, seller habaq "kena skurang2nya 10 kotak ni baru jadi.". Hang pon beli lagi. Dan lagi. Padan la kena tipu, perangai bengap 2010 duk membawak sampai 2019.

Dah 2019 ni, takmau dah jadi bangang telan produk kurus. Nak kurus dengan makan pil2 minuman2 tak tahwan yang merisikokan kesihatan? Atau nak kurus cara orang2 bijak, sihat dapat, kurus pon dapat? Hang pilih.

Sekiranya jawapan hang nak kurus cara pertama, elok hang brenti membaca ja lah sebab otak hang sah sempit mana bleh masuk nak baca benda lain. Kalau nak kurus cara sihat, teruskan bacaan.

Intermittent fasting ni teknik berpuasa. Worldwide pakai cara ni. Nabi ajaq lamaaa dulu dah sebelum orang putih buat studies pasai ni. Ada beberapa cara untuk buat intermittent fasting. Kita highlight 3 cara paling famous lah.

Method 16:8

Teknik ni paling slalu orang guna. 16 jam puasa, 8 jam makan. Hang tentukan sendiri waktu nak puasa dan waktu berbuka. Sepanjang waktu "puasa", dibolehkan minum air. Dan bila berbuka, hang mengtekedaqah la sampai kenyang. Power nya teknik ni sebab secara ajaibnya bila hang berpuasa 16 jam, waktu berbuka hang cuma akan makan sikit saja dah rasa kenyang. Sebenarnya intermittent fasting ni bukan skadar control selera makan, tapi jugak control pola pemakanan hangpa.

Method 5:2

Method ni ala2 puasa sunat. 2 hari puasa, 5 hari makan macam biasa. Alang2 tu hang puasa sunat teruih la. Pahala pon dapat, kuruih pon dapat. Pilih la isnin dan khamis untuk puasa, lebih afdhol. Tapi, 2 hari yang puasa tu, kalori intake untuk hari puasa tu cuma 500-600 kalori (sehari) saja dibenarkan. Mudah kan? Ada sesetengah orang dia buat "puasa" stail makan ja pada waktu makan macam biasa, tapi total smua yang dia makan tu 500 kalori saja sehari. Pun boleh. Untuk yang tak biasa puasa macam muslim, boleh minum air kosong sepanjang anda berpuasa sebelum waktu berbuka.

Method 4:3

Method ni melibatkan puasa selang selang. Hari ni puasa, esok tak payah puasa. Untuk hari puasa, hangpa dibolehkan makan 500 atau 600 kalori dalam sehari. Untuk hari tak puasa, boleh makan macam biasa. Tapi macam tadi lah, bila hangpa dah start puasa memang automatik selera hangpa berkurang untuk makan. Tak caya tanya la sesapa yang dah terbiasa buat IF ni.

Mudah kan? Waktu puasa kita puasa, waktu makan kita makan. Sihat tanpa perlu telan produk merapu.

Bagi hangpa yang badan terlaluuuuu gemok, dinasihatkan untuk buat senaman ringan atau berat supaya kulit hangpa tak menggelebeh. Body stay fit dan bergetah. Boleh buat lastik kepala founder.

Apa yang hangpa dapat selain kurus?
1) selera makan terkawal
2) pola makan terkawal
3) aktiviti otak cerdas
4) mengurangkan risiko penyakit jantung
5) boost metabolism
6) membantu mencegah kanser
7) jimat duit

Dan yada yada yada. Ini berdasarkan kajian2 dari seluruh dunia tau. Bukan kajian mai dari mimpi esok lusa dapat ilham buat sabun zumba. Selamat menguruskan badan dengan bijak.


CnP

Khasiat halia


Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.

Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman

Bagaimana menggunakan halia
- Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.
- Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.
- Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.
- Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh hali cuba resipi mudah ini.
4 gelas air
2 inci halia segar
Hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)
Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.
Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa
Maklumat tambahan mengenai halia
Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.
Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya.

Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Lain-lain khasiat halia

Mengubati selesema dan asma
Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol
Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

Mengubat batuk
Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

Menghilangkan bau mulut
Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang.

JIKA ANAK DEMAM.

.
Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
.
• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
.
• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
.
• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
.
• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….
.
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
.
Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu2 yg lain…
.
P/s :
Mandi dia ada cra... Mulakn dri kaki dl pastu badan jirus dlm 3-4 kali bgi wap panas keluaq last skali bru ke kepala......
Dah keluaq bilik mandi lap tng hidung dl takut air masuk hidungkn kng selsema pla.. inshaAllah akn bk.
.
Cara ke 2 mandi guna buah lemon.. hiris2 pastu letak dlm tab mandi or baldi..
.
Kredit : Kiyuka Hamid

AIR HERBA PENGUBAT BATUK :-


Nak kurus pun boleh 😝

Bahan² yang ticer gunakan :-
1. Serai sebatang basuh bersih2 ya dan hiris atau ketuk je
2.halia seketul hiris
3.kulit kayu manis (ticer guna ceylon cinnamon sebab dia sesuai untuk buat air)
4. 3cawan air

Tiga bahan ni rebus dalam periuk sehingga 10-15min. Bagi dia kembang.
Lepas itu tutup api.
Tuang air dalam gelas.
Biarkan dia suam² baru titis kan sweetality
(jika ada. Jika tiada boleh rebuskan gula batu saing² serai+halia+kayu manis tadi)

4. Sweetality ni titiskan bila air rebusan tadi dah mula nak suam ( gula batu tak ada. So ticer guna sweetality) nak guna madu pun boleh. Ikut bahan apa ada kat dapur ya.

5. Yang terakhir perahkan lemon separuh tadi.

6.SIAP UNTUK DI MINUM. Lepas tu masuk tidur. Bangun pagi keluar segala yang pekat² tu.

Alhamdulillah. Selamat mencuba ya ❤️

#remediBATUK
#nakkurusPunBoleh


@petuadankesihatan

TERAPI RENDAMAN AIR+AIS



2hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak... memang banyak kebaikkan nya ]
Untuk gout,  sakit kepala , sakit badan , lesu , minor stroke, sakit urat , tak lena tido malam. Badan rasa berat dan penat.. try laa..

☆Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit  dan Ais Batu😍

Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan Air yang di campurkan degan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari Gangguan Jin.

Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..

Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang sukar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala pula ataupun Bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.

Menurut Perubatan Islam , sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengann daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita.

Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki
Surah Al_Fatihah7x
Surah Al_ikhlas7x
Dan_selawat7x

InshaaAllah denagn Izin Allah Kaki badan akan berasa ringan.

Menurut Perubatan Islam , Kesan Gangguan makhluk halus adalah seperti
=Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
=Lenguh dan kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki

Haruslah di ingat ini adalah salah satu cara Alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah Sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.

Kredit: sakura pelangiempire

Jus Buahan

Jus Buahan

*Carrot + Ginger + Apple*
Boost dan membersihkan sistem dalaman badan..

*Apple + Timun + Saderi*
Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

*Tomato + Carrot + Apple*
Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

*Peria + Apple + Milk*
Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

*Orange + Halia + Timun*
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.

*Nanas + Epal + Tembikai*
Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.

*Apple + Timun + Kiwi*
Untuk mencerahkan warna kulit .

*Pear & Banana*
mengawal kandungan gula.

*Carrot + Apple + Pear + Mango*
meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan…awet muda !

*Honeydew + Grape + Tembikai + Susu*
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan

*Betik + Nanas + Susu*
Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme.

*Pisang + Nanas + Susu*
Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit

*Carrot + buah keras + madu*

Dikisar halus, jadikan jus, minum seminggu dua kali. Dapat mngurangkan seterusnya menghilangkan pnyakit Gout.

Selamat mencuba!

#kopipes
# kredit; ustaz iqbal

Tips Telur Rebus Cantik Dan Licin




Selalunya kalau kita rebus telur, time nak kopek telur tu melekat isi dia kat kulit kan. Jadi macam tak comey pulak mata ni tengok betul tak?

Jadi saya nak share dengan korang tips untuk dapatkan telur yang cantik dan licin selepas dikopek. Jom follow cara cara di bawah:


1. SEBELUM MEREBUS


a) PASTIKAN TELUR BERADA DALAM SUHU BILIK

Jika korang simpan telur dalam peti sejuk, jangan terus rebus telur tu tapi biarkan pada suhu bilik dulu. Bila telur dah berada dalam keadaan suhu bilik baru rebus.


b) LEPASKAN GAS DALAM TELUR

Cucuk hujung telur dengan safety pin atau paku tekan untuk melepaskan gas dalam telur.

Jika gas ni tak dilepaskan, gas akan meningkat apabila direbus dan memecahkan kulit telur. Perasan kan ada telur yang pecah dalam periuk dan telur pilutihnya keluar.


c) SUSUN DENGAN CERMAT

Letak dan susun telur dalam periuk dengan cermat.

Elak letak telur sekali banyak dan biarkan tersusun dalam satu layer agar berat telur tidak menekan antara satu sama lain. Tekanan akan menyebabkan telur pecah semasa di rebus.


d) GUNA AIR SEJUK

Isi periuk dengan air sejuk. Sebaiknya isi air dari tepi periuk dan bukan secara terus pada telur untuk mengelakkan tekanan berlaku pada telur.


e) CAMPURKAN GARAM

Masukkan setengah sudu garam dalam air. Garam berfungsi untuk membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.


f) CAMPURKAN JUGA CUKA

Letak satu sudu cuka mengikut jumlah telur dalam periuk sebelum mula merebus. Cuka membantu protein dalam putih telur menutup keretakan pada kulit dengan segera.


2. SEMASA MEREBUS


a) GUNA API PERLAHAN

Biarkan telur direbus dengan api perlahan untuk mengelakkan telur ‘terkejut’ dengan peningkatan suhu.

Kacau selalu dengan perlahan untuk elakkan telur tenggelam pada dasar periuk kerana ia boleh menyebabkan telur masak tidak sekata dan mudah pecah.


b) TUTUP API SEBAIK AIR MENGGELEGAK

Tutup api sebaik sahaja air menggelegak dan jangan keluarkan telur terus.


Jika anda inginkan:

Soft-boiled– keluarkan dalam masa 3 minit. Berhati-hati sewaktu mengeluarkan telur dari periuk. Guna sudu besar untuk mengelakkan telur pecah.

Medium-boiled– keluarkan dalam masa 5-7 minit.

Hard-boiled– keluarkan dalam masa 9-12 minit.

Selamat mencuba.

Petua Rumah Kekal Bersih Dan Wangi




Saya ni bukanlah ada masa untuk kemas rumah setiap hari. Hujung minggu je la pun ada masa untuk kemas dan cuci rumah.

Jadi saya perlu cari satu inisiatif mudah untuk pastikan rumah kekal bersih dan wangi. Yang penting cepat dan selamat digunakan.

Tak susah pun. Cuma guna bahan yang ada dalam rumah kita je. Jom follow 4 cara untuk pastikan rumah kekal bersih dan wangi.


1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT


Bahan-bahan

~ 1 penutup pelembut fabrik
~ 10 cawan air


Cara-cara

~1. Bancuh kedua dua bahan hingga sebati.
~2. Lapkan pada semua perabot yang ada di dalam rumah menggunakan kain bersih yang sesuai.

Bukan setakat habuk je tak melekat pada perabot, rumah pun jadi lebih wangi.


2. KILATKAN LANTAI RUMAH


Bahan-bahan

~ 1 penutup pencuci lantai
~ 1/2 sudu makan cuka
Air panas


Cara-cara

~1. Campur semua bahan dalam baldi.
~2. Sebaiknya sapu rumah hingga bersih terlebih dahulu.
~3. Kemudian mop lantai menggunakan bancuhan diatas tadi.

Hasilnya lantai lebih berkilat dan bersih bak jubin baru.


3. WANGIKAN RUMAH


Bahan-bahan

~ 1 penutup pelembut fabrik
Sedikit cuka


Cara-cara

~1. Campur kedua dua bahan danasukkan ke dalam botol semburan.
~2. Sembur ke udara di seluruh ruangan rumah.
~3. Semburkan lebih pada langsir dan perabot berfabrik. Akan tahan lebih lama bau wanginya.


4. SEGARKAN BILIK AIR


Bahan-bahan

~ 1 sudu kecil soda bicarbonate
~ 1 sudu teh cuka
~ 1 cawan air


Cara-cara

~1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam botol semburan.
~2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. In Shaa Allah bilik air akan lebih segar dan harum.

Ok itu sajer yang saya nak kongsi dengan korang hari ni.

Selamat mencuba.

💎 T.me/PetuaDanKesihatan 💎

TIPS KURUS -


MAKAN TAPI KURUS

Best kan makan je tapi still kurus. Tak perlu dayet namateyy tu, ye la faham je la makanan kat Malaysia memang sedap sedap belaka. Menggugat iman uuii.

Nak tahu tak cara bagaimana nak menten kurus walau tetap makan.

Ok, pertama sekali korang check dulu sukatan makanan kita. Korang kena follow formula ni, segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur sayuran.

Kalau korang nak tahu ni la formula rahsia yang boleh turunkan berat badan dan menten kurus walaupun korang makan tak hengat dunia tu.

Selain daripada tu ada beberapa tips yang boleh diamalkan bagi membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan ni. Korang boleh rujuk pada gambar.

Jomm kita amalkan bersama sama. In Shaa Allah kalau diamalkan secara konsisten ia akan memberikan kesan yang baik untuk kesihatan kita sekaligus kita dapat mengawal berat berlebihan daripada berlaku.

Bolehhh?

Sharing Is Caring

PETUA BUANG ANGIN DALAM PANTANG



Sy nak share ni amalan sy dalam pantang utk buang angin dari badan. sy mmg suka amal petua org2 dulu pakai rempah ni. jimat dan selamat skit. petua ni turun temurun dlm family. mmg kalo amal ni mak & anak xde masalah kembung pn.

bole amal stiap hari..sng je nak buat. cara kat gambar
.
Bahan2 yg di guna :
1/2 sdt Jintan Manis
2 inci Halia
1 sdb Madu (sy guna madu kelulut asli sbb kurang manis)
1 sdt Kayu Manis Ceylon
Air kosong 2 gelas
.
Cara2
1. rebus sampai mendidih dalam 5minit.

2. campur 1sdt Kayu Manis Ceylon

*org dulu2 guna kayu manis biasa tp diorg amal ni seminggu 3kali je.sy baca kalo nak minum hari2 kena amalkan Kayu Manis Ceylon tu sbb kandungan coumarin dia yg sgt rendah. tu sbb sy pakai Ceylon Cinnamon tu sng.pakai serbuk je mcm bancuh milo hihi.

3. Elok di minum suam. bole amal minum tiap2 pagi.mmg badan ok sgt takde rasa angin2. baby pun ok takde kembung pn.nak amik produk2 lain riso efek baby so sy suka amal rempah2 je sbb breastfeed lagi. Cuba la..sedap tau badan
.
Ni antara khasiat slps sy research.

Jintan Manis - Baik utk cuci usus, perut berasid & berangin.

Halia - Baik utk sistem penghadaman. Angin kembong dalam perut.

Madu - TIngkatkan sistem imun badan utk lawan bakteria dalam usus.

Kayu Manis Ceylon - Menghangatkan badan dan perut supaya angin tak masuk. Tinggi anti-oksidan dan bagus utk amalkan setiap hari. Kayu manis ceylon lg selamat utk amalan setiap hari berbanding kayu manis biasa sbb kandungan coumarin yg sgt rendah tak effect kat hati.

PETUA KURUS & ATASI SEMBELIT


.
petua ni sy dapat kt blog mat salleh. sy try amal mmg ok sgt2 la..sy amal minum malam. sy minum pkl 7 pstu mmg kenyang smpi tido. sembelit mmg dah xde lansung.. susu pun xde masalah..bnyk je utk baby. yg best tu perut rasa kenyang je amal ni...ada bnyk resepi lain tp sy share yg ni dulu la... sapa nak share silakan. sy halalkan ye..
.
a). rasa pun sedap manis+masam skt. nak minum 2 gelas pn ok je ni
b). Ni bahan2 untuk 1 serving ye. means untuk sekali minum

1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu (sy pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap hehe. nak lagi bagus pilih yang low-fat punya)

*Saya amal kan Kayu Manis Ceylon tu sebab khasiat dia yang lagi baik dari kayu manis biasa. Dari segi rasa, Aryan Kayu Manis Ceylon ni kurang rasa rempah dia dan lebih manis & sedap sbb gred paling tinggi.

c). Cara buat dia senang je. Potong buah kurma & epal tu kecik2. jangan buang kulit epal ye sbb kandungan Flavonoid yg ada kat kulit tu bagus utk pelihara jantung dan elakkan stroke.

Masukkan susu & buah2 yg dipotong tadi. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dlm ni sy tak masukkan ais. Then masukkan Kayu Manis Ceylon td.

Blender sampai halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali

d). Dah siap. Bole amal stp hari. Buncit2 lps mengandung pn dah kurang bila slalu amal ni hihi..

NI khasiat yg sy baca kat website dia :
- Kayu manis ceylon mengawal paras glukosa & dan mengawal penyimpanan lemak
- Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama
- Singkirkan toksin dari badan
- Atasi sembelit & usus tersumbat
- Bole mencegah masalah perut dan usus

INFO KESIHATAN 💉💉



Ubat ❌ Kopi
( Tak boleh ambil ubat dengan air kopi )

Kenapa ? 🤔🤔
Air kopi mengandungi kaffien.

🔸Keburukan kaffien
1⃣ Memberi kesan terhadap degupan jantung.
Sangat bahaya makan bersama ubat2 jntung dan darah tinggi.

2⃣Menganggu penyerapan ubat ke dalam darah.
Jadi akan mengganggu juga kesan aktif ubat.

💢Tips pengambilan ubat jenis pil💢

⚡️Elakkan makan ubat menggunakan air mineral ( botol air penutup biru atau hijau). Air mineral pun akan mengganggu penyerapan ubat.
⚡️Guna air minuman ( penutup air warna putih )

Perkongsian daripada,
Ahli Farmasi

*Tips Ini Penting*⏳



*√* Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

*√* Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

*√* Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

🗒 *Jika Badan Panas*

Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

🗒 *Jika Badan Sejuk*

Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

*√* Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

*√* 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

*√* Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

*√* Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

*√* Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

@petuabonda

*Mengeluarkan Batu Karang Secara Semulajadi*



◾️1. Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

◾️2. Hari ke-6, jangan makan malam.

Pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), boleh beli di kedai farmasi.

Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.

Pukul 10 malam, campurkan satu cawan minyak zaitun (250 ml) ataupun minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon).

Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.

Dengan izin Tuhan, semasa membuang air besar keesokan paginya, kelihatan batu karang keluar.

Boleh guna epal hijau atau merah, asalkan epal tetapi lagi bagus epal hijau.

Gunalah berapa biji epal pun kerana tiada bilangan yang tetap asalkan cukup 4 gelas ataupun 1 liter.

