Tuesday, 20 February 2018

KURUS DENGAN DIET ATKINS.



Diet Atkins merupakan sejenis corak diet yang di perkenalkan oleh Dr.Robert C.Atkins untuk membantu individu mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di badan.

Atkins Nutrition Approach (ANA) dibahagikan kpd 4 peringkat :
●1. Introduction (permulaan dan pengenalan)Dua minggu atau lebih, mengikut keadaan berat badan.
●2. Ongoing Weight Loss(Penyusutan berat berterusan)
●3. Pre-maintenance
●4. Lifetime maintenance.

Minggu Induction (Dua minggu)
○Elakkan pengambilan Nasi, Mee, bihun, laksa, spageti , fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sejenis dengannya.
○Elakkan pemakanan roti berserat , roti bun , roti bay, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastri dan apa apa dengannya.
○Elakkan pengambilan gula pasir, gula melaka, gula merah, madu dan gula gula dan apa apa yang bergula .
○Elakkan pengambilan buah buahan
○Elakkan minuman bergula, jus buahan, air bergas dan pengambilan kopi
○Elakkan pengambilan snek
○Elakkan pengambilan kekacang untuk dua minggu
○Elakkan pemakanan berproses untuk dua minggu seperti kentang goreng , bebola
○Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut ,kuih muih

Makanan yang BOLEH di makan ialah :
◎√ Ayam hendaklah dipanggang, stim, bakar, sup, sate atau goreng tanpa tepung .
◎√ Semua ikan hendaklah dipanggang, stim, bakar, sup atau gereng tanpa tepung
◎√ Udang hendaklah dibakar , dijadikan tomyam atau digoreng dgn cili boh.
◎√ Elakkan pengambilan sotong kerana karbohidrat yang tinggi
◎√ Sayur terutama sayuran hijau . Kurangkan pengambilan lobak merah dan kentang .
◎√ keju jenis cheddar, mozarella , parmesan . Ambil dua hingga 3 keping sehari.
◎√ Air kosong hendak lah diminum 8 gelas atau lebih bagi elakkan sembelit
◎√ Burger hendaklah dibuang rotinya dan hanya makan daging dan sayuran serta mayones shaja .
◎√ Mengambil suplemen dan vitamin seperti sprulina dan multivitamin.

Syarat Melakukan Introduction :
●• Pastikan makan 3kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4 atau 5 kali sehari .
●• Makan 20gram karbohidrat sehari sahaja
●• Baca label tin , botol ,kotak dan paket , berhati hati ketika memilih
●• Jangan makan apa apa yang disenaraikan makanan yg tak dibenarkan.
●• minum banyak air
●• Makanan boleh digoreng , atau disalai atau ianya tidak ditambah dengan madu dan gula
●• Rempah ratus boleh digunakan asalkan ia asli dan tidak ditambahi dgn gula atau perasa tiruan
●• Ambil supplement seperti spirulinav dan vitamin untuk menyihatkan lagi badan.

No comments:

Post a Comment