📚INFO JENIS MAKANAN DALAM PANTANG
JENIS IKAN
Ibu selepas bersalin tidak digalakkan makan ikan masin atau ikan kering. Ibu didalam pantang disyorkan memakan ikan segar dan mengelakkan daripada memakan ikan yang berbisa seperti bawal, ikan terubuk, ikan pari serta ikan sembilang. Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Mengikut petua melayu, ikan haruan dan yu baik untuk orang lepas bersalin, ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan dapat menyembuh luka. Manakala ikan yu dapat membanyakkan susu ibu.
ULAM-ULAMAN
Ulam-ulaman yang baik untuk ibu selepas bersalin seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, pegagar, ulam raja dan lain-lain. Ulam ini baik untuk ibu dalam pantang kerana ia mengandungi fiber, zat galian (mineral), dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C, dan E bersifat antioksidan.
SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk, serta berangin. Contohnya air tebu, cincau, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing, durian belanda dan lain-lain. Hal ini kerana akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
JENIS AYAM DAN BURUNG
Ibu dalam berpantang digalakkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam dan madu lebah. Hal ini kerana dapat mengembalikan ketahanan tubuh. Manakala burung puyuh dan merpati baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam
🌻Pilihan makanan sememangnya terhad buat anda ketika berpantang tetapi anda masih perlu mendapatkan vitamin dan zat yg diperlukan bagi kesejahteraan anda dan bayi. solusinya..anda boleh mencuba set berpantang shaklee kerana ianya mampu menampung kekurangan vitamin buat ada dan si manja!Dapatkan harga yang istimewa dan khidmat rundingan untuk mendapatkan vitamin yang sesuai dengan bajet anda.
No comments:
Post a Comment