Saturday, 24 February 2018

Petua Kesihatan WANITA

Petua Kesihatan🧕🏻WANITA



📝 _Kesakitan akibat haid berlaku apabila otot² pada uterus (rahim) mengecut bagi mengeluarkan lapisan rahim. Secara kasarnya, 9 daripada 10 wanita akan mengalami senggugut. Jangan risau tentangnya kerana ia adalah normal. Tapi jika terlalu sakit atau berada di tahap sengugut sekunder seeloknya dapatkan rawatan doktor. Ini beberapa tips untuk merawat senggugut (Period pain) :_

▪️1. Mandi dan rendamkan diri dalam air panas.
▪️2. Buat urutan bahagian belakang dan perut.
▪️3. Kurangkan makanan masin dan kandungan gula tinggi seperti kek, coklat.
▪️4. Buat senaman ringan seperti yoga

*Cara tradisional :*

✔️ *TUAMAN PANAS*
Letakkan pada bahagian abdomen bawah @ pinggang. Melalui tuaman panas, otot² yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks.

✔️ *AIR SUAM*
Amalkan minum air suam dan kurangkan air sejuk. Air suam boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.

✔️ *AIR HALIA MADU*
Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum setelah suam. Dapat kurangkan masalah sengugut bulan demi bulan.

✔️ *RENDAMAN KAKI*
Jika senggugut menyerang tiba², rendam kaki didalam air suam yang telah dicampur dengan garam.

No comments:

Post a Comment