Langkah-langkah mencegah berlakunya penyakit batu karang ataupun mengurangkan risiko penyakit:

◾️1. Minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Ianya akan mengurangkan kepekatan garam dan mineral.. Minum lebih kerap adalah lebih baik.

◾️2. Elakkan minuman berkarbonat dan kurangkan minuman manis yang lain.

◾️3. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak garam termasuk ikan masin dan seumpamanya. Dengan ini, ianya akan membantu mengurangkan jumlah kalsium dalam air kencing.

◾️4. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat.

◾️5. Kurangkan pengambilan makanan sumber protein haiwan dan gantikan dengan protein tumbuhan.

◾️6. Kurangkan pengambilan susu dan produk tenusu yang tinggi kalsium. Kalsium berlebihan akan dikeluarkan oleh air kencing dan meningkatkan risiko penyakit batu karang.

@petuabonda

PETUA HILANGKAN PECAH PADA TUMIT KAKI

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukanpada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

@petuabonda

*Petua Untuk Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung*🤰🏻



▪️ *Pilihan 1*: Belah beberapa ulas bawang putih dan tenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

▪️ *Pilihan 2*: Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air, hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

▪️ *Pilihan 3*: Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

▪️ *Pilihan 4*: Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki, 10 minit sebelum tidur.

*HINDARKAN LIPAS DALAM ALMARI.*🚪




▪️1. Carikkan beberapa helai daun pandan dan letakkan dalam kabinet dapur atau almari, laci dan sbgainya.

▪️2. Racik daun pandan menjadi bunga rampai dan letakkan ke dalam almari pakaian.

_Bukan sahaja almari tidak dikunjungi lipas malah, pandan mampu mengharumkan kabinet atau almari anda itu._

CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA



.
Biasanya, cara kita memasak mee segera ialah dengan meletakkan mee ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mee itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.

.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE :

.
1. Rebus mee di dalam periuk air.

2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.

3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee.

5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering.

Mee segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.

.
APA ITU MSG?

.
MSG ialah 'Mono Sodium Glutamate' sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.

.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.

.
*1 - Perasa
*2 - Pewarna
*3 - Penaik
*4 - Penstabil
*5 - Pemanis
*6 - Pengawet

.
Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita.

#HealthDrZubaidi

Cara Merawat Rambut Yang Tumbuh jarang²


Ramai lelaki dan wanita mempunyai masalah rambut yang tumbuh jarang–jarang iaitu menghampiri keadaan botak. Jika anda mempunyai masalah ini, anda boleh mencuba cara merawat rambut jarang di bawah ini:

1- Cara merawat rambut yang pertama adalah beli produk yang mampu melebatkan rambut anda. Gunakan produk tersebut mengikut arahan dan tunggu kesannya.

2- Jangan cabut rambut anda. Ada lelaki yang memiliki rambut jarang–jarang pada bahagian depan kepala suka menarik rambut di sekitar itu. Akibatnya rambut tidak tumbuh–tumbuh lagi.

3- Urut kulit kepala anda selama lima minit sehari. Urut dengan kelajuan yang perlahan. Urut pada bahagian kepala akan membantu kulit kepala untuk mempunyai kekuatan dan aliran darah yang baik. Hasilnya rambut anda akan terangsang untuk tumbuh memandangkan darah membawa zat yang cukup untuk rambut anda.

4- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia. Sebaliknya anda fokus banyakkan makan buah dan sayur. Seperti yang kita tahu bahan kimia akan beri kesan yang teruk kepada badan. Antara kesannya adalah rambut gugur dan tidak tumbuh–tumbuh.

5- Cara merawat rambut yang seterusnya adalah anda banyakkan makan makanan yang mengandungi protein dan omega.

6- Antara agen kepada pertumbuhan rambut adalah protein keratin. Pengambilan protein secara konsisten boleh merangsang pertumbuhan rambut anda. Apabila anda ingin cuba cara ini, anda perlu mengambil protein pada setiap hari. Selain itu, anda perlu urut–urut kulit kepala anda secara konsisten juga.

Gabungan pengambilan protein dan mengurut kepala pasti boleh merangsang pertumbuhan rambut anda.

@Petuadankesihatan

Kegunaan Uncang Teh, Ini Sebabnya Kenapa Perlu Disimpan





▫️ Segarkan Tanaman
Enzim dan mineral yang terkandung di dalam seuncang teh cukup besar manfaatnya pada tanaman. Ia dikatakan mampu menyuburkan tanaman malah hasilnya pokok akan lebih cepat berbunga dan berbuah. Jadi selepas sahaja habis menggunakannya, letakkan sahaja pada pasu di rumah anda.

▫️ Daging Lebih Lembut
Bukan hanya lembut, bahkan daging juga beraroma lebih harum dan segar dengan adanya uncang teh. Caranya, perapkan daging dengan lebihan uncang yang telah digunakan. Gunakan dua uncang untuk rasa lebih enak dan harum. Biarkan diperap bersama daging selama 30 minit kemudian masaklah seperti biasa. Mahu lebih hebat lagi, buka uncang dan gaulkan serbuknya ke dalam daging.

▫️ Hilangkan Bau Kasut
Kasut berbau memang buat rasa rendah diri. Nak hilangkannya jadi satu masalah pada kita. Tak payah pening kepala lagi, ambil sahaja uncang yang sudah dikeringkan dan letakkan ke dalam kasut yang berbau. Boleh juga gunakan uncang yang masih baru namun hasilnya tidaklah sama seperti selepas digunakan.

▫️ Segarkan Almari
Bukan hanya hilangkan bau kasut, anda juga boleh letakkan ke dalam almari pakaian. Syaratnya perlu keringkan dahulu uncang teh yang basah. Kemudian barulah digantungkan di dalam almari. Hasilnya baju berbau lebih harum dan segar. Bau kayu dari almari juga akan hilang.

▫️ Lap Cermin
Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan untuk mencuci kekotoran di rumah anda seperti mengelap cermin, menghilangkan kesan kotor di lantai malah singki juga boleh dibersihkan dengan cara ini. Menarik.

▫️ Relakskan Mata
Bagi merehatkan mata atau mengatasi masalah mata yang kepenatan, rendamkan 2 uncang teh yang telah digunakan di dalam air sejuk selama 2 hingga 3 minit. Kemudian letakkan uncang tersebut di kelopak mata dan biarkan selama 10 minit. Anda boleh juga tidur sebentar untuk hilangkan ketegangan ini. Biarkan seketika dan relaks. Mata akan kembali segar.

@Petuadankesihatan

PETUA GORENG KEROPOK KEPING.


.
1. Jangan tutup bekas ketika keropok masih panas. Biarkan seketika untuk elak lemau.
.
2. Goreng keropok sehingga melimpahi bekas. Kenapa? Sebab sebaik sahaja sejuk, keropok dah tinggal separuh. Anak-anak ramai.
.
3. Owh, kalau nampak warna keropok keperangan, Tu bukan sebab tak pandai masak. Tu maksudnya keropok tu berkualiti. Jumlah isi ikan yang digunakan mengcukupi. Kalau putih jer, tu maksudnya tepung je lebih. Ni orang tua-tua yang cakap. Aku sampaikan sahaja.
.
4. Macam mana nak elak hangit? Api nak kuat atau perlahan? Ni nak kena praktis. Kalau skill bagus api kuat pun takde hal. Nak mula praktis, biasakan dengan api sedikit perlahan.
.
5. Goreng pakai penyepit lebih mudah.
.
6. Jangan bagi sesiapa sentuh keropok kalau belum habis goreng.

PETUA LEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL


.
Nak kongsi petua ni mak saya yang ajarkan. Mak cakap dari orang tua dolu-dolu katanya.
.
Mak saya  pesan lau nak bagi anak dengar kata dan tak melawan cakap orang tua masa sendukkan nasi nak bagi anak makan kepala  nasi yang mula-mula senduk tu letak kat atas.
.
Jangan terus masuk ke pinggan.
.
Kepala nasi tu lau bagi anak makan bole buat hati anak jadi keras atau degil.
.
Sendukkan kali kedua barulah letak ke pinggan anak atau suami ye.
.
Saya amalkan petua mak saya ni setiap hari. Alhamdulillah setakat ni anak-anak dengar kata, tak membuas dan rajin solat.
.

Mungkin ini hanya petua,
Nak amalkan atau tidak terpulanglah.

Dalam Islam,

Sifat anak-anak ni juga terbentuk daripada makanan yang diorang makan dan sumber makanan tu mestilah halal.

Saya sekadar berkongsi. Maaf jika tak setuju. Tapi hormat jer la petua orang-orang lama yang dah lama makan garam daripada kita kan☺️

#PetuaMaryamSalleh

Petua Hilangkan Kelemumur guna daun limau purut



Siapa yang mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata korang cuba daun limau purut pula Caranya:

Ambil 10 helai daun limau purut
Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.


Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala.
Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.

Urut  kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika
Bilas sehingga bersih.

KREDIT : Leha Yusuf .

MENGHILANGKAN BAU KETIAK

Daun limau purut Menghilangkan bau ketiak.😊

Ambil beberapa helai daun limau purut, potong halus lepas tu ramas sehingga keluar bau. Gosokkan daun limau purut tadi pada ketiak semasa mandi.

Semasa menggosok, pada mulanya korang akan menghidu bau busuk ketiak menjadi semakin kuat. Lama-kelamaan bau akan semakin hilang
Amalkan selalu, korang akan mendapat kesan yang menakjubkan.

InsyaAllah hilang bau yang tak menyenangkan tu😁. 

Kredit: Leha Yusuf 

Sering kebas kaki tangan tanda amaran gangguan saraf.



