5 Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal 💥
1. Kerap membuang air kecil dan selalu rasa dahaga
Disebabkan gula yang tinggi dalam darah, air akan ditarik masuk ke dalam aliran darah dan kemudiannya disalurkan ke pundi kencing. Ini akan menyebabkan seseorang itu kerap buang air kecil daripada biasanya. Oleh sebab kebanyakan air telah disalurkan menjadi air kencing, ini akan menyebabkan seseorang itu juga sentiasa berasa dahaga.
2. Badan cepat letih dan kehilangan berat secara drastik
Secara saintifiknya, insulin diperlukan untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tetapi, akibat kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin, gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga dan menyebabkan badan cepat terasa letih kerana kekurangan tenaga untuk menampung aktiviti seharian.
Selain itu, akibat gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga juga menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak kepada tenaga. Kesan dari ini seseorang itu akan kehilangan berat badan yang drastik walaupun dia mengambil makan seharian seperti biasa.
3. Penglihatan mata semakin kabur
Kesan daripada paras gula yang tinggi dalam darah, ia boleh merosakkan saluran-saluran darah kecil yang menyebabkan kerosakan pada mata (akan menjadi semakin kabur), kerosakan pada buah pinggang dan juga pada saraf. Jika masalah ini dibiarkan begitu lama tanpa sebarang rawatan, berkemungkinan seseorang itu mungkin akan buta.
4. Sering kebas tangan dan kaki
Antara tanda-tanda kencing manis peringkat awal yang lain ialah, seseorang itu akan sering berasa kebas pada tangan dan kaki, kesemutan atau bengkak. Ini kerana sistem saraf atau pembuluh darah telah mengalami kerosakan dan menyebabkan darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.
5. Luka lambat untuk sembuh
Paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh menjejaskan keupayaan penyembuhan badan, sistem imun dan proses untuk membantu tubuh sembuh tidak dapat berfungsi dengan baik jika paras gula tinggi.
Ini akan menyebabkan jika seseorang tu mengalami luka, proses untuk luka itu sembuh akan menjadi perlahan berbanding biasa. Jika dibiarkan boleh menyebabkan luka itu merebak lebih teruk dan membahayakan.
Kesimpulan
Setiap orang perlulah memerhatikan perubahan luar dari kebiasaannya pada tubuh badan mereka. Jika ada tanda-tanda kencing manis peringkat awal ini pada diri, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan. Supaya penyakit kencing manis ini dapat disembuhkan selagi belum terlambat.
Dan perihatinan masyarakat sangat penting untuk menyebarkan info2 sebegini...Sila tekan share...
Perlu diingat "Kencing Manis Tak Kenal Umur Dan Jantina"
No comments:
Post a Comment