Saturday, 24 February 2018

MELEGAKAN SENGGUGUT

kesakitan akibat haid berlaku apabila otot-otot pada uterus (rahim) mengecut bagi mengeluarkan lapisan rahim. Secara kasarnya, 9 daripada 10 wanita akan mengalami senggugut. Jangan risau tentangnya kerana ia adalah normal. Tapi jika terlalu sakit atau berada di tahap sengugut sekunder seeloknya dapatkan rawatan doktor. Ini beberapa tips untuk merawat senggugut (Period pain) : .

1. Mandi dan rendamkan diri dalam air panas.
2. Buat urutan bahagian belakang dan perut.
3. Kurangkan makanan masin dan kandungan gula tinggi seperti kek, coklat.
4. Buat senaman ringan seperti yoga

Cara tradisional : .
✔️ TUAMAN PANAS
Letakkan pada bahagian abdomen bawah @ pinggang. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks.

✔️ AIR SUAM
Amalkan minum air suam dan kurangkan air sejuk. Air suam boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.

✔️ AIR HALIA MADU
Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum setelah suam. Dapat kurangkan masalah sengugut bulan demi bulan.

✔️ RENDAMAN KAKI
Jika senggugut menyerang tiba2, rendam kaki didalam air suam yang telah dicampur dengan garam.

No comments:

Post a Comment