CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN MINYAK ZAITUN
●Siapa yang tak kenal dengan minyak sejuta manfaat ni kan.
○Minyak zaitun sudah dikenal sejak dahulu, bahkan pada masa ratu Mesir Cleopatra minyak ini digunakan untuk merawat kecantikan.
○Ternyata, hasil penelitian mengatakan bahwa minyak zaitun memiliki kandungan vitamin E cukup tinggi sehingga baik untuk kecantikan dan juga kesihatan.
○Boleh juga manfaatkan minyak zaitun ini agar bulu mata lentik dengan maksimumnya.
○Caranya:
○○Sapu minyak zaitun pada bulu mata rata2.
○○Pejamkan mata ketika buat sapuan ye supaya tak masuk ke dalam mata.
○○Biarkan sehingga minyak tersebut mengering dan bolehlah bilas dengan air sejuk.
CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN MINYAK KASTOR
◎Minyak kastor mudah dijumpai di Negara2 Timur Tengah dan Mediteranian.
●Minyak kastor sangat bermanfaat untuk orang yang terkena serangan jantung dan pesakit kanser, seperti yang dijelaskan WHO.
●Selain khasiatnya untuk kesihatan, minyak ini juga boleh membuat bulu mata lebih lentik secara semulajadi.
●Jangan silap pilih minyak ini sebab ada juga persamaan dengan minyak2 lain di luar sana.
●Cara penggunaannya:
●● Boleh dilakukan sebelum tidur dengan menyapu rata pada bulu mata.
●●Biarkan semalaman sebelum membersihkannya dengan air sejuk ketika bangun pagi.
●●Amalkan selalu, in shaa Allah hasilnya sangat memberangsangkan.
CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN MADU
○Madu sememangnya mempunyai manfaat yang sangat banyak, baik untuk kesihatan ataupun kecantikan
◎Mineral semulajadi dan vitaminnya dapat menjaga kesihatan dan juga berguna untuk kecantikan termasuk melentikkan bulu mata.
◎Pilihlah madu yang berkualiti untuk hasil yang TIP TOP.
◎Caranya:
◎◎Sapu ke bulu mata rata2 dan biarkan hingga madu meresap sepenuhnya.
◎◎Selepas 30minit, dah boleh bersihkan.
◎◎Bulu mata akan rasa sihat dan mula melentik.
◎◎Amalkan selalu untuk hasil yang maksimum.
CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN SUSU SEGAR
●Susu mengandungi banyak nutrisi yang menjadikan minuman ini kaya khasiat seperti madu.
●Biasanya, susu digunakan sebagai pemutih kulit wajah dan ketiak, namun ternyata susu juga boleh digunakan untuk membuat bulu mata melentik.
●Khasiat ini diperolehi dari kandungan protein, kalsium, vitamin, fosfor, dan lain2 mineral semulajadinya yang boleh merangsang pertumbuhan rambut pada bulu mata.
○Caranya:
○○ Goncang susu terlebih dahulu hingga berbuih.
○○ Kemudian sapukan susu tersebut pada bulu mata.
○○ Lakukan sejurus selepas mandi.
○○ Biarkan hingga kering lalu bilas bersih.
○○ Cubalah..
CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN BEDAK BAYI
●Siapa sangka bedak bayi sebenarnya berguna untuk melentikkan bulu mata.
●Bedak bayi mempunyai tekstur yang lembut dan melekat pada bulu mata.
●Bedak bayi juga boleh membuat bulu mata lebih bervolume.
○Caranya:
○○Gunakan maskara terlebih dahulu.
○○Kemudian sapukan bedak bayi itu menggunakan jari pada bulu mata.
○○Gunakan teknik sekali sapu untuk membuat bulu mata tak terasa melekit.
CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN KULIT LEMON
●Lemon merupakan salah satu bahan tradisional yang mengandungi banyak agen2 nutrien yang boleh melentikkan bulu mata.
○Caranya:
○○Rendam air lemon dengan minyak zaitun dan minyak jarak selama 4 hari.
○○Kemudian gunakan ramuan ini sebagai masker
○○Gunakan 2 hari sekali untuk hasil yang lebih baik.
