🌸 5 JENIS PROBIOTIK UNTUK EKZEMA
Kadang-kadang ekzema ni datang dari DALAM BADAN kita. Tak semestinya datang dari luaran jer. Dalaman pun kena jaga tau. Tak guna kalau kita hanya jaga luaran jer, sapu krim itu ini, tapi apa yang kita makan? Macam mana dengan usus kita? Jaga tak?
Jadi, pemakanan kena jaga jika kita ni selalu mengalami masalah ekzema atau kulit yang terlalu sensitif. Selain pemakanan yang sihat, mommies boleh beri kat anak makanan "PROBIOTIK". Probiotik tu apa?
Probiotik ni adalah "bakteria hidup yang baik" untuk kesihatan dan sistem penghadaman kita. Pengambilan probiotik sangat bagus untuk kesihatan usus tau. Sebab apa kena jaga usus? sebab kebanyakan penyakit datang dari usus perut!
Ok kami nak share antara probiotik yang baik untuk anda yang ada ekzema. Lspas ni boleh la amalkan yer..😉
1. Yogurt - Pilih yogurt susu kambing sebab mengandungi protein, mineral dan vitamin. Ia lebih mudah dicerna daripada yogurt susu lembu. Lagipun susu lembu boleh sebabkan alergik bagi sesetengah orang. ops, sebelum beli yogurt, semak dulu label sebab sesetengah yogurt terutama yogurt buah, kaya dengan sirap jagung yang tinggi fruktosa dan pemanis. Kalau boleh jangan beli yang ada sirap jagung ye.
2. Kefir Kelapa -minuman berkhasiat yg dihasilkan melalui proses fermentasi air kelapa yang menghasilkan bakteria probiotik yang kuat yang dapat menyembuhkan tubuh.
Cari kefir kelapa yang dibuat dari jus kelapa muda. Tambah beberapa stevia, jus limau / lemon, dan air ke dalam campuran untuk rasa yang sedap.
3. Kimchi - Sejenis kubis yang ditapai. Kimchi kaya dengan vitamin B dan vitamin C, serta mineral seperti besi, kalium, dan kalsium.
4. Kombucha - sejenis minuman fermentasi tradisional yang diperbuat daripada teh hitam dan gula. Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan enzim.
Kombucha adalah minuman probiotik yang ditapai yang Kaya dengan bakteria yang sihat untuk menjaga usus.
5. Sauerkraut - kubis yang dipotong halus yang telah ditapai oleh pelbagai bakteria asid laktik. Kubis yang ditapai kaya dengan vitamin A, B, C, dan K, dan dapat membantu kulit yang alergik.
No comments:
Post a Comment