Saturday, 24 February 2018

Petua tradisional bagi mengubati masalah gastrik

Petua tradisional bagi mengubati masalah gastrik ini :

1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.

2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.

3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.

Jika masih tidak menjadi, sebelum menggunakan kaedah moden, lebih baik menggunakan kaedah herba semulajadi.

No comments:

Post a Comment