BAHAGIAN A
( 15 MARKAH )
Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan. Hitamkan jawapan pada kertas jawapan objektif yang disediakan
1 Barat daya adalah arah mata angin perantaraan yang terletak di antara
A utara dengan timur
B utara dengan barat
C timur dengan selatan
D barat dengan selatan
2 Antara berikut, yang manakah arah mata angin utama?
A Timur laut, tenggara, barat daya dan barat laut
B Utara, timur, selatan dan barat
C Timur, tenggara, barat daya dan selatan
D Utara, selatan, tenggara dan barat
3 Manakah cara yang paling tepat untuk menentukan arah?
A Memerhati kedudukan bulan
B Memerhati kedudukan bintang
C Menggunakan kompas magnetik
D Memerhati kedudukan matahari
4 Mengapakah jarum kompas magnetik sentiasa menghala ke arah utara?
A Tarikan magnetik dari kutub utara bumi
B Diperbuat daripada magnet
C Jisim kompas memberat ke arah utara
D Kerana darjah bermula dengan 0o
5 Apakah ciri-ciri peta lakar yang lengkap?
I Mempunyai tajuk
II Mempunyai arah mata angin
III Mempunyai warna yang cantik
IV Mempunyai pemidang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
6 Antara berikut, yang manakah merupakan contoh ciri pandang darat budaya di dalam peta?
I Masjid
II Rumah
III Jeti
IV Paya bakau
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
7 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pandang darat fizikal yang biasanya terdapat di dalam peta?
I Paya air masin
II Bukit
III Rumput
IV Tali air
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

8 Simbol-simbol di atas mewakili
A pertanian
B pengangkutan
C saliran
D bangunan
9 Antara berikut, singkatan yang manakah mewakili ciri pandang darat fizikal?
I Bt.
II Hosp.
III Sg.
IV G.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
10 Kedudukan relatif dapat ditentukan dengan menggunakan
\
A titik rujukan
B jangka sudut
C arah mata angin
D kompas
11 Bagaimanakah pengembara dan pelayar zaman dahulu menentukan arah?
A Berpandukan matahari dan bintang-bintang
B Berpandukan tiupan angin monsun
C Merujuk kepada daya tarikan magnet
D Menggunakan kompas moden
12 Garisan latitud yang paling panjang ialah
A garisan Artik
B garisan Jadi
C garisan Khatulistiwa
D garisan Sartan
13 Longitud 0° dikenali sebagai
A Garisan Meridien Pangkal
B Garisan Tarikh Antarabangsa
C Garisan Hemisfera Utara
D Garisan Hemisfera Selatan
14 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia ialah
A Kuala Lumpur
B Putrajaya
C Labuan
D Shah Alam
15 Malaysia terdiri daripada
A 14 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan
B 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan
C 12 buah negeri dan 2 wilayah persekutuan
D 13 buah negeri dan 2 wilayah persekutuan
ISIKAN JAWAPAN PADA RUANGAN DI BAWAH
1. [ ] 6. [ ] 11. [ ]
2. [ ] 7. [ ] 12. [ ]
3. [ ] 8. [ ] 13. [ ]
4. [ ] 9. [ ] 14. [ ]
5. [ ] 10. [ ] 15. [ ]
No comments:
Post a Comment