Saturday, 24 February 2018
Al Manna~Arabic Gum
Apa itu Al Manna~Arabic Gum?
Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal dan Acacia Sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di Negara Sudan. Acasia Senegal adalah jenis Arabic Gum yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia Seyal pula biasanya digunakan untuk industri-industri lain.
Ada juga pendapat yang mengatakan terdapat tafsir Al Quran mengaitkan Al Manna yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 57 merupakan Arabic Gum.
Di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu AbbasRadiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu AbbasRadiallahuanhu, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu".
As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok. Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.
Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata.Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah.Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali sebagai gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan Arabic Gum.
Gum Arabic amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak (jika telah bengkak). Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal gout, sembelit, dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta’ala. Menurut Wikipedia, secara traditional, gum arabic juga digunakan untuk merawat tibi atau batuk kering. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta’ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta’ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.
Cara Penggunaan: Gum Arabic Serbuk/ Ketul
Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.
Buah pinggang stage 1 hingga 5
: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.
Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.
Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih.
Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).
Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.
Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.
Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.
Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment