Tekanan Ditempat Kerja Tingkatkan Faktor Kencing Manis
Berita MediaCorp Singapura
--------------------------------------------
URUMQI: Para pekerja yang mengalami tekanan di tempat kerja lebih berisiko menghidap kencng manis, berbanding dengan rakan sekerja mereka yang tidak tertekan, menurut dapatan satu kajian baru-baru ini.
Para pengkaji meneliti data 3,730 pekerja di industri petroleum di China. Pada permulaan kajian tersebut, tiada seorang pekerja yang menghidap kencing manis.
Selepas 12 tahun, pekerja yang mengalami tekanan yang semakin tinggi akibat pekerjaan mereka, didapati 57 peratus lebih berisiko menghidap kencing manis, menurut laporan pasukan dari Diabetes Care.
Pada masa yang sama, para pekerja yang tidak mendapatkan sokongan sosial
daripada rakan atau keluarga mereka ataupun tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi, didapati 68 peratus lebih berisiko menghidap kencing manis.
"Perubahan-perubahan besar di tempat kerja mungkin mengakibatkan kita berisiko untuk menghidap kencing manis," kata Mika Kivimaki, seorang pengkaji di University College London di UK yang tidak terlibat dalam kajian tersebut.
"Dengan itu, amat penting untuk selalu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengekalkan berat badan yang sihat, walaupun pada masa-masa sukar di tempat kerja," kata Encik Kivimaki menerusi emel.
Dalam kajian tersebut, Yulong Lian dari Universiti Perubatan Xinjiang dan pasukannya tidak mendedahkan dalam laporan berapa ramai pekerja yang menghidap kencing manis. Encik Lian tidak memberikan sebarang respons dalam mendapatkan komen.
*'TEKANAN TUGASAN', PEKERJAAN BURUH MUNGKIN SEBABKAN KENCING MANIS*
Di seluruh dunia, satu daripada 10 orang dewasa menghidap kencing manis pada 2014, dan penyakit itu merupakan sebab kematian ketujuh menjelang 2030, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Kebanyakan mereka menghidap diabetes jenis-2, yang dikaitkan dengan kegemukan dan penuaan, yang berlaku apabila badan tidak lagi mampu menggunakan dengan baik ataupun menghasilkan hormon insulin secukupknya untuk menukarkan gula darah kepada tenaga. Jika tidak dirawat, diabetes boleh menyebabkan kerosakan pada saraf, pengodongan anggota badan, buta, sakit jantung dan angin ahmar.
Kajian itu meninjau beberapa ciri-ciri tekanan di tempat kerja dan mendapati bahawa "tekanan tugasan" - seperti beban bekerja yang berlebihan ataupun jangkaan atau tanggungjawab pekerjaan yang tidak jelas, juga pekerjaan buruh - merupakan penyebab risiko kencing manis.
"Tekanan juga dikaitkan dengan masalah perilaku seperti keselesaan ataupun makan dengan berlebihan, memakan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi, pemilihan diet yang kurang baik, tidak melakukan kerja-kerja fizikal dan malas," kat Dr Pouran Faghri, Pengarah Pusat Kesihatan Sekitaran dan Penggalakkan Kesihatan di Universiti Connecticut di Storrs.
"Ada juga kaitan dengan mutu tidur yang semakin buruk dan kesihatan psikologi yang negatif seperti kemurungan," tambah beliau. "Perubahan ini boleh menyebabkan kegemukan dan mengakibatkan diabetes Jenis-2."
No comments:
Post a Comment