Friday, 9 February 2018

Cara Penulisan Refleksi yang Mudah, Tepat, Ringkas untuk RPH Guru

Teknik Penulisan Refleksi

Untuk guru-guru nak tulis refleksi dalam buku Rancangan Pengajaran
Harian (RPH), saya nak kongsi contoh-contoh penulisan refleksi:

 Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini

 Murid – murid dapat menguasai kesemua aras P&P

 Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari

 Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif

 Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target

 Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran

 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran

 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran

 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran

 Murid-murid telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya

 Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa

 Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

 Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

 Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP

 Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas
 

 PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru

 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas

 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah

 Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan

 Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran

**Ubahsuai ikut keperluan guru-guru.

No comments:

Post a Comment