Thursday, 22 February 2018

PETUA SAKIT TUMIT DAN KAKI

👣PETUA SAKIT TUMIT DAN KAKI 👣


👣Sakit tapak dan tumit kaki ini sering berlaku di kalangan ahli sukan dan orang yang berumur 40 atau 50 tahun ke atas.  Kadang-kadang tidak tahu puncanya. Tiba-tiba bila bangkit dari tidur atau dari tempat duduk, dan mula berjalan, sakitnya bagai dihiris pisau. Bila sudah lama berjalan sakitnya semakin lama semakin hilang.
Kalau dari apa yg saya baca , Sakit tumit boleh didefinisi dengan pelbagai punca. Namun begitu punca yang paling biasa ialah 'Calcaneal Spurr'. iaitu tulang kecil yang tumbuh di tulang tumit kita.

Apa itu Calcaneal Spurr?

 Calcaneal spurr ialah tulang kecil (bony spurr) yang tumbuh pada tulang tumit (tulang calcaneum) kita. Pertumbuhan spurr ini berlaku secara fisiologi akibat geseran dan tekanan yang berpanjangan dan berterusan antara tulang calcaneum dan tisu serat sekitarnya. Ini akan merangsang pertumbuhan spurr yang tidak mengikut 'allignment' tulang asal. Spurr akan tumbuh umpama duri di dahan, menekan tisu serat dan otot di tapak kaki (tumit) kita.

Semasa tidur atau duduk dan berdiri lama, spurr akan menekan tapak kaki kita disatu titik yang sama. Ini akan mengakibatkan kawan berkenaan tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan menimbulkan kesakitan. Dengan pergerakan, spurr tadi tidak lagi duduk di titik tetap, kawasan tersebut mula mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan kesakitan akan mula hilang.

Saya pernah mengalaminya. rasa macam nak operation saja. Setiap kali berjalan ketika sakit saya lg rasa seriau sebab teringatkan keadaan tulang yg seakan mencucuk.

Tapi dalam kes kaki saya rupa rupanya kesakitan itu adalah diaebabkan berat badan saya terlalu over weight.
Memang  betul bila saya kurus sedikit saja tapak kaki saya terus tidak sakit..dah hilang sakit.
Jadi kalau anda sakit tapak kaki ' apa kata anda cubalah kuruskan badan anda. Turunkan berat badan sedikit. Insyaallah tapak kaki tidak sakit lagi.

☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️

☘️PETUA SAKIT TAPAK KAKI DAN TUMIT KAKI

caranya

🌻1. ambil betik muda yg betul betul muda. bukan yg dah tua.

🌻2. Letak atas api dapur dan bakar hingga hangus (bakar one side. dah letak atas api, jgn di balik-balik, biar jer gitu) bakar sebiji sebiji tak perlu dibelah.

🌻3. Dah hangus sebelah, angkat dan alaskan dengan kain. (beberapa lapis)

🌻4. Letak kan kaki atas betik. (Jangan sampai kaki terbakar, kalau panas tambah kain lagi)

🌻5. Biarkan kaki atas betik sehingga betik tu suam. Alihkan kain.

🌻6. Tekan lagi kaki sehingga betik berlubang. Dalam lubang tuh ada air, rendamkan tumit ke air ni.

🌻7. Siap dan lapkan kaki dengan kain kering.** Kalau ada gout atau toksin, akan terdapat lebam-lebam dekat kaki. Mungkin juga akan kena cirit-birit.

No comments:

Post a Comment