1. Jerawat di atas dahi
👉Punca : Tidur yang tidak menentu, Diet yang tidak seimbang dan permakanan yang tidak sihat
⭐️Langkah mengatasinya :
Amalkan tidur awal sekitar jam (10.00pm - 12.00am) dan bangun seawal jam (6.00am)
Kurang pengambilan minuman bergas serta minuman yang berkafien tinggi.
Banyakkan minum air kosong bagi melembapkan kulit.
Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau atau air detox (menghapuskan toksik dalam badan).
Lakukan senaman ringkas 20-30minit setiap hari
2. Jerawat di bahagian hidung
👉Punca : Penghadaman atau aliran darah yang tidak lancar
⭐️Langkah mengatasinya :
Amalkan pemakanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti bijirin penuh, sayur-sayuran dan kekacang.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Elakkan makan berlemak, makan segera dan makanan manis bagi melancarkan peredaran darah.
Rajin melakukan pergerakan atau senaman ringkas
3. Jerawat di bahagian pipi kiri
👉Punca : Terlebih pengambilan produk tenusu
⭐️Langkah mengatasinya :
Kurangankan pembilan produk tenusu kerana hormon dan lemak dalam produk tenusu boleh memburukkan lagi masalah jerawat.
Amalkan memakan brokoli atau sayuran hijau
Pengambilan vitamin meningkatkan imun dan penting untuk kesihatan kulit
4. Jerawat di bahagian pipi kanan
👉Punca : Tekanan atau elergik
⭐️Langkah mengatasinya :
Hindari makanan yang anda elergik seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya
Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan.
Ambil masa untuk merehatkan minda dan badan seperti berjoging, beriadah dan bercuti
Amalkan memakai masker aloe vera asli
5. Jerawat di bahagian dagu dan mulut
👉Punca : Hormon tidak seimbang, tekanan dan masalah buah pinggang
⭐️Langkah mengatasinya :
Kurangkan tabiat makan sebelum tidur
Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar
Lakukan senaman ringkas setiap hari
U olls dah tahu kan sebab mengapa jerawat sering kali muncul di tempat yang sama. Tak semestinya berpunca dari masalah dalam badan, kekadang tu disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak berserat iaitu tidak suka makan sayur apatah lagi buah-buahan.
Selepas ini cuba amalkan dan yang paling penting lakukan senaman setiap hari.
No comments:
Post a Comment