ANGGOTA badan terasa kebas dan mencucuk sering dianggap sebagai masalah penuaan menyebabkan ia terabai dan tidak menerima rawatan sewajarnya.

Hakikatnya rasa kebas dan mencucuk terutama pada kaki dan tangan adalah antara gejala atau petanda seseorang mengalami masalah sistem saraf periferal (PNS) yang fungsinya terjejas dikenali sebagai periferal neuropati.

Periferal neuropati menyebabkan proses penghantaran sesuatu maklumat kepada otak tersekat dan boleh mengganggu kualiti kehidupan pesakit.

Perunding Perubatan & Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Hiew Fu Liong, berkata malangnya tahap kesedaran mengenai PNS dalam kalangan orang ramai termasuk doktor sangat rendah iaitu daripada 100 pesakit, hanya 43 saja menjalani saringan kesihatan saraf mereka.

Beliau berkata, pesakit selebihnya tidak menjalani saringan kerana mereka tidak mengetahui mengenai PNS atau tidak ditanya oleh doktor.

“Akibatnya ramai menyangka tiada rawatan untuk masalah dihadapi dan memilih rawatan alternatif yang tidak terbukti kesannya seperti duduk di atas kerusi elektrik atau merendamkan kaki dengan air panas sehingga melecur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Pengurusan Saraf Sihat Optimum-Mencari Bahagian Yang Hilang’, baru-baru ini.

Dr Hiew berkata punca neuropati tidak diketahui tetapi terdapat beberapa keadaan yang mana saraf boleh rosak.

Katanya, diabetes adalah punca utama neuropati membabitkan lebih 50 peratus pesakit mengalaminya selain gaya hidup kurang sihat seperti minuman beralkohol, merokok dan mereka yang tidak mengamalkan makan sayuran.

Selain itu katanya, faktor penuaan juga meningkatkan risiko mengalami kerosakan saraf dengan 8.1 peratus penghidap berusia 40 sehingga 49 tahun dan meningkat kepada 34.7 peratus dalam kalangan populasi berusia 80 tahun ke atas.

“Jenis pekerjaan yang berulang seperti menaip, memasak, duduk terlalu lama, trauma akibat kemalangan, jatuh atau kesan kecederaan sukan boleh meningkatkan risiko kerosakan saraf.

“Kekurangan zat seperti vitamin B juga boleh menjadi punca selain genetik dan kesan pengambilan ubat tertentu,” katanya.

Ujian saraf boleh dilakukan menerusi tusukan pin atau jarum pada bahagian kaki untuk melihat tindak balasnya atau menerusi soalan berkaitan simptom yang dialami.

Pengurus Kanan Perubatan Global Proctor & Gamble Health International, Dr Inna Eiberger, berkata vitamin B1, B6 dan B12 penting untuk mencegah kerosakan saraf dan merawatnya.

Antara sumber vitamin ini boleh didapati dalam bijirin, daging, sayuran, kentang, susu dan produk tenusu, buah-buahan, kekacang, ikan dan telur.

“Semua vitamin ini boleh didapati dalam makanan seharian yang seimbang tetapi tidak semua populasi di dunia dapat jumlah yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 1.4 miligram (mg) sehari dengan jumlah keseluruhan melebihi 300 mg.

“Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan seseorang rasa kepenatan, lemah otot, mengalami sawan malah memberi kesan ke atas mental seperti kemurungan,” katanya.

INFO: Sistem saraf sihat:
Memberikan reaksi kepada keadaan sekeliling

Sistem saraf mengandungi:
1. Sistem Sentral: otak dan saraf tunjang
2. Sistem saraf periferal (PNS): tangan, kaki dan keseluruhan tubuh

Rawatan dan pencegahan:

1. Vitamin:
– B1: memberi tenaga kepada sel saraf, merangsang saraf dan sintesis pemancar kepada otak
– B2: Sintesis kunci isyarat molekul di dalam sistem saraf: penghantaran neuron
– B3: pematangan dan pertumbuhan semula sel saraf dan metabolisme sel saraf.

Kaedah di rumah:
1. Sapu minyak untuk menghangatkan tangan atau kaki.
2. Jangan biarkan tangan dan kaki terdedah terus kepada pendingin hawa
3. Hangatkan badan dengan selimut atau sarung tangan.

PETUA DAN KHASIAT DAUN KARI.



Daun kari memang tak leh lari dengan masakan. Kalau nak masak gulai kari tak sah kalau tak masukkan daun ni.

Ada gak yang ambil pucuknya untuk di buat ulam. Ermm memang sedap makan dengan nasi panas.

Ramai yang tahu pucuk dan daun ni berkhasiat tapi apa khasiatnya yer.

Ok Atie terangkan sikit.

Khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E.Dan nutrisi ni baik untuk kulit dan usus.

Khasiat Daun Kari
------------------------------

- Atasi penyakit Diabetes
- Awet muda
- Buang angin
- Bagus untuk gigi dan tulang
- pencegah anemia
- Rawat cirit birit
- Meredakan muntah
- Tambah selera makan
- Ubat sembelit
- Atasi jangkitan kulit
- Ubat bisul
- Rawat rambut

Petua pertumbuhan rambut

1. Melebatkan Rambut

- Ambil daun kari dan keringkan.
- Tumbuk halus dan campurkan dengan yogurt.
- Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 5 minit kemudian cuci.

2. Cegah Uban Kepala

- Tumbuk daun kari dam campurkan dengam minyak zaitun.
- Sapu pada rambut beruban
- Biarkan sekejap dan cuci

Banyak betol khasiat nya. Jom pasni kita Amalkan makan pucuk kari setiap hari.

PETUA SELEPAS BERSALIN



Nenek moyang kita memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.

1. Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.

2. Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

3. Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

4. Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.

5. Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.

6. Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.

Selamat mengamalkan bagi wanita yg lepas bersalin.

Like, Share & Tag pd kawan2 yg selepas bersalin utk kebaikan bersama :)

kredit : Page Tips Kekal Menawan

KHASIAT & PETUA DAUN KUCAI



1. TAMBAH SELERA MAKAN UNTUK ANAK

Caranya:
Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
Rendam dengan air suam, separuh baldi.
Mandikan anak dengan air daun kucai setiap hari selama 3 hari berturut-turut.

Jadikan mandian daun kucai tu bilasan yang terakhir.
Jangan bilas dah lepas mandi dengan air daun kucai tu.
Sambil jirus tu baca Al-Fatihah dan 3 kali selawat sambil niatkan hajat nak anak kita ada selera makan dan sihat.

Insha Allah dengan izin Allah, anak akan berselera makan.

2. RAWAT KUNING / JAUNDIS
Anak demam kuning, pastikan beli daun kucai sebagai rawatan paling awal untuk redakan atau cegah demam kuning.

Zaman sekarang, memang payah nak kata anak takde demam kuning. Cik No sendiri pun penah cuba petua ni dulu.

Cara :
Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
Ramas daun dalam separuh baldi air, dan mandikan terus dengan air daun kucai tu selama seminggu berturut ataupun hingga betul-betul disahkan doktor yang anak bebas jaundis.

Bolehlah cuba ye. Senang dan murah je nak dapatkan daun kucai ni.

 Kalau yang tadi untuk anak kecil, yang ini pulak Cik No nak kongsi khasiat lain kucai pada orang dewasa. Antaranya :

 - SENGGUGUT, KEPUTIHAN, DARAH TINGGI & SEMBELIT

Cara:
Tumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas dan diminum.
Lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

👇👇👇Antara khasiat lain, daun kucai:

1. Turunkan berat badan

2. Turunkan tekanan darah dan Kolesterol

3. Cegah sembelit

4. Cegah kanser

5. Cegah jerawat

6. Cegah rambut rosak

Kredit : No Or

Semoga bermanfaat.

JUS KUNYIT

CARA MEMBUAT JUS KUNYIT.

Untuk menghasilkan jus, kunyit hidup dua inci hendaklah di­bersihkan kulitnya dan direndam selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah.

Kisar kunyit  dan tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping atau asam jawa serta sedikit madu. Simpan dalam peti sejuk.

Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.

Petua turunkan suhu Demam tanpa ubat.



resepi air barli tuk turunkan suhu demam.

Bahan nye dua je😊
1 - Satu senduk kecil barli
2- 1/2 Kayu manis Ceylon

Cara nye
1. Masuk kan barli dan kayu manis Ceylon
2. Rebus sampai Barli masak.
3. Boleh juga tambah madu dan lemon mase nak minum
4. Minum mase suam
 😍



*kalau demam tak turun terus jumpe doktor ye

Kredit : leha yusuf

Saturday, 15 June 2019

HUBUNGAN INTIM YANG SIHAT




Hubungan intim suami dan isteri (hubungan seksual) adalah hubungan halal dan sangat bermanfaat dari sudut kesihatan.

Ia dapat melegakan stres, menyebabkan tidur lebih lena, merendahkan tekanan darah, meningkat daya tahan dan meningkatkan hubungan emosi antara suami dan isteri.

Kajian yang terkini menunjukkan bahawa hubungan intim dapat memanjangkan umur.

Saintis dari University of California di San Francisco, Amerika Syarikat melakukan kajian terhadap sekumpulan 129 orang ibu yang berkeluarga (mempunyai anak dan suami). Setiap ibu ini melaporkan kepuasan dan keseronokan dalam hubungan, dan bilangan kekerapan melakukan hubungan seksual.

Saintis juga melakukan pemeriksaan darah untuk menganalisa indikasi proses penuaan yang sedang berlaku dalam tubuh mereka.

