Tuesday, 20 February 2018

PETUA ELAK KUCING KENCING DALAM RUMAH




●Cuka sebagai agen pembersihan :
Tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, perlu dibersihkan segera sebab kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh yang demikian perlu bertindak cepat.

CARANYA:
●Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering.
●Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka.
●Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

TIPS:
◎Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap.
Kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

◎Kucing tak suka bau serai :
Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

No comments:

Post a Comment