◎Konsisten lakukan petua ni.
CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN TELUR UDANG
●Masih ramai yang tahu mengenai telur udang ini.
●Hasil telur udang ni boleh menumbuhkan rambut lebih cepat.
●Khasiat protein yang terkandung di dalam telur udang ini sangat tinggi.
○Caranya:
○○Ambil telur udang di tangan
dahulu.
○○Kemudian pecahkan telur tersebut.
○○Sapu telur udang tadi tu rata2 pada bulu mata.
◎Baunya memang cukup menyengat.
◎Biarkan 30 minit sehingga bulu mata terasa kaku.
◎Bilaslah dengan air sejuk.
◎Mandilah supaya hilangkan bau hanyir telur udang tu.
CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN LIDAH BUAYA
●Lidah buaya atau Aloe Vera memang diketahui kemampuannya untuk kecantikan dan boleh melebat dan melentikkan bulu mata.
○Caranya:
○○Jemur lidah buaya terlebih dahulu hingga layu.
○○Kemudian ambil lendirnya saja.
○○Gunakan lendir tersebut pada bulu mata
○○Sapu ke atas supaya melentik dengan cepat.
◎Rugi tak Cuba. Paling mudah.
CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN DAUN SIREH
●Khasiat daun sireh lebih efektif jika dikombinasikan dengan lidah buaya.
○Caranya:
○○Ramas-ramas daun sireh sampai menghasilkan lendir.
○○Sapukan lendir tersebut pada hujung lidah buaya yang telah dipatah-patahkan.
○○ Biarkan lendir tersebut sebati dengan lendir lidah buaya dalam lebih kurang 5 minit.
○○Kemudian, sapukan lendir tersebut ke bulu mata dan dbiarkan sehingga 2 jam.
○○Bersihkan setelah selesai.
CARA LENTIKKAN BULU MATA DENGAN TEKNIK MEMOTONG
●Sebagaimana proses tumbuh rambut dimana pemotongan hujung rambut dapat merangsang pertumbuhan rambut yang lebih cepat.
●Begitulah juga halnya dengan bulu mata.
●Hujung bulu seperti rambut dan bulu mata, sememangnya kerap mengalami kerosakan.
●Potong sedikit hujung bulu mata setiap 3 bulan sekali.
●Inilah cara melentikkan bulu mata tanpa alat.
PETUA LENTIKKAN DAN PANJANGKAN BULU MATA DENGAN MENYIKATNYA
●SIKAT DENGAN KERAP
● Iye betulllll, sikat bulu mata sekerap mungkin tapi sikat gunalah sikat bulu mata ye...
● Sikat dari bawah ke atas utk dapatkan hasil yg lentik.
PETUA LENTIKKAN DAN PANJANGKAN BULU MATA GUNA VASELIN
●SAPU VASELIN SETIAP MALAM
●Kena guna produk jugakla sikit... Guna Vaselin.
●"Petroleum Jelly" seperti Vaselin boleh membantu pertumbuhan bulu mata.
●Caranya, gunakan cotton bud atau berus mascara utk sapu vaselin pada bulu mata.
●Sekali lagi, berus dari bawah ke atas utk hasil yg panjang dan lentik.
●Sapu pada bulu mata setiap kali sebelum tidur.
PETUA LENTIKKAN DAN PANJANGKAN BULU MATA MENGGUNAKAN MINYAK BAHAN2 SEMULAJADI
●GUNA MINYAK SEMULA JADI
●Minyak Zaitun, Minyak Kelapa, Minyak Jojoba dan Minyak Castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang bulu dengan cepat.
●Ia bukan sahaja membantu memanjangkan bulu mata dengan cepat malah melembabkannya
PETUA LENTIKKAN DAN PANJANGKAN BULU MATA DENGAN TEH HIJAU
●TEKAP DENGAN TEH HIJAU
●Jika kurang selesa dengan minyak, boleh juga guna teh hijau untuk panjangkan bulu mata.
●Basahkan cotton swab dalam teh hijau atau guna uncang teh hijau yang dah dibasahkan dan tekap pada bulu mata.
●Bilas dengan air bersih sebaik saja anda bangun tidur.
No comments:
Post a Comment