Apabila saintis membandingkan tahap kepuasan dan keputusan darah yang mereka lakukan, mereka membuat kesimpulan bahawa para wanita yang melakukan hubungan seksual dengan suami paling kurang seminggu sekali, mempunyai TELOMERES yang lebih panjang. Telemores adalah sebahagian
dari DNA yang berada di hujung struktur ini yang menentukan jangka hayat sesuatu organisma.

Telomeres sangat penting dalam menentukan  proses penuaan yang sihat. Apabila semakin berusia, telomeres akan menjadi semakin pendek, akibat cara pemakanan yg tidak sihat, menghisap rokok, pencemaran alam sekitar, minum alkohol, dan proses penuaan itu sendiri. Semakin pendek telomeres, bermakna semakin pendek jangka hayat seseorang itu.

Ini bermakna seseorang yang dapat melakukan hubungan seksual secara tetap, ia dapat memanjangkan telemores. Seterusnya memanjangkan hayat seseorang.

Walau bagaimana kajian ini terlalu awal untuk membuat mengesahkan kesimpulan ini. Tetapi  tidak salah melakukan hubungan seksual yang halal.

Dalam journal "Archives of Sexual Behavior" pada tahun 2017 menerbitkan satu kajian yang menyarankan secara purata seorang dewasa harus melakukan hubungan seksual sebanyak 54 kali setahun  (secara mudahnya seminggu sekali) berdasarkan kajian dari tahun 1989 hingga 2014.

Malah satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal "Social Psychological and Personality Science" menyarankan kekerapan yang sama iaitu seminggu sekali agar mendapat hubungan emosi suami isteri yang lebih bahagia.

Kajian itu melibatkan 30,000 warga Amerika berusia 40 tahun ke atas.

Walau bagaimana pun ia adalah cadangan (guideline)  dan bukan peraturan yang mesti dilakukan. Apa yang penting, bukanlah bilangan kekerapan tetapi memastikan hubungan yang sihat antara suami dan isteri.

Semoga bermanfaat.

INFO KESIHATAN - KENCING MANIS

Tahukah anda bahawa pulut adalah sangat merbahaya kepada pesakit kencing manis. Hal ini kerana *indeks glisemik bagi pulut ialah 98🍚*. Hampir sama dengan gula.

Jadi, dinasihatkan kepada *pesakit kencing manis* agar jauhkan diri anda dari memakan pulut.
====================
*Waktu*⏰ yang sesuai untuk cek gula ialah:

1. Sebelum makan atau 4 hingga 6 jam selepas makan.
2. Waktu yang sama setiap hari
3. Sebelum tidur
4. Sebelum atau selepas senaman
====================
Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelak Kencing Manis ialah:

1. Tidur dengan cukup
2. Elakkan stress
3. Kurangkan makanan bergula
4. Makan makanan yang seimbang
5. Tingkatkan pengambilan omega 3

Semoga bermanfaat 👍

AIR REBUSAN EPAL HIJAU DAN SERAI RAHSIA KEMPISKAN PERUT.



Bahan-bahannya :

. 3 biji epal hijau

. 5 batang serai diketuk

. 1.5 liter air

Cara-caranya :

. Epal tu dipotong 6 (macam biasa kita makan tu).

. Serai 5 batang diketuk.

. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk.

. Masak sehingga epal lembik. Siap.

. Minum ketika suam-suam.

Antara Khasiatnya:

🍏 Keluarkan angin dalam badan.

🍏 Kempiskan perut.

🍏 Menurunkan berat badan.
🍏 Cepat kenyang.

🍏 Awet muda.

🍏 Kulit cerah.

🍏 Mengurangkan kolestrol.

🍏 Menhilangkan sakit badan/sakit urat.

🍏 Sesuai untuk orang sakit lutut.

🍏 Menghilangkan sakit tumit.

🍏 Meringankan tubuh badan.

Kredit Page : Pesan Atok Nenek

PETUA & TIPS RAMBUT


.
.
Daun Rambutan rawat uban.

Pokok rambutan boleh di dapatkan dengan mudah disetiap negeri.Jika di kampung boleh dikatakan hampir semua rumah mempunyai pokok rambutan.Selain buahnya yang sedap dan manis dimakan,daunnya juga bermanfaat untuk menghitamkan rambut. Jom kami kongsikan petua menghitamkan rambut dengan daun rambutan 😃

Bahan dan cara pemakaiannya:

Sediakan 10 helai daun rambutan.Cuci bersih dan tumbuk daun rambutan hingga halus dan tambahkan sedikit air.
Tapis air dari daun rambutan yang ditumbuk tadi dan sapu ratakan pada keseluruhan rambut terutama bahagian yang sering muncul uban.Perapkan dalam 1 jam kemudian bilas bersih dengan air biasa.Amalkan seminggu sekali.

Simple dan senangkan petua ni..nanti jangan lupa cuba tau 😘
.

PETUA ELAK KENA ANGIN, SAKIT KEPALA



Tau tak, ada orang kan dia alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kene serang angin, sampai sebu sebu.

Ni petua dari Mak kawan Ain sendiri. Dia memang tak boleh makan sebarangan memang mudah kene angin.

Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.

Petua ni mak kawan Ain dapat dari orang tua tua yang ajar dia, lepas dah buat, kite dapat dah me nikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.

Caranya :

1. Masukkan sedikit je beras masa masa nak rebus pucuk ubi tu.

2. Rebus la sampai empuk lembut.

Nak rebus sekali batang boleh, taknak pun takpa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.

Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.


PETUA MERAWAT GUSI

*GUSI BERDARAH*


Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai.

Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini.

Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.


*BENGKAK GUSI*

Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini.

Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih.

Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.


Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas.

Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.



*HILANGKAN SAKIT GIGI*

Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah.

Untuk  menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus.

Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur.

Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam.  Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang

KANCER PAYU DARA



Sapu minyak jintan hitam (habbatu sauda) ada benjolan kanser sebanyak 3 kali sehari. Selesai makan ambil sesudu tumbukkan jintan hitam dan masukkan ke dalam segelas jus lobak merah, lalu diminum lakukan hal tersebut amalkan selama 3 bulan sambil disertai dengan doa dan bacaan  Al Fatihah.

Tumbuk halba tambahkan perahan bawang kecik merah ke dalamnya bersama seperempat sudu belerang kuning.  Kemudian campur ramuan tersebut dengan baik sehingga menjadi seperti krim, sapukan pada kulit (yang ada benjolan kancer dibawahnya)  setiap hari. Malam harinya cuci bersih bahagian kulit yang disapu krim tersebut, kemudian disapu dengan minyak zaitun. Lakukan selama seminggu.

SIMPAN PETRUA INI

BATU KARANG

Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.

BENGKAK-BENGKAK DIBADAN

Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.

MEREDAKAN DEMAM CAMPAK YANG MENYERANG ANAK

Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
Segera beri minum air kelapa yang muda.

MENGUBATI KECACINGAN

Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.

CACING KERAWIT

Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari

KURANG DARAH AKIBAT KEMALANGAN

Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.

MENGUBATI GELGATA

Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata. Atau belah bawang sapukan kegelgata.

SEGARKAN SARAF

Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

LELAH

Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

BERKHATAN CEPAT SEMBUH

Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.

KEJANG PERUT

Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.

PENAWAR KENCING MANIS

Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.

AIR LEMON

Dr. Gupta berkata, Tiada siapa yang mesti mati akibat kanser kecuali dari kecerobohan;

(1). Langkah pertama ialah menghentikan semua pengambilan gula, tanpa gula di dalam badan anda, sel kanser akan mati dengan kematian semulajadi.
(2). Langkah kedua adalah untuk menggabungkan buah lemon dengan secawan air panas dan minum selama 1-3 bulan sebelum makanan dan kanser akan hilang, kata penyelidikan oleh Maryland College of Medicine, 1000 kali lebih baik daripada kemoterapi.
(3). Langkah ketiga adalah minum 3 sudu minyak kelapa organik, pagi dan malam dan kanser akan hilang, anda boleh memilih salah satu daripada dua terapi ini selepas mengelakkan gula. Kejahilan bukanlah alasan; Saya telah berkongsi maklumat ini selama lebih dari 5 tahun. Biarkan semua orang di sekeliling anda tahu. Tuhan memberkati.


Minum air lemon yang panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat daripada air lemon sejuk.

Kedua-dua buah ubi kuning ungu mempunyai sifat pencegahan kanser yang baik. ✍️

01.✍️ Sering kali makan malam lewat boleh meningkatkan peluang kanser perut

02. ✍️ Jangan mengambil lebih dari 4 telur seminggu

03. ✍️Eating backside ayam boleh menyebabkan kanser perut

04.✍️ Jangan makan buah selepas makan. Buah-buahan perlu dimakan sebelum makan

05. ✍️ Jangan ambil teh semasa haid.

06.✍️ Kurangkan susu soya, jangan tambah gula atau telur untuk susu soya

07.✍️ Jangan makan tomato dengan perut kosong

08.✍️ Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makanan untuk mengelakkan batu pundi hempedu

09.✍️ Tiada makanan 3 jam sebelum tidur

10.✍️ Minum minuman keras atau elakkan, tiada sifat pemakanan tetapi boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi

11. ✍️ Jangan makan roti bakar apabila panas dari oven atau pembakar roti

12.✍️ Jangan caj telefon bimbit anda atau mana-mana peranti di sebelah anda apabila anda sedang tidur

13.✍️ Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing

14. ✍️ Menambah lebih banyak air pada waktu siang, kurang pada waktu malam

15.✍️ Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik

16.✍️ Makan makanan kurang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk mencerna mereka, menjadikan anda berasa letih

17.✍️ Selepas 5 petang, makan kurang

18.✍️ Enam jenis makanan yang membuat anda gembira: pisang, limau gedang, bayam, labu, pic.

