Wednesday, 28 February 2018

PETUA TRADISIONAL 2



17)Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

18)Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

19)Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

20)Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

21)Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

22)Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

23)Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

24)Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

25)Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

26)Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

27) Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

28) Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

29) Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

30) Bisa-bisa tulang
Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

31) Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

32) Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

33) Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

34) Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

35) Demam Berdarah

Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera.
Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut
36) Cara-cara mengurangkan demam
(a)Beri pesakit minum air yang banyak
(b)Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
(c)Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

37) Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
(a)Beri minum air zam-zam dan lap badannya
(b)Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:
“Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

38) Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

39) Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

40) Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari

No comments:

Post a Comment