RAWAT TATABAHASA
(MD Azizi Isa)
Penggandaan Kata Majmuk (kategori maksud kiasan)
Kata majmuk terdiri daripada tiga kategori;
(i) rangkai kata bebas
(II) istilah khusus
(iii) kiasan (simpulan bahasa)
Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan (Simpulan Bahasa) tidak boleh kita pisahkan pasangannya apabila menerima proses penggandaan.
Tidak seperti kata majmuk kategori RANGKAI KATA BEBAS atau ISTILAH KHUSUS yang hanya menggandakan unsur pertama;
balai raya --> balai-balai raya
(rangkai kata bebas)
deria rasa --> deria-deria rasa,
(istilah khusus)
penggandaan simpulan bahasa adalah unik.
Dalam proses penggandaan kata majmuk yang mewakili maksud kiasan (simpulan bahasa), kita perlu menggandakan kedua-dua unsur tersebut untuk mengelakkan ketaksaan maksud.
Contoh:
Simpulan Bahasa
kaki bangku
buah hati
anak tiri
Proses penggandaan yang terbentuk mestilah melibatkan kedua-dua unsur kata, iaitu:
kaki bangku-kaki bangku
buah hati-buah hati
anak tiri-anak tiri
Bayangkan kalau kita menggandakan hanya unsur pertama daripada kata majmuk (simpulan bahasa) ini.
Maksudnya sudah terpesong!
"anak-anak tiri"
SAMAkah maksudnya dengan
"anak tiri-anak tiri"?
SAMAkah maksud
buah-buah hati
dengan
buah hati-buah hati?
No comments:
Post a Comment