19.✍️ Tidur kurang dari 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak kita. Mengambil istirahat petang selama setengah jam boleh memandang wajah kita muda.

20.miss Tomato yang dimasak mempunyai sifat penyembuhan yang lebih baik daripada tomato mentah.

Air lemon panas dapat mengekalkan kesihatan anda dan membuat anda hidup lebih lama!

Air lemon panas membunuh sel kanser ✍️

Tambah air panas untuk 2-3 keping lemon. Buatlah minuman harian

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan terbaik untuk membunuh sel-sel kanser

Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegahan kanser

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan tumor kanser. ✍️

Ujian klinikal telah membuktikan kerja air lemon panas. ✍️

Jenis rawatan ekstrak Lemon hanya akan memusnahkan sel-sel malignan, ia tidak menjejaskan sel yang sihat

Seterusnya ... asid sitrik dan lemon polyphenol dalam jus lemon sampingan, boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, ✍️ pencegahan trombosis urat mendalam, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pembekuan darah.

Tidak kira betapa sibuknya anda, sila dapatkan masa untuk membaca ini, kemudian beritahu orang lain untuk menyebarkan cinta! ✍️

♦️ Selepas membaca, berkongsi dengan orang lain untuk menyebarkan cinta! Untuk menjaga kesihatan mereka sendiri! ✍️🤝

JENIS-JENIS SUSU DIPASARAN



1. Susu Segar (Fresh Milk)
— Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
— Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

⚠️ Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

4. Susu Skim (Skimmed Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

ℹ️ Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
— Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.

5. Krim (Heavy Cream)
— Lemak/krim susu yang diasingkan daripada susu asli. Heavy cream memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

6. Susu Isian(Filled Milk)
—Susu yang lemaknya telah dibuang dan digantikan/disi pula dengan lemak sayuran(lazimnya sawit). Pendek kata, susu skim atau pepejal susu yang campur lemak sayuran. Lazimnya dijual dalam bentuk susu sejat atau serbuk

7. Susu Sejat (Evaporated Milk)
— Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.

8. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
— Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!

9. Susu Bukan Tenusu(Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.

10. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
— Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.

11. Krimer (Creamer)
—Ia diperbuat daripada pepejal susu, minyak, air, gula/pemanis tiruan, emulsifier, penstabil dan pemekat. Ada yang tiada pepejal susu pun. Datang dalam bentuk cecair, ada serbuk. Pilihan yang tidak sihat.

Nota Dr.Kamarul

BERAT BADAN TURUN DENGAN BARLI DAN LEMON.



Kalau petua kurus camni mesti kita tak kisah nak buat kan. Sebab barli tu sedap tau kita buat minum hehee. Betul tak.

Jom cekidot bahan dia dna cara buatnya sekarang jugak.

Bahan

3 sudu besar barli
2-3 sudu kecil madu
3 gelas air
1 hirisan lemon

*** Ni sukatan untuk 1 gelas tau, kalau nak lebih tambahkan air je.

Caranya.

1. Basuh dan rendam dulu barli tu dalam 2-3 jam sebelum direbus.
2. Rebus barli dengan sukatan 3 gelas air ( guna api sederhana atau kecil ) sehingga empuk dan agak-agak dapat dalam 1 gelas air. 3. Sejukkan.
4. Tuang ke dalam gelas dan masukkan madu.
5. Perahkan lemon dan boleh minum.

Air ni bukan je boleh turunkan berat tapi jugak boleh turunkan kolesterol dalam badan kita.

Haaa ape lagi cepat la cuba untuk korang yang nak sangat turunkan berat lepas raya ni😁

JINTAN HITAM



Menghancurkan batu karang yang terbentuk dan penyumbat di kedua buah pinggang dan saluran kencing. Ditumbuk halus lalu digaulkan dengan campuran madu, kemudian diminum dengan air panas.

Menyembuhkan dan mengatasi derita selesema. Ditumbuk halus dan dibungkus di dalam potongan kain kemudian dihidu pesakit selesema.

Dibuat tampalan dengan campuran cuka. Merawat jerawat dan kudis yang sudah bernanah, juga melebur ketumbuhan serta tumor kritikal.

Menyembuhkan kusta, vitiligo hitam (sejenis penyakit kulit), dan kepala yang berkelemumur. Ditumbuk dengan cuka lalu disapukan pada bahagian tubuh.

PETUA CERAHKAN KULIT


.
Bahan :
1) Timun
2) Yogurt

Cara-cara
- 1/2 Timun dipotong nipis - Kemudian blend timun dan 1 sudu Yogurt.
- Blend sehingga sebati
- Kemudian jadikan scrub dalam kulit wajah dan bilas dengan air bersih
.
Timun ini amat menyegarkan, menyejukkan dan tambahan dengan krim pekat yogurt, ia mampu menghasilkan mask muka yang menyegarkan ketika cuaca panas, anda hanya perlu pakai dan baring untuk berehat dan mask yogurt dan timun akan membantu menyejukkan kulit anda.

Yogurt juga membantu proses membuang kulit dan sel-sel mati, melembabkan serta mencerahkan kulit selain membantu anda mendapatkan tona sekata. Timun jugak bertindak sebagai ajen yang membersihkan pori-pori anda dan hasilnya, kulit anda lebih segar dan berseri. Gabungan mask ini sesuai untuk kulit wajah berminyak, kulit kusam dan kulit berjerawat

simpan ilmu ni baik2...



1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
 Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69

😎 Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Kredit: Pesan Bonda

POKOK BANGUN-BANGUN/ ATAI-ATAI HIJAU



Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar,
Merawat sembelit,
Asma,
Haid bermasalah,
Kencing bernanah,
Sakit kepala (migrain),
Sakit perut,
Batuk,
Pelbagai penyakit kulit,
Gastrik,
Buasir.
Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.

Membantu mengubati Batuk, Asma atau Sakit Kepala. caranya rebuskan dulu daun bangun bangun ini untuk mendapatkan ekstraknya sebelum diminum sebagi jus atau tonik. Orang yang pitam juga boleh dikejutkan dengan menyuakan ramasan daun tadi kepada mereka.
Antara khasiat daun bangun-bangun

Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum setelah suam.

Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam. Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh.

Bagi sakit kepala, ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit. Bagi menyedarkan orang yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.

Bagi penawar untuk gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit.

Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.

Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan

petua

Untuk :
Hilangkan sakit-sakit badan.
Angin kebas-kebas kaki tangan.
Susah buang air besar.
Cuci darah beku (lancarkan aliran darah).

Bahan :

1) Halba sepeket, guna 2-3 sudu besar
2) Halia dlm 3 inci
3) Serai 2 batang
4) Asam Jawa 1sudu
5) Air dlm 1000 ml

Cara :

Bahan halba, halia dan serai diketuk atau dihiris pun boleh. Kemudian rebus semua tu sampai mendidih.

Angkat campur dengan asam jawa satu sudu, kacau2 minum masa nak tidur.

Minum masa air tu suam-suam.

Esok pagi bangun badan jadi segar.. Insha Allah. Semoga dipermudahkan petua ni..cuba jangan tak cuba 😘😍

Kredit : Normala Md Ismail

KESAN AIR GAS



Selepas 40 Minit anda minum air bergas

Penyerapan kafein sudah selesai. Anak mata anda menjadi luas, tekanan darah anda meningkat sebagai respon kepada hati anda yang merembeskan lebih banyak gula ke dalam saluran darah. Reseptor adenosin dalam otak anda disekat untuk mengelakkan rasa mengantuk.

Selepas 45 Minit

Penghasilan dopamin ditingkatkan oleh badan anda merangsang rasa seronok dalam otak anda. Cara ini adalah cara yang sama heroin berfungsi.

Selepas 60 minit

Asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zin dalam usus yang meningkatkan metabolisma anda. ini diburukkan lagi dengan dos gula yang tinggi dan pemanis buatan juga meningkatkan perkumuhan kalsium.

MASKER RAMBUT MENAWAN


Okey kalini admin nak share tips untuk rambut menawan, sihat lagi bersinar.
.
.
Sebenarnya tips ni admin ternampak kat satu video kakak saleh ni. Bukan kita kita jek yang suka benda diy ni, dorang pun sama weyh.
.
.
Korang cuma perlukan 2 bahan jek; mayonis dan buah naga. Haa selama ni pikir buah naga untuk buat masker muka jek kan, tapi untuk rambut pun boleh beb.
.
.
Caranya amik dalam setengah bijik buah naga, blend sampai jadi paste. Tambah 2sdk mayonis, gaul sampai rata. Nah mayo ni kita guna untuk bagi rambut rasa lembab lembab gitu.
.
.
Okey dah siap! Boleh mula sapu kat rambut secara menyeluruh. Biarkan dalam 10 minit, pastu cuci.
.
.
Nanti rasa kepala ngan rambut ringan jek, pastu ofkos lah rambut lagi better dari sebelum nya. Nampak lebih bermaya, bersinar dan sihat. Selamat mencuba. .

KENALI JENIS KEGEMUKKAN



Ewahhh ingat gemuk ni sejenis ajer. Rupanya macam2.

Nak tahu tak cara tentukan kita ini jenis gemuk yang mana?

Picit bahagian tengah lengan, kalau  rasa lembik dan menggeleber, ini adalah gemuk air dan angin.

Picit bahagian tengah lengan, kalau  terasa pejal dan padat, ini adalah gemuk daging.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun.

Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.Gemuk daging ini agak sukar nak turun atau mengambil masa yang agak lama, sebabnya banyak lemak sudah sebati dengan daging.

Haaaa uols kategori gemuk yang mana? Air, Angin atau Daging.

