Thursday, 22 February 2018
10 Tips Buang Angin Dalam Badan Dengan Mudah
Tips #1:
Mengambil makanan yang mengandungi halia, lemon, bawang putih dan serai. Bahan ini mampu untuk membantu masalah penghadaman dan meredakan angin yang terdapat dalam badan. Boleh amalkan secawan air lemon suam setiap pagi atau minum teh hijau dicampur dengan beberapa hirisan lemon.
Tips #2:
Banyakkan mengambil air masak atau air suam supaya ruang tersebut dapat dipenuhkan dengan air dan bukannya angin
Tips #3:
Mengelakkan mengambil makanan yang menyebabkan angin lagi bertambah dalam perut. Contohnya kacang, sayuran (brokoli, kobis, taugeh, bawang, asparagus), bijirin seperti roti gandum, minuman berkarbonat, susu dan produk berasaskan tenusu. Reaksi badan seseorang tidak sama, jadi setiap orang akan mempunyai alahan kepada makanan yang berbeza.
Tips #4:
Membuat senaman ringkas seperti berjogging, turun naik tangga dan bersenam supaya angin mudah keluar dari badan
Tips #5:
Kurangkan aktiviti yang boleh menyebabkan bertambahnya lagi angin dalam badan. Contohnya elakkan mengunyah gula-gula getah kerana ia akan membuatkan kita menelan lebih banyak udara. Kadar gula yang tinggi dalam gula-gula getah juga mudah membuatkan perut kita berangin
Tips #6:
Mengurut badan juga adalah salah satu cara untuk membuang angin dalam badan. Selalunya badan kita berangin kerana urat kita telah mengembang. Jadi, carilah tukang urut yang tahu cara nak buangkan angin dalam urat kita.
Tips #7:
Amalkan mandi bermula dari kaki. Sesetengah daripada kita nak cepat siap mandi terus je siram air atas kepala kan. Tapi, cara yang betul adalah siram dahulu bahagian kaki, kemudian bahagian badan, seterusnya barulah bahagian kepala.
Tips #8:
Kunyah makanan dengan perlahan supaya makanan dapat dihadam dan dicernakan dengan mudah. Makan makanan dengan cepat akan menyebabkan udara senang terperangkap dalam perut kita.
Tips #9:
Membuat bekam angin
Tips #10:
Pastikan dapat tidur yang mencukupi kerana tidur akan membantu mengawal metabolisme badan kita, jadi kurang tidur akan membuatkan kita rasa lemah dan badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik.
🎈Selain anda boleh mencuba tips-tips yang dikongsikan diatas, anda juga boleh menggunakan Peppermint Ginger Plus dan Garlic complex untuk mempercepatkan lagi proses pembuangan angin yang berlebihan dalam badan. Penggunaan Peppermint Ginger Plus dan Garlic complex ini ternyata lebih mudah dan boleh digunakan bila-bila masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment