Thursday, 22 February 2018

MAKANAN RINGAN VS BERKHASIAT


»»»»»»»
Jabatan Pesakit Luar

.

1. »»»»»»»Budak berumur 4 tahun, dibawa ibu ,datang muntah-muntah. Bila ditanya , makan apa?

Maggi. Selalu makan maggi.

2. »»»»»»»Budak berumur 3 tahun dibawa , batuk-batuk.

Suruh buka mulut - gigi habis macam kena makan anai-anai.

Tanya si ibu , apa yang anak suka makan?

Gula-gula , keropok2.

Siapa beri duit/belikan untuk mereka? - ayahnya.

3. »»»»»»»Budak 2 tahun lebih dibawa ibu, demam dah 3 hari , mula dengan batuk-batuk.

Sambil di tangan anak satu plastik kecil penuh gula-gula, coklat , keropok.

4. »»»»»»»Seorang lelaki bawa 3 anak buahnya. Umur 2-5 tahun.

Ibunya kerja ,diminta bawakan ke klinik kerana demam dan batuk.

Cek sorang-sorang , gigi rosak.

Bila ditanya , selalu makan gula-gula, coklat.

5. »»»»»»»Seorang ibu bawa 2 orang anaknya. Demam dan batuk-batuk.

Buka mulut, 2/3 dari keseluruhan gigi macam kayu reput. Dah macam tunggul kayu.

Tanya si ibu, siapa beri makan anak-anak.

Mertua. Kerana mereka tinggalkan anak-anak dengan mertua,dan mereka bekerja jauh 10 jam perjalanan dari sini. Kebetulan mereka balik cuti tengok anak-anak.

Gula-gula selalu dibagi agar mereka senyap.

Saya rasa, hampir 100 pelanggan yang saya tengok 2 hari ini, lebih separuh dari kalangan kanak-kanak , hampir 2/3 darinya ada masalah dengan real food vs junk food.
---------------

Saya bagitahu mereka :

" Anak-anak ini amanah. Ada orang berkahwin ,mahu zuriat. Ramai tak dapat.

Kita, kahwin, Allah bagi zuriat, jagalah amanah ini.

Semua jenis makanan ringan ,keropok-keropok , minuman bergas minuman tin, minuman kotak , sebolehnya jangan bagi anak-anak ni ambil selepas ini sampai mereka besar ,sampai mereka jumpa Allah.

Semua-semua tu lah yang menyebabkan sistem pertahanan badan mereka lemah, selalu sakit-sakit. ''

Seperti yang biasa saya nukilkan di laman fb berkaitan junk food ini, saya ambil masa terangkan pada mereka. 10-15 minit.

Untuk semua pasangan yang punya zuriat, hargailah zuriat yang Allah amanahkan pada kalian.

Belajarlah tentang REAL FOOD dan JUNK FOOD!

No comments:

Post a Comment