_Kutu beras, bubuk atau ‘grain weevil’_
▪️ *Daun Limau Purut*
_Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya._
_Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat._
▪️ *Asam Keping*
_Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak nyaman._
▪️ *Daun Pandan*
_Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras anda._
▪️ *Cili Kering*
_Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras anda._
_Rasa pedas dan panas ini tentunya akan menjadikan kutu beras tidak selesa. Namun, pastikan anda menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang._
▪️ *Kulit Kayu Manis*
_Masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras anda._
▪️ *Jemur Bawah Matahari*
_Mula², letakkan cili kering dan
jemurkan beras di bawah matahari terik. Kutu beras akan berpusu-pusu keluar dari beras. Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper._
_Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras._
▪️ *Masukkan Beras Dalam ‘Freezer’*
_Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Barangkali ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut._
_Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa._
_Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti._
No comments:
Post a Comment