Sebab tu uols diet cam namatey pun tak jalan kalau tak tahu diri tu gemuk yang macam mana. Diet pun kene berilmu tau. Ni idok asal diet je tak makan nasik. Asal tak makan nasik je diet. Haihhh

petua anak demam menggunakan telur rebus

Untuk mengetahui cara rawat anak demam dengan petua ini, mari lihat langkah demi langkah:

1. Rebus telur ayam

Rebuskan 2 biji telur ayam. Rebuskan lama sedikit sehingga menjadi telur keras.
Kalau separuh masak, anda sukar menggolekkan pada badan anak kerana terlalu lembek.
Beginilah rupa telur ayam yang telah direbus sempurna.

2. Bungkuskan telur ayam

Cari kain yang sesuai untuk membungkus telur yang masih panas tadi. Paling senang, gunakan kain lampin.
Kalau telur masih panas, pastikan balut telur tu tebal sedikit ya!

3. Golekkan pada seluruh badan dan kepala

Apabila menjadi seperti bunjut, anda bolehlah menggolekkan pada seluruh badan anak. Jangan lupa golekkan juga pada bahagian kepala dan kaki.
Golekkan sehingga telur menjadi suam, sekitar 30 minit.

4. Perhatikan hasilnya

Setelah hampir setengah jam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur.

5. Ulang langkah dengan telur kedua

Ulang semula langkah yang sama seperti telur pertama tadi. Anda akan mendapati telur yang kedua akan kurang menggerutu.
Inilah hasil golekan kedua.

Mudah, bukan?

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah .
Hanya dengan 2 biji telur, suhu badan telah turun dan anak mulai cergas. Syukurlah.
Bagi ibu-ibu, jika anak masih belum sembuh bolehlah rawat anak demam dengan melakukan teknik di atas sebanyak 3 kali sehari. Dalam masa yang sama, pastikan anak kerap dimandikan dan meminum air secukupnya. Memang normal kalau mereka kurang berselera semasa demam.

Saturday, 6 April 2019

Mengatasi gejala bengkak kaki



Jika sedang dalam perjalanan yang panjang, jika anda yang memandu, berhenti memandu di kawasan rehat selang sejam jika boleh dan berjalan selama beberapa minit sebelum sambung memandu.

Jika berada di atas kapal terbang atau bas, pastikan anda tidak duduk sepanjang jalan dan mengambil masa untuk berjalan-jalan. Tetapi pastikan ia selamat untuk berjalan terlebih dahulu terutama dalam bas yang bergerak.

Apabila baring dan tidur, letak bantal di bawah kaki agar kaki berada di paras yang lebih tinggi dari jantung. Ini membantu darah mengalir dengan baik untuk pulang ke jantung.

“Compression stocking”: Ini merupakan stokin yang memberi tekanan kepada saluran darah. Hati-hati: Jangan mengguna stokin yang terlalu ketat. Silarujuk nasihat doktor sebelum mengguna stokin ini kerana jika anda terdapat penyakit arteri, memakai stokin ini boleh memudaratkan lagi keadaan.

T.me/petuadankesihatan

Kaki Bengkak (Swollen Feet) - Apakah Penyebab Kesakitan Dan Cara Mengatasinya



Kaki yang bengkak terjadi secara amnya melalui dua proses dan terdapat banyak penyakit dan kondisi yang boleh menyebabkan kaki bengkak melalui salah satu proses tersebut. Di bawah adalah penerangan tentang kenapa terjadinya kaki yang bengkak

Radang. Proses radang di tisu kaki boleh membawa kepada kaki yang bengkak. Kadang-kala, ia boleh membawa kepada bengkak si satu belah sahaja kerana proses radang ini hanya membabitkan sebahagian kaki sahaja. Antara punca terjadinya radang di tisu kaki adalah jangkitan kuman atau terputus tendon. Proses radang juga boleh menyebabkan rasa sakit.

Pengumpulan air yang berlebihan: Terdapat penyakit yang menyebabkan penahanan air di dalam saluran darah atau tisu di belah kaki lebih dari kebiasaannya. Apabila terlalu banyak air, bengkak ini akan lebih jelas terlihat selepas berdiri atau duduk terlalu lama atau  memakai stokin yang ketat.

Apakah Penyebab Kaki Bengkak?

Kegagalan jantung/”congestive heart failure”:

Kegagalan jantung merupakan keadaan di mana jantung tidak dapat menjalankan tugasnya untuk mengepam darah ke seluruh badan dengan berkesan. Apabila jantung lemah, kecekapan mengepam darah boleh membawa kepada masalah air terkumpul secara berlebihan dan ini selalunya terlihat di kaki. Jika jantung menjadi semakin lemah, air yang berlebihan juga boleh berkumpul di paru-paru dan membawa kepada cepat berasa penat, sesak nafas dan batuk. Antara orang yang berisiko tinggi menghadapi “heart failure” adalah mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, gangguan denyutan jantung seperti “atrial fibrillation” dan sejarah serangan jantung.

Penyakit buah pinggang:

 Buah pinggang merupakan organ paling utama yang terbabit dalam menyingkirkan air berlebihan di dalam badan. Apabila darah dipam dari jantung ke buah pinggang, selain dari bahan-bahan kimia yang tidak diperlukan, buah pinggang juga membuang air yang berlebihan dalam saluran darah. Air yang berlebihan ini dan bahan-bahan buangan lain inilah yang membentuk air kencing. Banyak penyakit boleh menghindari buah pinggang daripada berfungsi seperti diabetes, jangkitan kuman, sindrom “nephrotic” dan penggunaan beberapa jenis ubat.

Hamil:

Wanita yang mengandung juga mungkin mengalami masalah bengkak kaki kerana tekanan yang tinggi yang diberi oleh bayi atas saluran darah membuat pergerakan darah kurang cekap dan ini membawa kepada pengumpulan air.

Sindrom “Deep Vein Thrombosis” (DVT):

Ini adalah sindrom di mana terdapat darah beku dalam saluran darah membawa darah dari seluruh pelosok badan pulang ke jantung. Apabila darah beku ini berlaku dalam saluran darah di kaki, ia boleh membawa kepada kaki yang bengkak di sebelah yang terbabit. Selain dari kaki bengkak, anda juga mungkin berasa sakit di belakang kaki terutama sekali apabila dipicit, kaki berasa panas dan berwarna merah. Mereka yang berisiko mendapat DVT adalah orang yang mengguna pil perancang, mempunyai ahli keluarga yang mendapat DVT, kanser, perokok dan tidak bergerak dalam jangka masa yang panjang seperti berada di atas kapal terbang dan terlantar di atas katil. Bahayanya DVT ialah apabila darah beku ini dibawa ke paru-paru dan boleh membawa kepada kematian.

Jangkitan kulit/”cellulitis”:

 Jangkitan lapisan kulit di kaki adalah punca bengkak kaki. Gejala yang berkaitan bagi mereka yang menghidapi jangkitan termasuk demam, rasa lemah dan kulit yang merah dan panas. Jangkitan kulit lebih mudah terjadi bagi mereka yang mempunyai luka di kaki.

Gout:

“Gout” adalah penyakit yang melibatkan pengumpulan kristal di sendi dan kebiasaannya menyebabkan radang di sendi jari kaki. Selain kaki bengkak, mereka yang menghidapi penyakit ini akan merasa amat sakit di kaki sehingga tidak boleh berjalan. Beberapa jenis makanan boleh menyebabkan “gout”.

Apakah Cara Mengatasinya?. Next entry

TIPS PERANGKAP CICAK CARA MUDAH



Cicak! Cukup susah nak dihapuskan. Lepas tu najis yang ditinggalkan ikut suka dia je. Kadang menyampah pun ada sebab bau najis dia tu Allahurabbi.

Hmmm malas nak sebut la. Korang sendiri pun tahu bau dia. 😅

Ni KekMi nak share cara nak hapuskan si cicak tanpa guna tenaga. Buat perangkap dia je. Jom ikut cara di bawah.

Bahan bahannya
Botol minuman kosong
Minyak masak
Gula (atau boleh guna susu pekat)
Kapas muka (atau boleh guna tisu dapur)
Air paip

Cara caranya
1. Potong botong kepada dua bahagian. Pastikan bahagian atas lebih kecil berbanding bahagian bawah. Boleh rujuk gambar.
2. Letakkan kapas muka (KekMi guna tisu dapur 4 keping dan dilipat) ke dasar botol.
3. Tuang gula ke atas kapas muka tadi dan tuang air.
4. Sapu minyak masak di bahagian dalam botol di sebelah bawah supaya menjadi licin. Sapukan juga minyak pada botol yang berada di atas pada bahagian luar dan dalam.
5. Terbalikkan botol di bahagian atas dengan cara mulutnya berada di dalam botol yang dibawah. (Boleh rujuk gambar)
6. Siap untuk digunakan. Letakkan di tempat yang sering menjadi tumpuan cicak.

Semoga tips kali ini memberikan manfaat kepada semua. Jangan lupa #share tips ni supaya yang mana ada masalah yang sama dapat mencubanya.

DIYTipsdanPetua
MandiMandiJerDahKurus

T.me/petuadankesihatan

Petua sentiasa sihat

Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dh 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dlm darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah

Bila aku tanya apa rahsia dia...

Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn

Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2

Caranya mudah dan murah sj :

1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus (basuh dulu ya)
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar (x perlu rebus)
4. Minum mcm biasa, air x rasa apa2 pun
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari...x membazir 😬

Selamat mencuba

16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu..
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

✔Mencuci hati.

✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang

Sumber: dara anggun

T.me/petuadankesihatan

Ubat Stroke

Inilah Ubat STROKE Paling Berkesan,, Kongsikan Jangan Sampai Terhenti Di Tangan Anda Mungkin kawan (sahabat) Yg Lain Sangat Memerlukannya …
Buah letup kelambu, _(Cipluk'an)_ *Javanise* cabut sepokok, basuh cuci dgn akar, batang, daun dan buah.
Rebus dgn tiga gelas air sampai tinggal satu gelas. Amalkan minum pagi dan ptg selama tiga hari...insha allah, stroke (lumpuh) akn pulih.

### kita mampu Ikhtiar,Hanya Allah jua yg akan menyembuhkannya.

Sharing is caring❤

Kredit:Jesscinta Reagena

BAHAYA GULA

CAMBRIDGE, Massachusetts - Satu kajian baharu oleh penyelidik di Universiti Harvard menunjukkan pengambilan minuman ditambah gula meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular mahupun kanser khususnya kepada wanita, lapor jurnal Circulation baru-baru ini. “Meminum air kosong berbanding minuman manis adalah pilihan lebih sihat dan boleh meningkatkan jangka hayat,” kata ketua penyelidik Jabatan Nutrisi di Sekolah Kesihatan Awam T.H Chan Universiti Harvard, Dr. Vasanti Malik. “Soda diet mungkin boleh membantu mengurangkan pengambilan air manis secara berperingkat tetapi air kosong adalah pilihan paling baik,” tambahnya.

Penemuan itu merangkumi semua jenis air ditambah gula termasuk minuman ringan sama ada bergas atau tidak, air berperisa buah, minuman tenaga dan minuman sukan.

Selain risiko lebih tinggi bagi wanita, mereka yang meminum dua atau lebih hidangan air manis sehari berdepan risiko kematian awal sebanyak 31 peratus lebih tinggi. Penggunaan pemanis tiruan juga dapat meningkatkan risiko kematian. “Penemuan ini mengukuhkan lagi sokongan kepada polisi bagi mengehadkan pemasaran minuman manis kepada kanak-kanak dan orang muda serta pelaksanaan cukai soda kerana harga jualan semasa yang murah tidak mengambil kira kos rawatan mahal di kemudian hari,” kata penyelidik bersama kajian itu, Professor Walter Willett. – Agensi

T.me/petuadankesihatan

Petua Melegakan Lenguh badan Cara Tradisional 🌺


@Petuadankesihatan


Terdapat beberapa petua untuk melegakan lenguh badan secara tradisional yang mudah diikuti. Bahan² yang digunakan juga mudah didapati.

▪ *1. Bawang Merah*
Ambil 7 ulas bawang merah dan ditumbuk. Masakkan dengan kira² 6 camca besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakan minyak itu untuk menggosok di sendi² yang sengal itu.

▪ *2. Halia*
Ambil dua ketul halia kira² 10 cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira² 2 camca teh. Halia diparut dan ditumbuk, dibubuh sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya dan bubuh dalam gelas. Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga sebati. minumlah 2 kali sehari. Insyaallah sembuh.

▪ *3. Lada Hitam*
Lada hitam kira² 20 biji ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosokkan pada sendi² yang lenguh itu.

▪ *4. Daun Lengkuas*
Daun lengkuas kira² 5 helai, daun serai wangi 3 helai, daun kunyit 5 helai dan daun jerangau 5 helai lalu direbus semuanya dalam satu periuk dengan airnya kira² 2 gelen. Gunakan air itu untuk mandi pagi dan petang.

Berurut juga perlu untuk melegakan lenguh badan. Jangan lupa untuk bersenam juga ye. Begitulah antara beberapa petua mudah untuk melegakan lenguh² badan.

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

HARAP DIINGAT APA YANG DITAKUTI OLEH ORGAN2 KITA?


@Petuadankesihatan


     Ginjal : Tidur lewat

     Paru² : asap (rokok)

     Hati : lemak

    Jantung : Masin

    Pankreas : Makan terlalu kenyang 

    Usus : Makan tanpa pantang

    Mata : Komputer/Media elektronik

    Hempedu : Tidak  sarapan.

Maka sayangilah tubuh anda! 

Kerana :  Anggota dalam badan susah dicari diganti. Mahal ! Lagi pula belum pasti ada。

 _Kekentalan/Pembekuan darah_

💢     Sharing dari Doktor Jantung :   *PEMBEKUAN DARAH DLM TUBUH, BAGAIMANA BOLEH TERJADI?*

    💦 👫      Ada satu pertanyaan:
_Mengapa kita harus minum AIR PUTIH yg cukup?_

💦🌏      Sebenarnya jawapannya cukup " *_mengerikan_*" tetapi kerana sebuah
_pertanyaan jujur harus dijawab dgn jujur_, maka topik tersebut boleh dijelaskan sbb:

 💦👫      Kira-kira *_80%_* tubuh manusia terdiri dari *AIR*.
Malah ada beberapa bahagian tubuh kita yg memiliki kadar air di atas *_80%_*.
Dua organ paling penting dgn kadar air di atas 80% adalah:
*OTAK dan DARAH*.

💦☺ *_Otak_* memiliki komponen Air sebanyak 90%,
Sementara *_Darah_* memiliki Komponen Air sebanyak 95%.

💦👫      Keperluan minimum bagi manusia normal sedikitnya adalah *_2 Liter sehari atau 8 Gelas Air putih_* sehari.
Jumlah di atas harus ditambah bagi seorang *PEROKOK..!*

💦👫       Air sebanyak itu diperlukan utk mengganti cairan yg keluar dari tubuh kita melalui  *_Pembuangan, Keringat, Pernafasan_*

Apa yg terjadi bila kita meminum kurang dari 2 Liter sehari..??

💦👫       Tentu tubuh akan menyeimbangkan diri. *_Caranya?_*

💦      Dgn jalan " *_Menghisap_*" Air dari komponen tubuh sendiri terdekat: *DARAH..!!*

💦      Darah yg dihisap Airnya akan menjadi *_membeku_*.
Akibat pengentalan Darah ini, maka perjalanannya akan kurang lancar sebab bukan *_Darah Berair. _*

💦      *_Saat melalui Ginjal/buah pinggang_*
(tempat menyaring Racun dari Darah),
Ginjal akan bekerja Extra keras menyaring Darah.

💦       Dan kerana Saringan dlm Ginjal halus, selalunya Darah yg beku boleh menyebabkan kerosakan pada *Glomerulus Ginjal*.

💦  *    _Akibatnya_*,
Air Kencing berwarna kemerahan, tanda mulai bocornya saringan Ginjal.
Bila dibiarkan terus menerus, anda mungkin suatu saat harus buat Dialysis utk *_Cuci Darah_*.

💦      Bagaimana dgn *OTAK?*
Di saat Darah membeku mengalir melalui Otak, perjalanannya agak tersendat.

Otak tdk lagi " *_berair_*", kerana *Sel² Otak* adalah yg paling banyak memerlukan  Makanan & Oksigen, ini yg mengakibatkan STROKE...!!

💦🌏       Jika anda share ini kepada seorg bererti anda sdh dpt menyelamatkan seorg yg anda kenali

BUAH MANGGA MENURUNKAN KADAR GULA DARAH



Menurut sejumlah penelitian, buah Mangga memiliki kandungan polifenol yang bermanfaat untuk menurunkan kadar gula dalam darah sehingga dapat mengurangi kemungkinan obesitas.

Hal itu selaras dengan hasil penelitian yang dipublikasikan dalam Experimental Biology Conference 2013. Di dalam hasil publikasi tersebut, disebutkan bahwa

TIPS CUCI LANTAI BILIK AIR TANPA PERLU MENYENTAL MUDAHKAN KE KERJA MAK MAK


Letihkan dalam seminggu berapa kali nak menyental bilik air. Penat nak menyental.

Ada cara mudah sebenarnya tau nak cuci bilik air.

Hanya dengan 2 bahan je.

Bahan- bahan :

Clorox (tutup botol warna biru)
Botol spray

Cara-cara :

1. Masukkan clorox dalam botol spray.
2. Spray lantai dan dinding bilik air.
3. Tunggu dalam setengah Jam.
4. Dah siap boleh bilas dengan air paip.

Nak lebih nampak cantik biarkan semalaman. Esok pagi bilas dengan air.

Hati-hati ye korang. Tutup hidung dulu sebelum spray. Bau clorox tu agak kuat.

Nak hilangkan bau clorox tadi bilas bilik air dengan air sabun.

Wangi dah.

Bilik air bersih dan wangi.

Mudah kan mak mak😉

ZueKongsiTips

T.me/petuadankesihatan

Khasiat Barli

khasiat_barley

Benda murah, orang selalu pandang sebelah mata. Sama la jugak ngan nasib barley. Padahal, senang jek nak beli. Harga pun murah meriah.

Barley ni ada banyak sangat khasiat. Antara khasiat barley yang ramai orang tak tau;

1. Kurangkan panas badan/penyejuk badan
2. Bantu lawaskan kencing
3. Bantu penghadaman
4. Tingkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.
5. Rendah kan kolesterol.
6. Redakan sakit perut dan sembelit.
7. Mencegah serangan penyakit kanser.
8. Kurangkan risiko kencing manis.
9. Membantu turunkan berat badan
10. Kurangkan risiko sakit jantung
11. Menambah susu ibu

Jadi, sapa sapa yang ada masalah macam kat atas, boleh la amalkan minum air barley. Nak nak musim musim panas ni kan. Buat satu jug, boleh minum satu family.

Sila share jika post ini memberi manfaat

Sembang Sembang Petua Sihat

T.me/petuadankesihatan