Saturday, 24 February 2018
KOLEKSI PETUA 6
Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
Segera beri minum air kelapa yang muda.
Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.
Cacing Kerawit
Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari
Kurang Darah Akibat Kemalangan
Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.
Telinga Dimasuki Serangga
Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.
Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.
Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.
Menggemukkan Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.
Melawas Kencing
Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.
Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.
Mengubati Gelgata
Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.
Segarkan Saraf
Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Lelah
Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.
Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Sakit Disengat Lebah
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.
Berkhatan Cepat Sembuh
Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.
Kejang Perut
Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.
Penawar Kencing Manis
Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Petua Mengelakkan Barah
Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pancreas
Salam Ukhuwah..~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment